Kalau ikutkan saya sendiri memang seorang yang tak pernah makan makanan diet FBM sebab saya takut gemuk dan takut penyakit. Rupanya saya silap, sebab banyak benda yang tak betul tapi disangka betul disebabkan oleh propaganda media barat.
Makanan Perlu Elak dalam Diet FBM
Contoh paling mudah ialah minyak masak. Dari dulu saya selalu fikir, minyak kelapa sawit ni tak bagus. Jadi bila pergi kedai, selalunya akan ambil minyak bunga matahari, minyak kanola atau minyak lain. Kononya nak pilihan yang lebih sihat.
Sebaliknya minyak ini semua tinggi dengan omega-6 yang sangat pro kepada keradangan.
Minyak ni semua tak sesuai untuk kegunaan harian seperti memasak, menumis dan goreng deep fry. Dalam suhu yang tinggi, minyak tumbuhan seperti ini sangat tidak stabil. Ia akan menyebabkan penghasilan radikal bebas yang tinggi. Bila makan, tubuh badan pula akan dapat kesan stres oksidatif akibat radikal bebas.
Bukan itu saja, minyak sayuran ini akan menyebabkan nisbah minyak omega-6 yang berlebihan dalam badan. Sepatutnya nisbah omega3:omega 6 untuk badan sihat ialah 2:1.
Jadi, bila buat diet FBM untuk kurus dan sihat, ini antara makanan yang perlu dielakkan.
Omega 6 daripada Makanan Harian
Formula mudah ialah lebih banyak omega-3 yang diambil seharian, lebih rendah kandungan omega-6 yang akan menyebabkan keradangan dalam tisu badan.
Selain daripada minyak sayuran, sumber omega-6 banyak kita dapati dalam diet seharian tanpa kita sedari. Dalam pemakanan seharian, boleh semak dan tulis apa yang kita makan. Ia mungkin mengandungi:
- Makanan proses yang tinggi transfat
- Margerine yang mengandungi minyak sayuran
Ini boleh jadi pembunuh senyap akibat daripada keradangan kronik yang berlaku.
Lama-kelamaan, badan yang tinggi dengan omega-6. Kemudian akan mengalami keradangan kronik. Ia tak akan dirasa, tetapi perlahan-lahan gejalanya akan muncul dan kerosakan dalam badan semakin bertambah. Bermula dengan kerintangan insulin, penyakit kronik akan mula mengambil tempat.
Minyak Sihat Yang Mengurangkan Keradangan
Bukan semua minyak itu tak bagus dan tak boleh dimakan. Minyak sihat ini bukan sahaja akan mengurangkan keradangan, tapi jika betulkan pemakanan, minyak ini akan membantu proses turunkan berat badan.
- Minyak ikan omega-3
- Minyak kelapa dara
- Minyak zaitun
- Minyak MCT
Banyak sakit badan, sakit lutut, dan kesihatan dalaman sangat dipengaruhi oleh keradangan. Ia sama ada keradangan akut atau kronik yang membezakan “jenis” penyakit.
Nak mulakan diet FBM, makan sedap dan turun berat boleh terus daftar di sini.
Nina Salleh | Coach Kurus FBM
One thought