Menu

Kenangan Mula Bisnes Online Cara Tak Disangka

Tengah hari tu tepat jam 1, macam biasa saya akan ke kantin seorang diri untuk makan.

Di tempat kerja, saya lebih suka menyendiri dan kurang bersosial. Mungkin kalau orang tengok, nampak macam sombong lah. Saya akan balik tepat waktu jam 5. Sampai tempat kerja mungkin awal 1-2 minit. Betapa saya tak selesa untuk kerja dalam keadaan emosi tak stabil begitu, sebolehnya nak minimumkan waktu di tempat kerja.

kerja kerajaan buat bisnes
Masuk kerja dan balik kerja je

Makan tengahari pun biasanya sorang-sorang. Sebabkan nak elakkan ada ‘eye contact‘ dengan sesiapa waktu makan tu, saya lebih suka main handphone.

Baca Whatsapp ke, atau mesej dengan suami, dan scroll Facebook. Tengah scroll Facebook, mata saya tertangkap kat status seorang junor saya waktu di Tingkatan 1 dulu. Beza umur kami satu tahun. Status beliau lebih kurang begini,

“Seronok nya guna handphone je tapi boleh dapat bonus 4 angka sebulan!”

Ibarat orang mengantuk disogokkan bantal. Saya tak fikir panjang, terus cari nombor dia untuk Whatsapp dan nak buat bisnes yang dia sedang buat. Sekarang jugak, tak boleh tangguh dah rasa beratnya beban di jiwa bila terpaksa buat sesuatu yang kita tak suka. Haa gitu.

Detik Yang Merubah Hidup

Itulah antara detik terawal cara saya mula bisnes online ni, secara serius dan hingga ke hari ini. Alhamdulillah. Allah swt jawab segala doa saya dengan begitu smooth.

Semua bermula bila saya mencari-cari satu pekerjaan yang boleh bantu beri pendapatan walaupun dari rumah. Saya dalam keadaan tertekan untuk pergi kerja setiap hari waktu tu. Gaji dan jawatan walaupun stabil, tapi bagi saya tak ada ketenangan sebab tak ada jiwa di situ.

Bayangkan setiap pagi, suami akan pujuk saya, siapkan uniform dan perlu bagi kata-kata semangat. Dah macam budak baru nak masuk darjah satu di sekolah. Gitulah saya waktu tu. Moga Allah swt kurniakan Syurga tertinggi buat suami saya yang sabar nya macam tak batas. haha

kerja di hospital sabah
Masa ni di Sabah, saya masih ada rasa seronok kerja. Ni kenangan suami balik KL, tinggals aya sendiri di Sabah sekejap

Bukan apa, sebelum mula kerja kerajaan ni saya dah pernah cuba buat bisnes online. Ada yang okey, ada yang rugi. Jadi kali ni saya betul-betul nak cari bisnes online yang tak perlukan modal besar. Sebab saya dah serik nak tanggung rugi atau risiko.

Cara untuk Mula Bisnes Online

Sebelum ni, saya tak tahu cara untuk mula bisnes online, hanya buat ikut suka hati sendiri. Tak ada guru dan tak ada contoh. Masa join dropship jual baju, saya tak diajar pun cara untuk bisnes online. Apa yang saya tahu perlu bayar yuran, kemudian “promote” lah di mana-mana platform.

Rupanya nak buat apa-apa pun ada cara dan tertibnya. Bukan semua benda boleh buat dan ada hasil dengan semberono. Itu yang saya paling bersyukur bila buat bisnes yang sekarang ni. Lepas saya Whatsapp junior tu, katanya beliau buat bisnes Shaklee.

Jadi saya terus setuju. Kemudian beliau uruskan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. Syarat untuk mula bisnes ialah daftar sebagai ahli Shaklee. Boleh juga terus daftar sebagai ahli Shaklee sendiri di sini kemudian hubungi Pengedar Shaklee Ampang untuk langkah seterusnya.

set mengandung shaklee
Sejak mengandung anak pertama saya dah usha Shaklee ni

Sejujurnya saya memang selalu juga terlintas seronok kalau dapat buat bisnes Shaklee. Mana taknya, rata-rata kenalan saya di Facebook memang sara kehidupan dengan bisnes Shaklee. Sebab Shaklee ni syarikat bukan saja nak untung semata, tapi falsafah mereka untuk baiki tahap kesihatan.

Ramailah doktor yang buat bisnes atau tidak, yang cadangkan jenama Shaklee waktu saya cara vitamin berpantang yang sesuai untuk amalkan selepas bersalin anak kedua.

set pantang shaklee
Bawa anak kedua ke tempat kerja

Tak sangka dari ter “scroll” dan baca status Facebook junior sekolah, hari ni saya dah dapat jawapan untuk doa sebelum ni, iaitu nak ada pendapatan sambil jaga anak di rumah.

Liku dan Perjalanan sepanjang Bisnes Online

Buat bisnes Shaklee ni sama juga dengan bisnes lain. Walaupun bukan syarikat sendiri, tapi boleh juga wariskan untuk anak-anak. Bila saya tiada nanti, bonus dan kumpulan yang saya bina, akan terus diberikan atas nama anak. Mereka pula akan usahakan nanti insyaAllah. Megah Holdings my way gitu.

bonus shaklee bayar
Bonus ada naik dan turun bila buat bisnes tu biasa

Istimewa bisnes Shaklee ni sebab kita akan jumpa ramai orang baru dalam perjalanan membina bisnes ni. Ada orang yang kita kenal atau tak kenal. Macam saya sebagai downline kepada junior sekolah, maka ada ramai juga yang jadi downline saya.

bisnes online shaklee
Mereka lah tulang belakang saya

Sebagai upline, menjadi tanggungjawab untuk saya bantu dan ajar mereka dengan sabar, langkah demi langkah. Tak semua orang ada tahap pemahaman yang sama.

bisnes shaklee mlm
Terima kasih Allah swt sebab hadirkan orang-orang ini

Maka, dalam mengajar dan membantu, saya niat buat kerana Allah swt.

Bukan Tak Ada yang Menjauh

Sepanjang 7 tahun saya serius bisnes online, bina perniagaan Shaklee dengan organisasi TBS Wellness. 7 tahun jugalah saya berhenti kerja, dan urus masa sendiri untuk buat bisnes online. Di samping bahagikan masa untuk suami dan anak-anak.

cara buat duit dari rumah
Dapat tengok anak membesar depan mata tanpa perlu rushing

Mestilah seronok sebab ini yang saya berdoa sungguh-sungguh pada Allah swt satu ketika dulu. Tetapi biasalah hidup nin adalah medan untuk kita sebagai manusia diuji. Saya yang bisnes online juga tak terlepas ujian bisnes.

Dalam organisasi yang dibina, bukan tak ada yang berhenti bisnes, tukar bisnes dan menjauh walaupun saya beri sepenuh jiwa raga untuk membantu. Namun, saya sentiasa ingatkan diri. Mereka datang dengan diri sendiri. Maka bila mereka menjauh, Allah swt tahu apa yang terbaik untuk kita.

bisnes online
Di sebalik senyum, pasti ada suka duka. Itu semua rencah kehidupan

Bila buat bisnes sendiri, memang sentiasa kena cari motivasi untuk diri sendiri. Kalau kerja makan gaji, kita ada bos untuk beri arahan. Walaupun malas, terpaksa buat sebab kita makan gaji. Maka bila bisnes online, kita sendiri yang jadi bos. Perlu kekalkan motivasi dalam diri supaya sentiasa bersemangat hadapi naik dan turun dalam bisnes ni.

Begitulah cerita bagaimana saya bermula dengan bisnes online Shaklee hingga hari ini. Doakan agar legasi yang saya bina, Allah swt berkati untuk keturunan saya pula nanti. Dengan bisnes Shaklee ni Allah swt mudahkan serta lapangkan rezeki untuk saya dan suami. Begitulah, Maha Luas dan Maha Kaya Allah swt.

vitamin malaysia
Ni lah warehouse kami iaitu branch Shaklee Kuala Lumpur

Kalau nak mula berniaga dan Shaklee ialah salah satu pilihan, jangan lepakan peluang untuk sama-sama dengan saya dan team bagi mencapai impian. Ameeen.

Nina Salleh | Mak anak 4 | Pengedar Shaklee Ampang

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: