Polisistik ovari (PCOS) ialah jenis cyst ovari, masalah kalenjar endokrin yang paling biasa di kalangan wanita yang sudah mencapai akil baligh dan umur yang sesuai mengandung.
Masalah PCOS ovari juga meningkat dengan peningkatan sindrom metabolik, kesihatan jantung dan juga kencing manis. Ia juga dikaitkan dengan faktor keturunan, persekitaran dan juga rintangan insulin.
Rawatan biasa di hospital adalah untuk mengurangkan gejala yang dihadapi. Sebaliknya cara hilangkan PCOS dengan diet FBM ialah untuk membetulkan pemakanan dan akar umbi supaya ia tidak berterusan.
Gejala Wanita Dengan PCOS
Kebiasaannya, wanita yang ada masalah PCOS akan datang dengan gejala seperti:
- Haid yang tidak teratur
- Tidak berjaya atau sukar hamil
- Masalah berjerawat
- Rambut tumbuh di bahagian yang tidak normal
- Masalah berat badan berlebihan
- Lemak viseral dan di bawah kulit yang tinggi
Pengambilan makanan yang tinggi dengan gula serta keradangan yang berlaku secara perlahan-lahan dalam badan akan saling meningkatkan rintangan insulin. Secara tak langsung, ia akan menambahkan faktor risiko untuk penyakit PCOS cyst ovari.
Sekiranya ada PCOS, rawatan yang biasa diberikan ialah ubatan untuk mengurangkan gejala. Cara hilangkan PCOS cyst ovari dengan makanan akan membantu ‘merawat’ punca penyakit tersebut.
Cara Hilangkan PCOS Cyst Ovari
Banyak kajian menunjukkan cara hilangkan PCOS cyst ovari ialah dengan menurunkan berat badan. Penurunan 5-10% berat badan akan membaiki tahap kesihatan ovari, meningkatkan peluang kehamilan, kurangkan rintangan insulin dan paras testosteron.
Dengan diet FBM, berat badan akan turun dengan selamat dalam masa sama ia juga boleh digunakan sebagai cara hilangkan PCOS cyst ovari.
1.Mengurangkan pengambilan gula
Gula yang tinggi dalam badan akan menyebabkan masalah kerintangan insulin. Seterusnya ia akan mengganggu kitaran hormon. Keadaan ini akan menyebabkan masalah PCOS secara tak lansung.
Kurangkan gula akan membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan sensitiviti insulin.
2.Mengelakkan makanan segera
Makanan segera mengandungi lemak TRANS yang tinggi. Lemak TRANS ini perlu dielakkan sebab ia akan mengganggu sistem tubuh badan.
Bukan saja menyebabkan PCOS, ia akan meningkatkan risiko kesihatan jantung, buah pinggang dan darah tinggi.
3.Mengambil lemak sihat
Lemak sihat tinggi dengan properti anti radang. Pengambilan lemak sihat yang cukup akan mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas dan oksidatif stres dalam sel.
4.Daftar untuk bimbingan diet FBM
Untuk bimbingan yang menyeluruh tentang pemakanan, ubah kesihatan usus dan kurangkan risiko masalah kesihatan dari rintangan insulin, daftar untuk sertai diet FBM di sini.
Nina Salleh | Coach Diet FBM
One thought