Menu
makanan antibodi

Makanan Untuk Kuatkan Daya Tahan Badan Melawan Jangkitan Kuman

Kepentingan untuk tingkatkan daya tahan badan lebih menyerlah saat negara dilanda wabak Covid-19 ini. Sistem inilah yang berfungsi sebagai pengawal 24/7 untuk menjaga tiga tahap keselamatan tubuh badan daripada serangan bakteria, virus dan fungus.

Jadi, mainkan peranan untuk jaga diri sendiri dan ikhtiar untuk kuatkan antibodi melalui pemakanan. Ini 5 makanan untuk kuatkan antibodi.

Makanan Untuk Kuatkan Daya Tahan Badan

1.Buah-Buahan Sitrus
buah sitrus vitamin c
Buah-buahan sitrus

Buah sitrus seperti oren, anggur, lemon dan limau adalah tinggi dengan kandungan vitamin C. Kebanyakan orang akan memilih vitamin C terutama apabila dijangkiti dengan demam atau selesema kerana ia berupaya kuatkan daya tahan badan melawan jangkitan.

Disebabkan badan kita tidak mampu untuk menghasilkan vitamin C sendiri, maka ia perlu diambil melalui sumber makanan. Sekiranya memilih untuk makan supplement, ambil tidak melebihi dari 2000mg sehari.

2. Biji labu

Mempunyai kandungan zink, magnesium dan serat iaitu nutrisi yang penting untuk sistem pertahanan badan dan mengurangkan keradangan.

biji labu antibodi
Biji labu yang sedap dimakan sebagai kudapan
3. Ayam

Perasan tak waktu kecil dulu, kalau demam ibu kita akan buat sup ayam. Ia bukan sekadar sup ayam tetapi disebabkan kandungan vitamin B6 yang tinggi dalam ayam, ia sangat membantu penghasilan sel darah merah yang sihat. Sel darah merah yang sihat adalah penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan yang akan membolehkan badan berfungsi dengan baik.

sup ayam herba
Ayam tinggi dengan vitamin B6

Stok dan broth ayam mengandungi nutrien yang tinggi untuk tingkatkan daya tahan badan dengan mengelakkan leaky gut.

4. Teh hijau

Teh hijau dan hitam kedua-duanya sangat tinggi dengan flavonoid, iaitu sejenis antioksidan. Namun kandungan sejenis lagi antioksidan yang kuat iaitu epigallocatechin gallate (EGCG) lebih tinggi dalam teh hijau.

Dalam kajian yang diterbitkan oleh Journal of Allergy and Clinical Immunology, proses penapaian untuk menghasilkan teh hitam membuatkan kandungan EGCG berkurang. Teh hijau juga adalah salah satu sumber asid amino L-theanine yang mungkin membantu dalam penghasilan sejenis antibodi T-cell yang penting untuk melawan jangkitan kuman.

5. Kunyit

Dalam masakan, kunyit banyak digunakan sebagai bahan perapan untuk menggoreng ayam dan ikan. Namun, sejak zaman berzaman kunyit sudah digunakan untuk mengurangkan keradangan pada tulang dan sendi.

Kajian menunjukkan kandungan curcumin yang tinggi iaitu bahan yang memberikan warna kuning pada kunyit berupaya meningkatkan daya tahan badan termasuk melawan jangkitan virus.

Dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang, pengambilan makanan seperti di atas adalah salah satu cara. Namun, kadar yang diperlukan oleh  badan juga perlu diambil kira. Sekiranya tidak mencukupi, pilihlah untuk mengamalkan supplement untuk kesihatan yang lebih baik. Daya tahan badan yang kuat berupaya mengurangkan tahap keterukan penyakit dan juga mengelakkan berlakunya keadaan yang lebih teruk.

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: