Menu

Dulu lain,sekarang cara lain.

Assalamualaikum and good day to all.:)

Malam semalam, 30hb Januari,aku dating keluar dengan Mr.Hubby la kan,siapa lagi.Ehe.Tujuan utama ialah untuk beli hadiah sempena pernikahan rakan sekelas aku,Nailah,pada 3 Februari ni,dan kami akan hadiri majlis di sebelah pihak lelaki,di Sungkai,Perak.Insya ALLAH.
Mr.H dah cakap dah nak pergi Wangsa Maju sekejap,ambil rim kereta dia yang telah ditempah berabad lamanya,baru siap.Mungkin orang yang buat tu sibuk sungguh.Tak tahu la.Tapi excited nya dia nak dapat rim ni kan,sampai kan dah dapat tu asyik duk tenung je rim tu.Aku ni dah sah-sah kalah kalau nak lawan dengan rim tu.HAHA.Tapi tak apa,sebagai orang yang istimewa di hati beliau,dan beliau istimewa di hati aku,ceehhh,aku sokong minat beliau dan jauh sekali untuk aku halang.Weekend lepas pun dia pergi konvoi gang kereta oldschool kat Johor,betapa minatnya dia kan.Macam kita minta kasut selipar bla bla kot.Tapi kereta dia tak join pun,sebab rim tu la,lambat siap.Sabar je la..Next time ye,Sayang.:)
Okay,dah settle pasal rim tu dalam pukul 8malam,kami bergegas ke Jusco Maluri,nak kejar Maghrib lagi.Memang dah plan dah nak beli dekat Jusco.Mr.H la bagi cadangan memandangkan aku tak tahu kat mana tempat terbaik untuk beli barang tu.Tempat nak beli settle,barang nak dibeli memang memeningkai.Usai solat Isyak,dalam pukul 9malam,aku cuci mata beli buku dulu dekat MPH sebab tergoda.Lokasi MPH dekat sangat dengan surau.Huhu.Apa daaa..
Antara barang yang tersenarai untuk dipilih sebagai hadiah di hari bahagia Nailah ialah comforter, barang elektrik seperti periuk serbaguna tu,sebab Nailah ni memang power bab-bab memasak,dan satu lagi ialah rice cooker.Barang elektrik juga tu kan?Haha.
Pusingan pertama,pusing tempat barang elektrik..Punya la pilih,pilih dan pilih,Mr.H pun dah tolong bagi idea tapi aku sewenangnya menolak ideanya.Hehe.
Tak puas hati dengan barangan elektrik,bergerak ke kawasan comforter,pilih lagi,terakhir sekali aku dapat jumpa yang untuk aku je,untuk Nailah aku tak tahu nak pilih yang macam mana.Risau kalau dia tak berkenan,tak diguna pula nanti,ye dak?Hehe.Okay,tak nak comforter walaupun Mr.H cakap,kalau kita bagi mesti dia guna je.Aaaaa,tidak,aku tak setuju.Kedegilan terserlah.
Beralih semula ke tempat barang elektrik.Tengok periuk nasi,tengok kipas,tengok periuk yang ada set tu,semua nya macam okay,tapi aku tetap rasa macam risau la kalau dia tak guna macam membazir la kan.Lagi satu aku nak,barang yang aku bagi ni akan memberi manfaat untuk dia,mudah-mudahan..
Aku hampir putus asa,lepas tu nampak barang terpilih ni,haaa,kami berdua serentak,ni pun bagus ni!Dah dapat nak beli apa,pilih pula mana yang nak beli.Bukan senang,sampai dah sakit belakang Mr.H,kesian juga.Tapi biar lah,HAHA.Dah pukul 11malam kot,tapi Jusco tutup lambat semalam,baru kami berjaya pilih yang berkenan di hati kedua-dua pihak.Faktor utama kami pilih barang tu,sebab rasanya less likely nak ada orang bagi kalau ikut pengalaman aku la.Lagipun kami bersetuju,benda ni dia akan selalu guna,tak ada nak gilir-gilir macam comforter dan alat-alat lain.
Apa yang kami beli tu?Haaa,tunggu la majlis tu selesai,nanti bocor la rahsia kami.Ehe!
Selesai pilih,dah bayar,dah test.Lepas.Masa untuk pilih pembalut hadiah.Aku minat yang funky,Mr.H punya la pilih yang sentimental.Ewww,so I don’t like.HAHA.Jahat betul.Tapi at last aku ambil yang dia pilih juga,tak sentimental sangat.Exclusive juga.Card pula satu hal.Sama la,aku pilih kad yang macam kartun,dia pilih yang sentimental.Hmm..Dia sangat sentimental okay!Hee.(Gurau je,Sayang.Tapi memang betul kan semalam awak pilih kad jiwang lagi berbunga?Ekeke:P)
Siap dah semua,kad aku ambil yang dipersetujui bersama.Pergi dekat service counter untuk balut hadiah tu,and perjalanan kami masih jauh..
Dalam masa dia memandu,aku terfikir,kalau dulu,kami dating tak ada nya nak buat benda berfaedah macam ni kan semua hal kerja.Kalau dulu,dating kami wajib makan and tengok movie.
Sekarang ni macam dah tak ada masa untuk itu semua,The Tourist pun aku belum sempat tengok walaupun aku craving to watch Angelina Jolie in action,tapi itula,kami terpaksa akur dengan arus hidup yang semakin mencabar dan kesibukan menhimpit diri.
But still,Alhamdulillah,tak banyak yang tak berfaedah berbanding dulu.:)
Dah sampai rumah,teringat,kami nak beli racket sebenarnya,nak bersukan.Lain kali ye kita beli racket, okay Sayang?
Till we meet again.Loves!
vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: