Menu

Resepi Bihun Soto dan Begedil Ayam

Saya nak kongsikan resepi bihun soto dan begedil ayam. Saya masak bihun soto ni sempena sambutan ulangtahun kelahiran yang ke-6 Mya Qaleesya, anak buah kesayangan. Walaupun saya tak makan begedil, tapi bihun soto kalau tanpa begedil jadi macam hari-hari ku tanpa kamu. Eh tiber. Kebetulan nak hidang pada tetamu jadi saya buat lah bagi lengkap sotonya.
Tak ada gambar muka elok pulak
Resepi bihun soto ni saya minta dari makcik yang mana soto dia memang kegemaran saya dan adik beradik. Kalau hari raya je kami semua tak sabar nak makan soto yang dimasak sendiri oleh beliau.
Cara masak bihun soto ni guna kaedah yang paling senang. Kalau tak pernah pegang sudip kuali pun boleh buat dan dijamin menjadi. InsyaAllah.

Resepi Bihun Soto dan Begedil Ayam

Disebabkan bihun soto ni ada kuah, kicap, begedil dan isi ayam, jadi saya kena bahagikan untuk mudahkan kalau nak buat.

Komponen bihun soto

  • Bihun
  • Kuah sup
  • Kicap berlada
  • Begedil
  • Bihun goreng
  • Kacang tanah salai
  • Sayuran seperti taugeh dan sawi
  • Bawang goreng
  1. Kuah Soto
Bahan-bahan untuk masak kuah soto
Bahan kisar:
1 biji bawang Holland
2 labu bawang putih
7 inci halia
Bahan lain:
1  ekor ayam potong 4
Air 2 liter untuk kuah
Garam untuk perasa
Rempah  4 sekawan
10 sudu besar Perencah serbuk sup ayam
(Dalam serbuk sup ni dah siap-siap ada campuran jintan, jadi lebih mudah)
Saya guna brand yang ini
Cara masak kuah soto
  1. Tumis semua bahan yang dikisar bersama dengan rempah 4 sekawan. Kacau supaya tidak hangit sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan perencah sup yang dikacau dengan air terlebih dahulu. Kemudian kacau lagi sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air secukupnya untuk kuah
  4. Bila air mendidih, masukkan ayam. Biarkan sehingga masak.
  5. Perasakan dengan garam.
  6. Bila ayam dah masak dan puas hati dengan rasa kuah soto, angkat ayam dan toskan.
  7. Bila ayam sejuk, boleh lah dicarik-carik nipis untuk condiments.
Ayam ditos sebelum dicarik
2. Kicap Cili
Bahan-bahan:
20 biji cili padi
500 ml kicap manis
3 sudu besar gula
5 sudu besar cuka
Kemudian kisarkan semua bahan-bahan. Kicap cili ni kalau tak ada, tak umph lah bihun soto tu.
3. Begedil Ayam
Bahan-bahan:
500 gram isi ayam kisar
1 biji bawang Holland dipotong dadu
10 biji ubi kentang dipotong tak terlalu tebal atau nipis
Daun sup hiris halus
Lada merah besar dihiris nipis
Garam secukupnya
Serbuk lada putih
4 biji telur
Bahan-bahan untuk begedil
Cara-cara menyediakan begedil
  1. Tumis bawang besar hingga kekuningan
  2. Masukkan isi ayam. Kacau hingga ayam masak.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya. Kemudian angkat dan toskan.
  4. Dalam kuali yang lain, goreng ubi kentang.
  5. Masukkan ubi kentang yang sudah digoreng ke dalam bekas. Lenyekkan dan gaul bersama daun sup, lada merah dan masukkan serbuk lada putih
  6. Campurkan isi ayam yang sudah masak dan gaul bersama ubi.
  7. Bentukkan bujur dan membulat

    Buat bentuk bulat
  8. Celup dengan telur. Goreng dengan minyak yang panas.
  9. Tunggu sehingga kekuningan, balik sekejap dan angkat. Begedil dah siap.
Dah siap dibentukkan
Goreng dalam minyak yang panas
Bihun soto dan condiments nya
Bihun soto ni boleh juga dijadikan hidangan kepada tetamu. Cuma nak mencarik-carik ayam tu agak renyah. Tapi kepuasan bila tengok anak-anak dan saudara makan ni terus hilang segala penat memasak.
Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan resepi ni ya.
Nina Salleh | Empowering moms
vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: