Menu

Kelebihan ESP Shaklee Untuk Kesihatan Kulit

Energizing Soy Protein (ESP) merupakan salah satu produk yang terkenal dalam rangkaian suplemen kesihatan Shaklee yang sudah ada di pasaran sejak 1961.

Bagi ramai pengguna, terutama golongan wanita, ESP sering dikaitkan dengan pelbagai manfaat untuk kulit.

kelebihan esp shaklee
ESP protein isolate pertama di dunia

Apa Itu ESP Shaklee?

ESP Shaklee ialah protein soya berkualiti tinggi yang diperbuat daripada biji soya bukan GMO yang dipilih secara teliti. Protein soya adalah sumber protein lengkap yang mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

kelebihan protein esp shaklee
Protein isolate soya pertama di dunia

Untuk penjagaan dan kesihatan kulit, protein ialah unit asas yang memainkan peranan penting dalam menyokong pembinaan tisu-tisu badan, termasuk kulit, rambut, dan kuku.

Kebaikan ESP Shaklee untuk Kulit

1. Merangsang Pembaharuan Sel

Setiap hari, kulit kita mengalami pendedahan yang boleh menyebabkan kerosakan sel, seperti pencemaran dan sinaran UV. Protein adalah komponen penting dalam proses pembaikan dan pembaharuan sel.

kelebihan esp untuk kulit
Serbuk portein soya isolate pertama di dunia

Dengan isoflavon, ESP Shaklee membantu merangsang pembaharuan sel-sel kulit, menjadikannya lebih sihat dan berseri.

2. Melembapkan Kulit

Protein soya dalam ESP mengandungi isoflavon yang boleh mengekalkan kelembapan pada kulit.

Kulit yang terhidrasi dengan baik kelihatan lebih anjal dan lembut. Isoflavon ini membantu dalam mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan kesan kulit kering.

3. Mengurangkan Tanda Penuaan

Kandungan protein dan isoflavon dalam ESP memainkan peranan dalam penghasilan kolagen, protein penting untuk kulit yang anjal dan kelihatan muda.

 cara hilangkan jerawat
Jerawat hilang sebelum ni dah cuba macam-macam cara termasuk jumpa pakar kulit

Dengan penggunaan yang konsisten, perubahan yang boleh dilihat seperti kedutan dan garis-garis halus pada permukaan kulit mula berkurangan.

4. Memudarkan Parut dan Bekas Jerawat

Regenerasi kulit yang lebih baik boleh membantu mempercepatkan pemudaran parut dan bekas jerawat. Protein soya dalam ESP membekalkan bahan asas yang diperlukan untuk tisu kulit membaiki sendiri, justeru meratakan tona kulit dan mempercepatkan pemulihan parut.

5. Melindungi Kulit

Beberapa kajian menunjukkan bahawa soya boleh membantu melindungi kulit daripada kesan negatif sinar UV. Ini kerana isoflavon dalam soya boleh bertindak sebagai antioksidan, melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan oksidatif yang boleh menyebabkan penuaan pramatang.

Cara Penggunaan ESP untuk Hasil Terbaik

Untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada ESP Shaklee, konsistensi adalah kunci. ESP boleh diambil setiap hari dengan mencampurkannya ke dalam minuman kegemaran seperti serbuk coklat atau diambil begitu sahaja.

cara minum esp shaklee
Pelbagai rasa yang lazat lagi sihat

Ia sesuai diambil pada sebagai sebahagian daripada sarapan, memberi tenaga dan kebaikan untuk kulit sepanjang hari selain dari mengawal portion makanan kerana ia memberikan rasa kenyang lebih lama.

Campurkan tiga sudu besar ESP ke dalam air suam atau sejuk. Untuk variasi, ESP juga boleh dicapurkan dengan buat seperti avocado atau dijadikan sebagai dessert yang sihat.

 Pengalaman Pengguna

Ramai pengguna ESP yang berkongsi perubahan positif dalam tekstur dan penampilan kulit mereka selepas beberapa bulan menggunakannya. Kulit menjadi lebih licin, segar, dan kurang berminyak. Terdapat juga testimoni mengenai perubahan positif pada tona kulit.

cara bancuh esp shaklee
Jadikan ESP sebagai rutin dalam diet harian

Sebenarnya, ESP Shaklee memberikan banyak manfaat bukan saja untuk kulit, terutamanya dari segi pembaharuan sel, kelembapan, dan perlindungan anti penuaan, tetapi juga kepada kesihatan badan secara menyeluruh.

Amalkan ESP Shaklee secara konsisten bersama gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang betul untuk kesan yang lebih optimum kepada kesihatan kulit. Jaga kesihatan kulit dari dalam dengan pemakanan yang baik dan dapatkan suplemen berkualiti seperti ESP Shaklee di sini.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: