Di Malaysia, kita masih belum terbuka sepenuhnya untuk pengamalan vitamin harian termasuklah untuk ambil tahu manfaat polifenol terhadap kesihatan wanita.
Sumber Polifenol
Polifenol adalah nutrien yang memberi banyak manfaat untuk wanita. Ia boleh didapati dalam buah-buahan seperti buah epal, berries dan buah anggur. Ia sangat banyak terkandung dalam kulit dan biji anggur muscadine, seperti dalam kajian ini.
Manfaat polifenol untuk kesihatan yang wanita perlu tahu
-
Kuatkan ketahanan badan
Polifenol yang boleh meningkatkan imuniti badan daripada jangkitan kuman. Ini membantu badan untuk melawan segala bentuk serangan daripada virus dan bakteria termasuk Covid-19. Selain daripada usaha untuk mencegah penyakit berjangkit dalam waktu wabak begini, amalkan juga polifenol setiap hari supaya badan lebih kuat.
-
Anti kanser
Polifenol mampu merencatkan sel kanser seperti yang dibuktikan dalam kajian ini. Ia juga boleh mengurangkan risiko kanser. Sekiranya pesakit kanser yang amalkan polifenol, kadar kanser untuk merebak adalah sangat rendah. Seperti yang kita tahu, kanser payudara dan kanser pangkal rahim adalah antara yang paling biasa di kalangan wanita Malaysia dan wanita yang diserang kanser adalah lebih tinggi berbanding lelaki.
Untuk wanita, ikhtiarlah amalkan polifenol setiap hari sebagai usaha untuk mengurangkan risiko kanser.
-
Anti radang
Melindungi sel badan dari keradangan yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Apabila keradangan terjadi di dalam tubuh manusia, ia akan memberi kesan kepada sistem tubuh. Dari situ juga akan ada banyak penyakit seperti paru-paru dan buah pinggang.
Konsisten selitkan makanan yang tinggi dengan polifenol setiap hari untuk kurangkan risiko berlakunya keradangan.
-
Beri tenaga
Polifenol dan memberi tenaga kepada setiap sel dalam badan jika diamalkan. Apabila sel badan bertenaga, maka seluruh badan pun akan dapat berkerja dengan baik. Badan lesu dan lemau tiada lagi dengan pengambilan polifenol yangv konsisten.
-
Mencantikkan kulit
Dengan polifenol, para wanita dapat kesihatan dalaman selain terserlah kecantikan dan seri pada wajah. Selain itu, polifenol membantu jerawat kecut dengan cepat dan mengurangkan masalah kulit seperti sensitif dan juga keradangan.
-
Anti oksida
Setiap hari badan kita terdedah dengan radikal bebas. Ia membuatkan sel normal menjadi rosak. Dan ia juga antara faktor utama penyakit kanser. Dengan sifat antioksidan polifenol ini, ia membantu melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas.
Dengan sifat polifenol yang memberi banyak manfaat untuk jutaan sel dalam badan, ia secara tak langsung memberi kesihatan kepada seluruh badan. Sama-sama usahakan untuk cukupkan keperluan polifenol dalam badan.
Pastikan setiap hari kita makan 3 hidangan buah-buahan untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam badan. Wanita, jadikan polifenol sebagai kewajipan setiap hari sebagai perisai untuk kesihatan kita.
Untuk pilihan yang lebih mudah, saya amalkan 1 sudu Vivix setiap hari. Dapatkan hari ini dengan harga yang jimat berganda.
Nina Salleh | Empowering moms
9 thoughts
MashaaALLAH detail infonya senang nak baca 🤩
RES V best blh bwk g mana² je
hehe betul, hassle free gituh.
Alhamdulillah moga bermanfaat
Good info terima kasih
sama-sama master:)
Vivix ni memang disukai ramai. Khasiatnya memang terbaik. Dulu period tak menentu sejak ambik vivix, ianya menjadi normal kembali. Alhamdulillah.
betul. memang tak boleh missed setiap hari:) skrang ada promo masa untuk buat stock sendiri