Menu

Punca Kitaran Haid Terganggu dan Penyelesaiannya

Saya salah seorang yang diberi keistimewaan untuk mempunyai kitaran haid yang terganggu. Hihi. Yang lawak nya haid pun lambat, siap meminta doa supaya Allah cepatkan datang haid. Kelakar betul zaman budak-budak dulu.

Iyalah, saya sekolah dan duduk di asrama. Satu demi satu kawan-kawan sebaya dan sama ketinggian yang datang haid. Masa tu risau juga sama ada normal ke tidak diri sendiri, atau ada masalah kesihatan ke apa, dia jadi overthinking gitu.

Kitaran haid terganggu bukan perkara boleh dibuat “biasa”

Setiap kali balik ke asrama dari bermalam di rumah, saya akan beli pad bekalan kot-kot period ke. Kemudian bila sampai musim cuti, mula lah sedekah pad semua bagi pada kawan-kawan yang sudah datang haid.

Kitaran Haid Terganggu

Sejak kali pertama hadapi haid iaitu menarche pada umur 16 tahun memang saya punya kitaran haid terganggu. Kitaran haid saya adakala tiga hingga enam bulan. Tak pernah kitaran yang normal dalam setiap bulan. Malah memang berterabur.

Masalah kitaran haid terganggu ni merisaukan bila saya berkahwin. Risau kalau-kalau ada masalah kemudian hari untuk mengandung. Tapi kuasa Allah swt siapa yang dapat duga. Tak tercapai dek akal. Saya seperti orang yang ada kitaran haid normal.

Saya bekahwin pada bulan 8 tahun 2012, manakala melahirkan anak pertama pada bulan November 2013 walaupun kitaran haid terganggu.

Proses biasa untuk kitaran haid yang normal

Masalah bila Kitaran Haid Terganggu

Secara kasarnya, kitaran haid yang teratur memberi maksud kesuburan, kewanitaan dan kesihatan yang berada pada tahap baik. Walaupun begitu, ia tidaklah menjamin seseorang wanita hamil cepat dengan kitaran haid yang normal. Jadi jangan risau, banyak berdoa, usaha dan serahkan pada Allah swt.

Banyak kemungkinan yang menyebabkan kitaran haid terganggu.

Antara tanda-tanda masalah haid terganggu yang perlukan perhatian segera

Kitaran haid terganggu boleh jadi tanda kepada masalah kesihatan yang mengancam nyawa seperti kanser pangkal rahim (cervix), kanser ovari atau rahim. Sebahagian besar pula disebabkan oleh gangguan hormon dan juga banyak ketumbuhan bukan kanser seperti fibroids, endometriosis dan ovarian cysts.

Tanda-Tanda Bahaya bila Kitaran Haid Terganggu

Sebagai wanita yang ada kitaran haid dan istimewa dengan rahim, kalau ada tanda dan masalah kitaran haid terganggu, segera berjumpa dengan doktor untuk pastikan ia bukanlah tanda-tanda yang mengancam nyawa.

Kitaran haid terganggu boleh jadi tanda kepada cyst pada ovari

Antara tanda-tanda yang perlu perhatian segera ialah:

1. Perdarahan selepas ‘bersama’

Pendarahan selepas ‘bersama’ boleh jadi salah satu gejala kanser pangkal rahim. Namun, ada juga kemungkinan masalah lain seperti cervical erosion, jangkitan kuman dan cervical fibroids serta polyp apabila berlaku pendarahan selepas hubungan kelamin.

Gambaran polyp pada pangkal rahim (gambar kredit Cleveland Clinic)

Untuk pastikan masalah dan punca, pemeriksaan lanjut iaitu pap smear perlu dibuat bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

2. Perdarahan selepas putus haid (menopause)

Pendarahan selepas putus haid boleh jadi tanda kanser dalam rahim. Selain itu, ia juga boleh berpunca dari kekurangan hormone estrogen, ada ketumbuhan fibroid dan polyp.

Cara yang terbaik ialah buat pemeriksaan paras hormon dalam darah dan dapatkan pemeriksaan dari doktor. Jangan dibuat andaian yang menyedapkan hati tetapi memberi kesan pada kesihatan.

3. Perdarahan haid terlalu banyak dan berpanjangan (menorrhagia)

Ramai juga yang ada masalah pendarah haid terlalu banyak dan berpanjangan atau darah  istihadah. Ia boleh jadi gejala ketumbuhan fibroid, adenomyosis, endometrial hyperplasia dan polyps.

Rawatan juga bergantung pada masalah yang akan disahkan oleh doktor yang memeriksa dan merawat.

4. Sakit senggugut

Walaupun kitaran haid saya terganggu, Alhamdulillah saya bebas dari senggugut. Sekiranya sering hadapi senggugut, elakkan dari berterusan menahan diri dengan makan ubat tahan sakit.

Dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor untuk pastikan ia bukanlah endometriosis dan adenomyosis. Masalah senggugut boleh menimbulkan masalah kesuburan dan keguguran serta kesakitan yang melampau.

Senggugut jangan dianggap ‘biasa’

5. Haid tidak teratur, jarak antara haid 3 hingga 6 bulan atau lebih

Inilah masalah yang saya hadapi. Ia boleh disebabkan oleh polycystic ovarian syndrome (PCOS), ovari bengkak dan hormon yang tidak seimbang. Masalah ini sering berlaku pada wanita yang berlebihan berat badan.

Masalah utama bila haid tidak teratur ialah kesukaran untuk hamil dan perdarahan banyak serta berpanjangan. Sekiranya hadapi masalah ini, dapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Selain itu, usahakan lah untuk turunkan berat badan.

6. Tidak datang atau lewat datang haid

Punca utama kepada masalah tidak datang haid atau lewat datang haid ialah kehamilan. Jadi, perlu buat ujian kehamilan dan scan untuk pengesahan denyutan jantung bayi.

Kesihatan rahim perlu dijaga

Selain itu, ia juga boleh berpunca daripada gangguan hormon akibat stres dan kemungkinan gejala hampir menopause.

7. Tidak datang haid melebihi 6 bulan

Bagi mereka yang berumur sekitar 50-an, ia boleh jadi salah satu tanda menopause. Bagi yang berumur kurang dari 40 tahun, ia dikira sebagai premature menopause.

Ovari yang tak cukup telur menyebabkan haid cepat terhenti

Mereka yang berhenti haid dalam umur 20-an dan awal 30-an , ia mungkin disebabkan oleh ovarian failure, iaitu ketandusan telur dan hormon dalam sistem pembiakan wanita.

8. Tidak datang haid pada umur 20 tahun

Keadaan tidak datang haid pada umur 20 tahun mungkin disebabkan oleh kecacatan dari dalam rahim. Ia boleh disebabkan ketiadaan rahim, pangkal rahim atau faraj.

Jadi kitaran haid yg tidak menentu mungkin menandakan sesuatu yang berbahaya.

Ketiadaan rahim ialah kecacatan dari sebelum lahir

Cara untuk Atasi Masalah Kitaran Haid Terganggu

1.Jalani Pemeriksan Yang Betul

Masalah haid terganggu tak akan selesai selagi tak diketahui punca-punca yang perlu dirawat. Sekiranya terdapat ketidaknormalan dalam kitaran haid, terus jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Jangan biarkan masalah kitaran haid terganggu berlarutan kerana ia mungkin mengancam nyawa. Dapatkan kepastian untuk masalah yang kita hadapi.

2.Melakukan ujian Pap Smear

Sebagai wanita, ia adalah ujian sepatutnya dilakukan secara berkala.

Di klinik kesihatan di Malaysia, ujian pap smear boleh dibuat dengan bayaran RM1 sahaja. Untuk ibu yang bersalin dan buat pemeriksaan di klinik kesihatan, pap smear sudah jadi sebagai rutin.

Pap smear untuk mengambil sample bahagian peranakan

Ujian pap smear boleh dibuat 3 hari selepas ‘bersama’ dan bukan dalam keadaan haid. Pap smear ialah ujian penting untuk periksa kesihatan rahim dan pangkal rahim. Sample dari kawasan pangkal rahim akan diambil untuk dikesan sekiranya ada ketidaknormalan.

Pangkal rahim yang normal dan tidak normal akan diketahui

Buat demi kesihatan dan demi orang yang kita sayang. Selepas sample diambil dan diuji, andainya ada ketidaknormalan, kita akan dihubungi oleh petugas kesihatan.

3.Amalkan pemakanan sihat

Belum lagi sepenuhnya amalkan makanan sihat, tetapi saya usaha untuk ubah sedikit demi sedikit. Saya juga banyak belajar cara pemakanan yang sihat melalui kaedah Fat Burning Machine. Asalnya nak turunkan berat badan, tetapi dengan kaedah ni ia bantu jadiakan pemakanan sebagai gaya hidup sihat.

Antara yang saya ubah:

  • Kurangkan makanan segera fast food atau junk food
  • Lebihkan makanan dari lemak sihat seperti avocado, minyak ikan, minyak zaitun dan santan
  • Lakukan senaman dan pergerakan setiap hari
  • Amalkan makanan yang boleh menyahkan radikal bebas seperti vitamin C dan polifenol.
Menu sihat yang perlu diperbanyakkan di rumah

4.Vitamin untuk wanita

Sebagai seorang isteri dan ibu, saya perlu sentiasa cergas dan sihat untuk keluarga kami. Nak berikan yang terbaik untuk suami dan anak-anak.

Bila umur semakin meningkat, sel badan juga akan lebih berusia. Sel badan perlu diberi perhatian dan nutrisi yang cukup untuk terus sihat.

Makanan yang tinggi dengan polifenol untuk kesihatan tubuh badan

Untuk pastikan pengambilan nutrisi cukup setiap hari, saya amalkan vitamin anyang tinggi dengan antioxidant, vitamin C, omega-3, polifenol dari Vivix setiap hari. Bukanlah tak dapat dari makanan, tetapi dengan ambil vitamin ia pastikan badan dapat nutrisi yang cukup dan lengkap.

Vivix ialah minuman botani dengan sumber antioxidant yang sangat tinggi, yang akan menghalang radikal bebas dari merosakkan sel.

Pengguna Vivix, akhirnya haid kembali teratur

Bukan itu saja, polifenol dalam Vivix yang terdapat dalam Set Kesihatan Harian telah diuji secara klinikal untuk memberi kesihatan yang lebih baik dari peringkat sel.

Sel yang sihat untuk tubuh badan yang sihat

Antara ikhtiar dan usaha untuk atasi masalah haid terganggu ialah dengan melengkapkan nutrisi dalam tubuh badan. Asbab konsisten lengkapkan nutrisi, kini tiada lagi senggugut ketika haid, dan paling tersentuh apabila ada yang mendapat zuriat asbab ikhtiar dengan set ni dengan izin dari Allah swt juga.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: