Menu

Kebaikan ESP Shaklee Untuk Ibu Hamil

Tersenyum sendiri kalau teringat kenangan selepas melahirkan anak pertama, sekitar tahun 2013 lalu. Ada kawan ajak saya beli ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee untuk menyusukan bayi.

“Jom lah kita kongsi beli ESP, dapat harga murah. Bagus ni untuk susu badan”, katanya.

Saya tolak mentah-mentah ajakan beliau. Padahal masa tu saya memang tak kenal lagi apa ESP dan latar belakang syarikat Shaklee. Masa tu yang saya tahu cukuplah untuk dapat nutrisi daripada makanan sahaja. Saya tak perlukan vitamin.

Serbuk protein pertama dari sumber tumbuhan dicipta oleh pengasas Shaklee

Pastinya ramai yang berfikiran sama dengan saya. Sebenarnya vitamin bukanlah sebagai pengganti makanan. Ia adalah pelengkap nutrisi yang badan perlukan.

Kebaikan ESP Shaklee untuk Ibu Hamil

Saya mula amalkan ESP Shaklee sewaktu mengandungkan anak kedua iaitu sekitar tahun 2015. Banyak perubahan yang saya perasan terutamanya gejala ekzema yang sudah berkurang dan anak kedua saya juga tidak ada masalah kulit seperti anak sulung.

Saya mula amalkan ESP Shaklee sejak mengandung anak kedua

Keadaan inilah yang menjadi titik tolak perubahan kefahaman saya tentang pengambilan vitamin. Bila dah rasa sendiri, barulah terbuka mata dan fikiran. Kini saya wajibkan vitamin untuk diri sendiri, suami dan anak-anak setiap hari.

Manfaat lain yang ESP Shaklee berikan untuk ibu menyusu:

1. Pertumbuhan Bayi Yang Lebih Sihat

Protein memainkan peranan penting dalam perkembangan tisu dan organ bayi terutama
ketika trimester kedua dan ketiga. Ia berfungsi untuk menyokong pertumbuhan bayi yang pesat dan menjadi asas kepada kesihatannya.

Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir. Selain itu, ia juga mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.

2. Bayi Yang Kuat dan Sihat

Pengambilan protein yang mencukupi akan menyokong pembentukan sel dalam sistem ketahanan ketika bayi masih dalam kandungan.

Bayi sihat dan kuat

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan protein yang tidak mencukupi di kalangan ibu hamil akan menjejaskan kesihatan imun bayi.

3. Kehamilan Lebih Sihat dan Lebih Bertenaga

Protein soya mengandungi jumlah protein dan karbohidrat yang ideal untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu yang semakin meningkat. Ia juga membekalkan tenaga yang berpanjangan untuk membolehkan ibu-ibu kekal aktif sepanjang kehamilan.

Beza sangat kehamilan dengan pengambilan ESP Shaklee. Walaupun alahan dan tak mampu nak telan makanan, minum ESP setiap pagi bantu untuk beri tenaga kepada badan.

4. Menggalakan Penghasilan Susu Ibu

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir.

Namun, kualiti susu juga bergantung kepada pemakanan ibu. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan ibu yang menyusu.

Ia juga membantu melancarkan proses penyusuan susu ibu sehingga 6 bulan lengkap.

5. Bekalan Susu Ibu Yang Berpanjangan

Nutrien lengkap dalam protein soya memenuhi keperluan protein ibu yang menyusukan anak. Ia membantu menggalakkan penghasilan susu ibu untuk pertumbuhan bayi yang optimum.

Protein soya adalah pilihan lebih sihat bagi ibu yang menyusukan anak untuk mengawal berat badan. Ia mengenyangkan dan mengurangkan lemak badan, serta memperbaiki komposisi badan.

Kelebihan protein dari ESP Shaklee

1. Pilihan yang lebih sihat

Apabila mengambil protein dari sumber ayam atau daging, badan tidak dapat singkirkan lemak dan kolesterol.

Berbeza dengan ESP Shaklee, ia memberikan protein tanpa lemak dan kolesterol.

Segelas ESP Shaklee memberikan:

  • 14g protein tulen, bersamaan dengan 1 hidangan ikan
  • Rendah lemak supaya boleh dinikmati setiap hari
  • Tanpa kolesterol untuk jantung yang lebih sihat
  • Rendah indeks glisemik, membolehkan ia diminum oleh pesakit kencing manis dan sesuai untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan

2. Sumber asli

ESP diperbuat daripada:

  • Kacang soya asli, bukan-GMO (kacang soya yang melalui pengubahsuaian organisma secara genetik)
  • Tanpa gluten, selamat untuk diminum oleh mereka yang sensitif terhadap gluten
  • Tanpa perisa tiruan, hanya mempunyai sumber yang tulen, lazat dengan kebaikan semula jadi
  • Tanpa pemanis tiruan, nikmatinya dengan penuh ketenangan
  • Tanpa pewarna tiruan
  • Tanpa bahan pengawet kerana kacang soya asli yang terbaik tidak memerlukan pengawet

3. Melangkaui Organik (Beyond Organic)

ESP protein soya Shaklee ialah minuman yang selamat dan melangkaui organik.

Shaklee melakukan saringan terhadap lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak dan bendasing pada setiap ramuan botaninya. Ia adalah 3 kali lebih tinggi daripada piawaian yang ditetapkan oleh Farmakopeia Amerika Syarikat.

Kandungan nutrisi ESP Shaklee

Bukan sekadar organik, Shaklee ingin pastikan setiap bahan mentah diproses di samping menjaga ketulenan dan keaslian setiap tumbuhan.

4. Berkualiti Tinggi

ESP hanya memberikan kualiti kacang soya yang terbaik dengan:

  • 9 asid amino penting yang lengkap untuk fungsi tubuh yang optimum
  • Protein dari soya, iaitu berasaskan tumbuhan yang tidak mempunyai kolesterol dan rendah lemak
  • Dihasilkan di bawah Program Pemeliharaan Identiti (IPP) bagi memastikan kualiti dan keselamatan yang terbaik untuk memberikan nutrien dan kebaikan soya yang lengkap dalam setiap hidangan

5. Pilihan yang Berkhasiat

  • Membekalkan 500mg kalsium secara semula jadi, penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat
  • Mengandungi 5 vitamin B penting secara semula jadi memberikan tenaga yang berkekalan

6. Mudah Dihadam

ESP adalah bebas Laktosa yang sesuai untuk:

  • Orang tua kerana mudah dicerna
  • Mereka yang mempunyai intoleransi laktosa atau sensitif
    terhadap laktosa
  • Vegetarian kerana ia adalah pengganti protein yang hebat berbanding protein daging
  • Mereka yang mengalami sakit gastrik

Sumber protein dari ESP Shaklee:

  • Menyediakan 14g protein
  • Indeks Glisemik Rendah
  • Skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai yang tertinggi bagi penghadaman dan kualiti protein tertinggi
  • Mengandungi 9 asid amino penting
  • Kaya dengan kalsium
  • Bebas kolesterol
  • Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol

Mulakan pengambilan protein harian dari sumber soya hari ini.

Whatsapp Nina Salleh untuk order

Selain daripada melalui pemakanan harian, ia akan membantu untuk cukupkan nutrisi protein yang badan perlukan.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

One thought

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: