Menu

Cara Mudah Untuk Hilangkan Jeragat dengan Bahan Semulajadi

Kulit jeragat ni sangat memberi kesan kepada mereka yang mengalaminya. Nak tengok cermin muka sendiri pun rasa frust, apatah lagi nak berhadapan dengan orang ramai. Walaupun tidak beri kesan ketara terhadap kesihatan, namun jeragat mengurangkan rasa yakin dalam diri terutama wanita.

Untuk hilangkan jeragat, ada beberapa cara yang berkesan. Ini 3 cara mudah dengan menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur kita.

masalah pada muka
Jeragat pada muka akan mengurangkan keyakinan

3 bahan semulajadi yang berkesan untuk hilangkan jeragat

1. Menggunakan aloe vera

Aloe vera atau lidah buya memang terkenal dengan banyak kebaikan untuk kesihata. Waktu kecil dulu, pantang ada luka, mak akan sapu aloe vera dengan harapan parut akan sembuh. Ia tinggi dengan Vitamin E yang sangat diperlukan untuk kulit yang sihat.

Nak hilangkan jeragat dengan aloe vera, hanya campurkan dengan madu dan biarkan supaya sebati selama 5 hingga 10 minit, kemudian lumurkan pada kulit muka dengan sekata. Biarkan sehingga 30 minit sebelum bilas dengan air suam.

Buat secara konsisten sehingga dapat kesan yang dikehendaki.

2. Menggunakan teh hijau

Kandungan teh hijau yang tinggi dengan antioksidan memang diketahui umum. Ia bukan saja bagus untuk kesihatan badan, malah bag the hijau yang sudah digunakan dan diambil airnya boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat.

Jeragat di kulit muka boleh dihilangkan dengan menyapu bag teh hijau ke seluruh muka.

Buat setiap hari dan rasai dan lihatlah hasilnya pada muka.

3. Menggunakan oatmeal

Selain daripada sangat bagus untuk dijadikan makanan harian kerana ia berupaya mengurangkan paras kolesterol dalam darah, oatmeal juga sangat berkesan untuk menghilangkan kesan jeragat pada kulit muka.

hilang jeragat oatmeal
Cara mudah untuk guna oatmeal untuk buat mask

Campurkan 2 sudu besar oatmeal dengan 1 sudu besar jus lemon, 1 sudu kecil madu dan 1 sudu besar yougurt kemudian lumurkan pada muka. Ia bertindak seperti mask semulajadi. Biarkan selama 20 minit sebelum membilas muka.

Selain hilangkan jeragat, kulit muka juga terasa lebih tegang tanpa susuk.

Bahan semulajadi sekeliling kita sekiranya digunakan dengan sebaiknya, akan mampu hasilkan kulit yang sihat. Namun, perlu ingatkan diri sendiri ia haruslah dibuat dengan  konsisten, slowly but surely. Begitulah.

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

One thought

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: