Menu

5 Cara Untuk Mula Menyusu Badan Kali Pertama

Setiap kali cerita tentang cara dan tips menyusu badan, saya akan teringat detik hitam di mana saya campurkan susu badan dengan air biasa. Waktu tu kali pertama bersalin anak sulung, tahun 2013 kali pertama juga nak beri anak susu badan.

Apa yang buatkan keadaan lagi huru hara sebab antara orang sekeliling, tak ada yang sesuai untuk saya rujuk maklumlah masa tu sekeliling saya pilih susukan bayi dengan susu botol. Syukur sebab zaman sekarang dengan kemudahan internet, cara nak mula menyusu badan pun lebih mudah dipelajari oleh ibu-ibu.

Cara Mula Menyusu Badan Kali Pertama

Selepas bertarung nyawa melahirkan bayi dengan segala kesakitan, antara perjuangan dan pengorbanan terbesar seorang ibu ialah bilamana memilih untuk menyusukan anak-anak dengan susu badan. Bukan sahaja masa dan tenaga, malah kesihatan sendiri pun dipertaruhkan.

Proses untuk memulakan penyusuan susu ibu boleh datang secara semulajadi. Namun perlu dilengkapkan dengan ilmu sama ada dengan masuk ke kelas-kelas dan hadiri kursus penyusuan atau belajar dari pengalaman mereka yang sudah melaluinya. Percayalah, semakin banyak kita belajar, semakin kita tahu di mana kelemahan diri sendiri.

Alhamdulillah, 4 orang anak saya susukan dengan susu badan sepenuhnya sehingga 6 bulan.

Dalam Al-Quran pun, ada 8 ayat yang membicarakan soal penyusuan susu ibu, antaranya yang bermaksud:

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…

Surah Al-Baqarah ayat 233

Betapa besarnya hikmah dan manfaat penyusuan susu ibu sehingga dalam Al-Quran pun disebut-sebut.

Inilah 5 cara untuk mula menyusu badan.

1. Fikiran positif

Sebelum melahirkan lagi, ibu yang berhajat untuk menyusukan bayi dengan susu badan perlu latih diri untuk sentiasa fikirkan yang baik-baik tentang proses penyusuan yang bakal ditempuh.

Namun, ia tak selalunya indah. Jalan yang akan dilalui pasti berliku. Bila minda sentiasa fikirkan yang positif, secara automatik segalanya terasa mudah. Pengalaman tak dapat dilupakan bila pertama kali hadapi bayi kuning selepas kelahiran, ia benar-benar menduga emosi dan mental seorang ibu.

Selepas bersalinkan Fatima, saya tak ada masa untuk rasa seperti dalam pantang

Saya diuji dengan anak ke-4 yang hadapi prolong jaundice. Cabaran besar untuk ulang alik ke klinik hampir setiap hari dan perlu pam susu setiap 3 jam disebabkan bayi saya alami penurunan berat badan.

Kalau ikutkan memang rasa nak putus asa dengan penyusuan kali ini. Namun, bila fikirkan semuanya ada hikmah dan pelajaran tersembunyi. Proses penyusuan bukan saja beri kebaikan untuk bayi, malah banyak mamfaat buat diri ibu sendiri.

Kali pertama diuji dengan bayi kuning selepas kelahiran

“Susah tau nak tinggal anak ke mana-mana atau nak pergi kerja kalau menyusu badan”, ini antara kata-kata orang luar yang biasa kita dengar.

Zaman sekarang ni semuanya mudah. Cukup bila ada pam susu, ada tempat simpan susu dan ada botol susu pun dah boleh tinggal anak untuk berkerja. Bukan saja mudah, kalau kira dengan duit dah berapa ratus atau ribu-ribu penjimatan yang kita buat bila menyusukan bayi dengan susu ibu.

Berfikiran positif dan berdoa sejak dari sebelum kelahiran bayi agar diberi rezeki untuk menyusukan bayi dengan susu badan serta dimudahkan segala urusan. Sekiranya hadapi cabaran pun, minta doa agar sentiasa diberi kekuatan.

2. Skin-to-Skin Contact

Walaupun bersalin ni proses yang menyakitkan,  segala kesakitan hilang serta merta sebaik saja bayi diletakkan atas dada untuk skin-to-skin contact. Terus boleh bincang untuk merancang anak seterusnya. Eh, ghisau! Ini melawak je tau.

cara menyusu badan kali pertama
Sejurus selepas lahir, bayi akan diletakkan di atas dada ibu

Tidak lah sampai begitu. Itu lah yang magiknya dengan kasih sayang yang Allah S.W.T kurniakan dalam hati seorang ibu. Kasih sayang tanpa syarat. Walaupun sakit sewaktu melahirkan hingga koyakkan baju suami dan membengkokkan besi pemegang pada katil hospital, namun selepas kelahiran dan dapat dengar tangisan bayi, semua kesakitan itu hilang begitu saja.

Skin-to-skin contact adalah antara beberapa saat terawal dalam hidup bayi yang sangat  penting untuk merangsang pengeluaran susu ibu.

Sebenarnya, proses penghasilan susu ibu berlaku sejak bayi di dalam kandungan secara berperingkat. Dengan skin-to-skin contact, susu ibu peringkat pertama dan yang terpaling penting iaitu kolostrum akan mudah untuk dirembeskan.

3. Komunikasi

Untuk menyusukan bayi dengan susu ibu, ia bukanlah kerja persendirian. Susah juga kalau suami dan ahli keluarga tak memahami.

Sebab itu dalam proses penyusuan, komunikasi adalah yang paling utama.

Dengan Suami

Sebelum kelahiran bayi lagi, berbincanglah dengan pasangan agar dapat  bertolak ansur. Urusan membesarkan anak-anak perlu dibuat secara berkerjasama antara suami dan isteri.

vitamin untuk ibu menyusu
Komunikasi berkesan antara suami isteri untuk lancarkan proses penyusuan

Para suami boleh mainkan peranan untuk mengurangkan beban isteri.

Contohnya ambil tugas menjaga anak-anak yang lain, membersihkan peralatan penyusan dan mengurut isteri ketika sedang menyusukan bayi.

Dengan Keluarga Besar

Nak menyusukan bayi memang tak mudah. Tapi segalanya jadi mudah bila ada sokongan yang padu dari pasangan dan ahli keluarga. Jalan yang berliku pun boleh dilalui dengan tenang. Ewah.

Jadi, bukan sahaja suami, dengan keluarga besar termasuk ibu bapa dan mertua juga perlu ada pengetahuan tentang susu ibu.

“Bagi je la susu formula. Pergi beli susu dalam tin”, ini dialog normal kalau ahli keluarga tidak betul-betul faham tentang penyusuan susu ibu.

Pantang dengar bayi menangis, disuruhnya tambah susu formula sebab dibimbangi bayi tak cukup susu.

cara mula menyusu badan
Bberbincang dan dapatkan sokongan dari suami.

Saya faham sangat dengan situasi begitu. Kena pula dengan ibu-ibu yang baru pertama kali nak meyusukan bayi dengan susu badan, lagi lah bertambah tekanan yang dihadapi. Namun saya bersyukur sebab seluruh keluarga memahami dan menghormati keputusan saya untuk menyusukan bayi dengan susu ibu.

Kalau boleh, cuba untuk terangkan perkara sebenar. Di awal kelahiran bayi iaitu dalam tempoh 5 hari pertama, susu badan yang keluar tidaklah memancut-mancut. Ia hanyalah keluar setitis demi setitis.

Untuk melancarkan penyusuan, ibu perlu lebih kerap pam atau beri secara terus. Semakin banyak kali diberikan, otak akan menghantar signal untuk tambah pengeluaran susu ibu. Ia adalah proses semulajadi namun perlu ada usaha untuk memastikan kelancarannya.

Ambil ruang dan peluang yang ada untuk beri penerangan dan pendidikan kepada ahli keluarga dengan penuh hikmah.

4. Peralatan Penyusuan

Ada beberapa peralatan asas yang perlu ada untuk mulakan proses penyususan susu ibu.

Bra untuk Menyusu

Dengan memakai bra yang memang khas untuk menyusu, ia akan memudahkan proses penyusuan. Ibu-ibu tak akan rasa terbeban atau susah walaupun untuk beri susu di tempat awam.

