Menu

Pengalaman Hilangkan Eczema Pada Telinga

Dari awal bulan 3, anak saya Fatima, kerap tak sihat. Bermula dengan demam yang tak tahu dari mana punca, kemudian dia selesema. Waktu selesema ni teruk sampai hidung dia pula macam naik kudis, mungkin sebab terlalu kuat lap hingus dengan kain atau tisu. Mula-mula hidung melecet kemudian jadi kudis.

eczema anak
Fatima umur 14 bulan

Lepas tu beberapa hari, saya perasan ada biji timbul dekat bahagian telinga kanan. Sebelah kiri memang tak ada. Keesokannya bermula lah nampak belakang telinga macam berair, ada kudis dan nampak ada luka di pelipat telinga tu.

eczema belakang telinga
Belakang telinga jadi berair, melekat dengan rambut. Nampak merah macam pedih

Luka yang sangat ampuh sebab bila alih je telinga untuk tengok belakang tu, kulit akan berdarah. Saya tak sapu apa-apa melainkan halang dia dari menggaru. Kalau garu, memang akan jadi lagi teruk la bahagian luka tu.

Doktor Kata Eczema Telinga

Kebetulan pula dengan tarik temujanji Fatima untuk dos penggalak vaksin pneumococcal. Siap cucuk vaksin semua, saya beritahu nurse yang menjaga tentang telinga Fatima ada nanah dan macam luka belakang tu. Kemudian nurse arahkan untuk dapatkan pemeriksaan doktor.

Di klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) ni bayaran memang RM1 untuk semua, tapi penantian tu yang lama. Siapa yang pilih untuk ke KKIA perlu faham mungkin separuh hari untuk habiskan seisi rawatan.

Hampir satu jam, sampai juga giliran saya untuk jumpa dengan doktor.

“Ada siapa yang eczema ke dalam family?, doktor tanya. Soalan rutin untuk tahu sejarah keluarga.

“Saya memang ada eczema sejak lepas bersalin anak sulung. Dan anak sulung pun ada eczema. Tapi kulit kering dan gatal saja. Tak ada teruk sangat. Alhamdulillah,” saya jawab soalan doktor.

eczema kaki kering
Eczema Amanda dulu lebih kurang begini tapi tak merah teruk

Doktor ambik masa sekejap berbincang dengan rakan untuk pendapat mungkin. Saya berdoa dengan sungguh-sungguh supaya dijauhkan dari eczema. Kemudian doktor kembali ke tempat saya dan Fatima, katanya apa yang Fatima alami ni sejenis masalah kulit, juga eczema.

“Allah, moga Allah sembuhkan lah eczema Fatima ni tanpa perlu guna steroid”, saya berdoa lagi dalam hati.

Doktor Pesan Beli Krim Bebas Steroid

Lepas doktor beritahu masalah belakang telinga Fatima ialah eczema, saya terdiam sekejap. Kemudian doktor bagi pesanan,

“Saya bagi ubat. Nanti puan beli krim atau lotion yang tak ada steroid. Sapu belakang telinga dia supaya tak kering. Dia tak gatal jadi kuranglah dia menggaru”.

Saya angguk. Kemudian saya ambil slip ubat yang doktor beri. Saya terus ke farmasi klinik untuk ambil ubat yang sudah dipesan oleh doktor.

hilangkan eczema tanpa steroid
Ubat yang doktor pesan

Saya terima ubat dan tengok rupanya krim steroid. Pelik juga tadi doktor pesan supaya beli krim bebas steroid. Tak sangka diberikan juga krim steroid. Huhu. Saya bukanlah anti steroid, tetapi kalau ada pilihan lain, saya akan cuba dengan selain steroid.

Krim Bebas Steroid Yang Saya Pilih

Masuk je dalam kereta, saya mengomel dengan suami. Tertanya-tanya tadi doktor pesan beli krim bebas steroid. Tapi sekarang doktor bagi krim steroid.

“Sebenarnya apa yang saya perlu buat dengan krim steroid ni’, saya tanya suami. Beliau senyap untuk bagi ruang pada saya bercakap dan dia jadi pendengar haha.

“Tak apa lah, saya nak cuba dulu dengan Herbal Blend. Kalau ok, saya akan hantar balik ubat yang doktor bagi ni supaya orang lain boleh guna”, suami angguk je tanda setuju. Entah kenapa saya tak terfikir sebelum ni untuk gunakan Herbal Blend. Walaupun saya memang tahu dan yakin krim bebas steroid ini dari jenama yang terbaik.

Balik dari klinik, saya terus sapu krim Herbal Blend pada belakang telinga Fatima.

krim bebas steroid untuk eczema
Krim ni boleh je sapu nipis atau tebal

Dalam masa dua minggu lagi doktor nak tengok sendiri keadaan eczema belakang telinga Fatima sama ada berkesan atau tidak dengan ubat yang beliau berikan.

cara rawat eczema
Telinga semakin baik

Saya berdoa supaya krim ni dapat bantu kawal gejala eczema belakang telinga Fatima. Dengan Herbal Blend ni saya lebih yakin nak sapu di mana-mana bahagian badan dan tak kira lapisan umur. Dari bayi lagi saya sentiasa gunakan Herbal Blend terutama bila anak-anak digigit nyamuk.

Bukan apa, krim ni tak ada paraben, dibuat dari bahan semulajadi dan tanpa steroid. Jadi sebagai ibu, saya tak risau la nak guna untuk jangka masa panjang pun. InsyaAllah memang selamat. Anak-anak lain pun guna Herbal Blend ni sebagai lotion. Memang serasi dengan kami semua. Mana-mana kawasan kulit kering, atau gatal atau pun lepas mandi, saya sapu Herbal Blend pada tubuh badan anak-anak.

Keadaan Belakang Telinga Selepas Satu Minggu

Boleh katakan saya akan sapu Herbal Blend ni setiap masa juga. Saya jadikan rutin untuk Fatima. Sebab kakak-kakak semua dah pandai sapu sendiri. Saya sapu lepas mandi, bila hilang je saya akan sapu lagi supaya kawasan belakang telinga sentiasa lembap.

eczema bayi
Ni masa hidung berkudis sebab banyak sangat lap hingus

Mujurlah Fatima tak menggaru. Jarang sangat tengok dia garu telinga. Waktu tidur pun tak nampak macam menggaru. Itu sangat lah membantu proses untuk hilangkan  gajala eczema ni.

Selepas seminggu, belakang telinga Fatima semakin baik. Tak ada lagi berair, bernanah dan macam tak ada apa-apa berlaku kat kawasan tu. Syukur. Pada mulanya memang saya pun risau nak sapu. Tapi bila doktor bagi steroid, saya pilih jalan yang tanpa steroid dulu. Hasilnya memang membuka mata saya.

eczema belakang telinga
Gambar selepas seminggu dengan Herbal Blend

Sejujurnya saya pun tak sangka dapat kesan cepat begini. Memang saya tahu Herbal Blend Shaklee ni krim serbaguna, cuma saya pun memang ragu-ragu pada mulanya. Apa pun Alhamdulillah sebab Allah swt mudahkan.

Harapnya episod belakang telinga Fatima ni tak berulang lagi. Buat ibu-ibu yang berusaha untuk hilangkan gejala eczema anak-anak, teruskan cari jalan. Tak salah untuk mencuba dan jangan putus asa. Setiap kesusahan, sedih dan perit melihat anak-anak terluka, pasti ada jalan keluar yang lebih baik di depan sana.

Krim Serbaguna untuk Kit Kecemasan di Rumah

Krim Herbal Blend ni pernah kehabisan stok. Jadi saya akan buat stok 2-3 tiub di rumah sebab taknak putus stok sendiri. Bila dah guna sendiri baru boleh faham kenapa Herbal Blend Shaklee ni krim bebas steroid terbaik yang wajib ada di rumah.

krim bebas steroid untuk bayi
Inilah krim serbaguna Herbal Blend

Selain untuk masalah eczema belakang telinga, krim ni juga sesuai untuk:

  • Ruam pada muka
  • Hilangkan parut
  • Gatal celah pelipat badan
  • Pelembap seluruh tubuh

Berbaloi-baloi sangat dengan harga satu tiub ni hanya RM50, boleh buat pelbagai guna. Lagipun bebas paraben jadi boleh gunakan dengan yakin untuk seluruh keluarga.

Kalau nak ikhtiar dengan krim tetapi nak dapatkan dengan harga yang lebih jimat, boleh terus daftar keahlian dan buat pembelian di sini.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

One thought

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: