Saya pun tak sangka ada cara yang boleh buat untuk hilangkan eczema walaupun tak guna steroid. Saya pernah buat eksperimen untuk diri sendiri sebelum menulis di sini.
“Doktor, kenapa ye jari saya ni ada bintik-bintik air dan sedikit gatal?”
Masih ingat soalan yang saya tanya pada doktor waktu pemeriksaan kandungan, mengandung anak pertama sekitar tahun 2013. Bintik-bintik mula timbul pada jari kelingking, kemudian merebak ke jari manis.
“Oh, ini cuma lebihan air. Biasalah ibu mengandung akan ada macam ni”,
ini jawapan yang doktor tersebut berikan pada saya. Saya angguk tanda setuju. Tak membangkang sebab percayakan kredibilitinya sebagai pegawai perubatan.
Cuma bila fikir balik memang boleh mengekek saya gelakkan diri sendiri. Macam tu je kena bodohkan waktu tu padahal itu gejala ekzema yang saya hadap waktu dewasa.
Bermula dengan bintik air pada jari
Sehinggalah balik ke rumah, hari demi hari tangan saya semakin gatal merenyam. Saya garu dan rasa seronok pula ya dapat pecahkan biji-biji kecil berisi air. Lagi banyak saya pecahkan, semakin banyak ia tumbuh.
Selepas bersalin anak pertama pun ia masih di situ. Ingatkan waktu mengandung saja kalau ikutkan teori doktor yang saya jumpa tempoh hari. Bukan itu saja, ia jadi semakin teruk dan merebak sehingga ke jari hantu. Jari saya kemerah-merahan, berair dan gatal yang tak boleh dibawa berbincang.
Rasanya kalau dapat berus besi dan gosok pada tempat gatal memang itulah nikmat dunia teragung. Cuma bila mandi atau kena air memang akan berair mata menahan kepedihan lepas sedap menggaru.
Penyebab Eczema Dewasa
Saya sangka eczema ni hanya ada pada anak-anak kecil. Rupanya saya yang dah berumur 25 tahun waktu tu, dan ada seorang anak pun masih boleh dapat eczema. Eczema memang tak kenal usia.
Ia adalah salah satu masalah keradangan pada kulit yang terjadi bila ada alahan kepada:
-
Makanan
-
Keadaan cuaca
-
Bahan pencuci yang digunakan setiap hari
Banyak juga doktor biasa dan pakar kulit yang saya jumpa, kebanyakannya akan beri krim steroid. Saya bukanlah anti steroid, namun tak pasti sampai bila perlu bergantung dengan krim tersebut selagi puncanya tidak dikenalpasti.
Akhirnya saya dapat tahu tentang seorang doktor, beliau terkenal dalam bidang perubatan homeopathy iaitu Dato’ Dr Suryakhatun (beliau boleh dihubungi di sini), barulah saya puas hati sebab dapat tahu yang saya alah kepada bawang putih. Setiap kali nak memasak, saya perlu pakai sarung tangan getah.
Sekiranya ada sentuhan terus pada bawang, maka gejala ekzema akan timbul.
Tanda-tanda Ekzema Pada Orang Dewasa
Tanda-tanda awal ekzema pada orang dewasa berbeza-beza. Saya bermula dengan bintik-bintik kecil yang berair pada jari, yang disangka kebiasaan ibu mengandung.
Eczema juga boleh dikenalpasti dengan tanda-tanda seperti:
- Kulit kering
- Kemerah-merahan
- Kegatalan
- Bintik-bintik kecil
Cara Hilangkan Eczema Orang Dewasa
Sebenarnya, setakat ini eczema memang tiada ubat yang spesifik dan ia akan sentiasa ada dalam badan kita. Ia tak dapat dihilangkan atau diubati. Hanya dengan mengelakkan daripada punca-punca eczema, gejala seperti kegatalan dan kemerahan dapat dikurangkan.
1. Ketahui punca eczema
Cara nak hilangkan eczema yang paling utama ialah perlu diketahui punca eczema. Sama ada dari pemakanan atau keadaan cuaca mahupun bahan pencuci. Untuk mengesan alahan terhadap makanan, banyak pusat rawatan yang menyediakan allergy test dengan mengambil sampel darah.
2. Pastikan bahagian kulit sentiasa lembap
Eczema akan menyebabkan kulit kering dan seterusnya gatal yang tak boleh dibawa berbincang ya. Kalau datang gatal tu, dapat berus besi memang sedap menggaru.
Jadi kulit perlu sentiasa dalam keadaan lembap supaya dapat elakkan daripada kegatalan dan menggaru sehingga berdarah dan berair. Gunakan minyak zaitun atau krim serbaguna Herbal Blend yang bebas paraben ini.
Krim ni memang wajib ada kat rumah. Saya guna bila perlu atau guna sebagai lotion pun sesuai.
3. Guna bahan pencuci yang mesra kulit
Selain dari elakkan punca eczema, saya juga tukar sabun basuh baju dan pinggan kepada yang bebas kimia. Hanya guna yang organik dari rangkaian pencuci rumah jenama Shaklee sahaja ini.
Kalau sebelum ni basuh pinggan pun akan sebabkan keradangan teruk, kini tak perlu lagi pakai sarung tangan. Kulit saya dah kembali pada biasa dan tak nampak langsung macam ekzema sejak itu.
Sabun mandi, sabun basuh pingan, bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membersihkan rumah juga boleh jadi punca ekzema pada dewasa. Bahan yang ‘tajam’ sangat mudah untuk memberi kesan alah pada kulit dan menimbulkan keradangan pada kulit.
4. Jaga pemakanan untuk hilangkan eczema tanpa steroid
Sejak saya ada masalah eczema ni saya mula kenal dan faham kenapa perlu vitamin., Mungkin kalau tak kena eczema, saya pun anti vitamin haha. Sebenarnya memang betul nutrisi yang lengkap dapat mengurangkan gejala eczema. Ia tidaklah merawat sebab vitamin, tetapi sangat membantu mengurangkan kerosakan kulit yang lebih teruk.
Setiap hari saya amalkan suplemen yang baik untuk kulit iaitu:
Kesemua ini akan membantu memperelokkan kulit dari dalam. Saya dah cuba dan memang eczema saya ni hilang tanpa guna steroid.
Syukur Alhamdulillah sejak 2014 hingga hari ini saya sudah bebas menggunakan tangan untuk memasak, mencuci pinggan dan mengemop lantai tanpa sarung tangan. Ia adalah antara nikmat terbesar dalam hidup saya.
Benarlah nikmat sihat hanya akan dihargai bila kita diuji dengan kesakitan. Sejak dari episod itulah saya sanggup melaburkan duit untuk membeli vitamin demi kesihatan sendiri dan seluruh ahli keluarga. Kalau berminat nak dapatkan krim dan produk penjagaan rumah yang organik serta selamat untuk keluarga dan anak kecil, boleh hubungi Pengedar Shaklee Ampang.
Nina Salleh| Empowering moms