Percayalah, beli bra untuk menyusu ini pelaburan paling berharga untuk mak-mak tau. Kalau tak ada yang ini, renyah juga nak bagi susu pada anak. Terkinja-kinja kang tak pasal-pasal anak dah menangis teruk baru nak bagi susu.

Pelapik Bra Menyusu

Pelapik bra ni antara yang penting juga lah, boleh jadi ‘nyawa’ ibu menyusu. Sebab kalau tak lapik nanti bila susu mencurah-curah, habis basah bra boleh nampak sampai ke baju. Bukan itu je, dengan bau kepam nya. Silap-silap orang sebelah pulak tegur nanti.

cara bagi susu badan
Pelapik bra menyusu pakai buang

Selain pelapik bra yang pakai buang, boleh juga lapik dengan kain lampin bayi atau tuala kecil. Letak di bahagian dalam bra dan tukar setiap 3-4 jam untuk jaga kebersihan.

Pam Susu

Untuk pastikan proses penyusuan berjalan dengan lancar dan tiada masalah pengeluaran susu, ibu perlu pam susu setiap 3 jam. ada banyak pam susu pilihan di pasaran. Antaranya:

  • Pam susu manual
  • Pam susu elektrik single
  • Pam susu elektrik double

Buat pilihan mengikut bajet dan kemampuan masing-masing.

pam susu untuk menyusu badan
Pam susu elektrik ‘double’ yang sama saya guna sejak tahun 2013, untuk anak pertama. Pelaburan yang berbaloi

Proses mengepam akan memberi tanda kepada otak bahawa pengeluaran susu perlu ditingkatkan. Semakin kerap dipam, semakin banyak susu akan dikeluarkan. Jadi tiada masalah susu kurang sepanjang proses penyusuan bayi dengan susu badan.

5. Tahu Kemampuan Diri Sendiri

Dalam menjayakan proses penyusuan, sebagai ibu kita perlu lengkapkan diri dengan ilmu. Yang penting supaya kita buat dengan ilmu, bukan semata-mata ikut orang atau nak bertanding. Tips menyusu badan ni tak akan menjadi kalau kita tak berusaha untuk tambah ilmu pengetahuan.

Tak Perlu Membanding-Banding

“Awak menyusu anak berapa bulan?”

“6 bulan”

“Oh, saya menyusu sampai 12 bulan”

Inilah isi perbualan yang toksik sangat. Bukan saja boleh mewujudkan suasana yang tidak sihat, malah boleh mematahkan semangat orang lain.

Kita tahu kemampuan diri sendiri. Kalau rasa penat, amalkan vitamin harian yang sesuai untuk penyusuan susu bayi. Amalkan vitamin akan mengurangkan tekanan, memberi tenaga dan mengelakkan dari masalah sakit sendi kepada ibu. Untuk bayi, ia membantu meningkatkan kualiti susu ibu.

Amalkan Vitamin Harian

Saya dapat rasa perbezaan ketara waktu menyusukan anak pertama dan kedua.

Saya belum kenal vitamin waktu anak pertama. Manakala anak kedua dan seterusnya saya amalkan vitamin sejak mengandung. Hasilnya, tahap kesihatan waktu mereka masih kecil sangat berbeza. Anak pertama kerap masuk wad, manakala anak-anak lain tidak begitu.

milkbooster malaysia
Untuk ibu dan anak yang sihat

Anak pertama saya juga ada masalah ekzema manakala yang kedua dan seterusnya tiada masalah begitu.

Vitamin sepanjang mengandung, berpantang dan menyusukan saya pilih Shaklee. Saya perasan masalah sakit belakang yang saya alami sejak sebelum berkahwin dah tak ada lagi bila konsisten amalkan vitamin ni.

Kalau sebelum ni merata-rata saya pergi buat pemeriksaan dan rawatan untuk tulang belakang, kini masalah saya juga selesai sejak saya amalkan vitamin untuk menyusukan bayi.

Untuk order set penyusuan susu ibu, hubungi Pengedar Shaklee Ampang.

Nina Salleh | Empowering Moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: