Ini bukan kisah sejarah negara,ini kisah sejarah hidup saya. Melakar sejarah apabila menyambut hari raya qurban di kota metrofulus..Eh eh,kota Metropolitan la..Tak pernah lagi dalam hayat hidupku menyambut hari raya qurban atau pun hari raya puasa kat sini.Sedih la juga,tapi akur dengan keputusan Abah, qurban kat sini katanya sebab tahun lepas dah kat kampung halaman tercinta iaitu di Kota Bharu Bandaraya Islam,specifically Kampung Chicha.Tempat tumpah darahku..
Ops,terlebih dahulu ingin ku mengucapkan selamat menyambut hari raya qurban,berkorban apa saja demi agama,bangsa dan negara.Cewaahhh:)
Okay,mula dengan malam raya.Kalau di kampung ni sibuk memasak bersama nenda yang ku panggil Mok itu.Tapi di sini,kami semua puasa 9 Zulhijjah,Alhamdulillah.Jadi, malam raya sambut di Concorde Hotel KL untuk buffet dinner.Faham je lah,family memang lepak,lepak sambil makan sampai pukul 11malam kot baru balik dari lepas Maghrib.Perut penuh..
Lepas berbuka,lepak pula.Sambil topup isi perut |
Ala,bukan majlis pun,makan-makan je kat Restoran Atas Tuber kat Kg.Pandan.
Tiba hari yang dinanti..10Zulhijjah 1431H.
Pagi nya,kami solat sunat aidil adha di Masjid as-Syakirin atau lebih mesra sebagai Masjid KLCC sebab dekat dengan KLCC.Lepas solat tu kalau siapa yang memang tiada hala tuju,boleh terus ke KLCC jalan-jalan cuci mata dan exercise kaki.Bukan aku mengarut,tapi memang ada kot yang berniat begitu sebabnya kamu-kamu tahu tak,terkejut aku dan family tengok seorang perempuan ni pakai telekung,dengan lutut tersembul bersama seluar paras atas paha.Aku pun tak faham la,atleast kalau pun dia tu jenis yang tak suka tutup aurat,hormat la Rumah ALLAH tu,ingat rumah apa?Astaghfirullah..Aku mohon dari-MU ya ALLAH,jauhkan aku dan keluarga serta sahabatku daripada perkara sebegini.Ameen..
Okay,tutup pasal tu.Dalam masjid memang penuh sesak,rupanya ramai juga orang yang tak balik.Aku seronok solat kat sini sebabnya boleh dengar dengan jelas khutbah yang dibaca siap ada powerpoint presentation lagi.Ada kelas gituuu:)
Biasa kat Masjid Kubang Kerian memang tak jelas,sebab ramai sangat,sampai tak berpeluang pun nak solat kat dalam.(Lagipun sebab selalu lewat pergi masjid,salah sendiri.Huhu)
Lepas solat and selesai dua khhutbah,yang bestnya ada makan-makan.Bukan solat sunat terawih je ada moreh,sunat raya pun ada.Apa lagi,isi perut dengan bihun goreng dan nasi himpit serta rendang daging yang yummy!
Dah kenyang tu,balik rumah.Abah dah siap nak pergi Atas Tuber,tengok lembu dan melihat aksi penyembelihan lembu.Aku dan adik-adik aku tak nak ikut sekali,lagi pun Abah dah cakap,awal lagi.Jurusembelih pun tak datang lagi.Kami pun zzzzzzzz di rumah samppai Zohor!Itu lah raya kami.
Ini lepas dah agihkan daging, lepas tu setiap orang dapat dalam satu plastik itu |
Lepas Zohor baru bergerak ke Atas Tuber,baru ada suasana raya qurban dengan acara pembahagian daging dan masak-memasak perlu diganyang dengan cepat memandangkan tetamu sudah menunggu.Laku sungguh walaupun tak berniaga hari ni.Fuhh fuhh,seronok tengok orang makan walaupun penat sedikit.Itu biasala kan.
No pain no gain:)
Tapi not bad la buat masak-masak kat kedai ni,senang kot.Lagi pun ruang yang memang sesuai untuk orang ramai.Kalau kat Kampung Chicha memang sempit kot nak masak-masak ni,mesti orang yang memasak serabut lalu kucar-kacir jadinya.Tak la kucar-kacir,tapi itu la.Emotional,perempuan kan.Kat sini,semua yang masak lelaki.Hebat wooo mereka semua.Tabik spring!Hehe.
Masak simple je,daging goreng, singgang dan sup.Semua daging.Setakat pukul 6petang ni,dah dua kali aku mengisi perut yang tidak kosong.How to kurus?Tell me how…
Malamnya kami tengok movie,Unstoppable.Best sangat cerita ni!Midnight movie and aku tak tidur.Hip hip hooray!Tu sebab best la,kalau tak aku tidur je..Ni baru je balik,lepas tengok movie tadi singgah makan steamboat kat tepi jalan.Dah lama tak makan macam tu.Abg Amir belanja.Hehe.Thanks Abg Amir:D
Itu lah kisah beraya di Kuala Lumpur.Esok,insyaALLAH,akan bergerak pulang ke Kampung Chicha tercinta.
Aku drive ok!Aku dan adik aku,Adila.Hua hua.Semoga kami selamat sampai.Doakan kami semua selamat pergi dan balik..
Ini kat KLCC,pukul1150pm.10 orang semuanya rombongan ini |
Thats it,sudah mengantuk.Goodnight all.Loves.
One thought
gitew la gamaknya.
harap-harap ni first and last raya kat sini.hu hu