Teringat zaman sebelum berkahwin, saya tak endahkan langsung tentang kulit muka apatah lagi nak kaji kelebihan collagen supplement untuk kesihatan. Bila berkahwin, kulit saya ada jeragat yang sangat teruk akibat pendedahan kepada cahaya matahari.
Masa tu baru lah menggelabah nak baiki kulit muka. Gigih juga saya buat kajian dan tanya orang sekeliling, ramai sungguh yang cadangkan supaya saya ambil collagen supplement untuk baiki sel kulit dari dalam.
Barulah saya berjinak-jinak dan mengkaji manfaat collagen supplement untuk kesihatan.
Collagen ada dalam badan?
Kolagen ialah sejenis protein yang paling banyak dalam badan manusia.
Ia adalah komponen utama yang membentuk tisu penghubung dalam badan manusia seperti tendon, ligamen, kulit dan otot.
Ada banyak fungsi penting kolagen terhadap badan manusia termasuklah untuk kulit yang tegang dan tulang yang kuat.
Jenis-jenis collagen
Ada 28 jenis collagen kesemuanya. Collagen yang berlainan yang baik untuk bahagian tertentu dalam badan. Ini 4 jenis collagen yang utama:
Type I:
Komponen utama yang meliputi 80% bahagian kulit. Ia lebih berat daripada besi. Ia membaiki struktur kulit, keanjalan dan menyokong kekuatan rambut dan kuku.
Type II:
Dijumpai dalam sendi dan pada cakera spina tulang belakang. Ia berfungsi untuk melindungi dan menyerap hentakan yang berlaku pada tulang belakang.
Kolagen ini sangat penting dalam pembinaan sendi, ligamen dan tendon. Kolagen ini berfungsi untuk mengurangkan gejala penuaan seperti sakit sendi dan tulang.
Type III:
Kolagen kedua terbanyak dalam tisu badan manusia. Ia sangat penting untuk kulit, kuku dan rambut. Seawal usia bayi, kolagen ini adalah paling banyak.
Semakin meningkat usia, ia perlahan-lahan diganti dengan type 1.
Type IV:
Komponen pada buah pinggang, bahagian dalam telinga dan kanta mata.
Kelebihan Collagen Supplement Untuk Kesihatan
Kebelakangan ini suplemen kolagen semakin popular.
Selain suplemen, ada juga makanan yang boleh meningkatkan kolagen seperti bone broth. Namun penyerapan kolagen dari makanan mungkin berbeza daripada suplemen.
Ini antara manfaat pengambilan collagen supplement untuk kesihatan badan.
1. Membaiki kesihatan kulit
30% daripada protein dalam badan terdiri daripada kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit danmmemastikan ikatan bahagian
dalaman dan luaran kulit tetap kuat.
Pendedahan kepada pelbagai faktor termasuk umur boleh menyebabkan kulit hilang keanjalan dan ketegangan secara beransur-ansur hilang. Sebab itu semakin berumur, semakin berkedut kulit. Sebab itu kalau dilihat kulit bayi dan kulit nenek bayi akan nampak perbezaan yang ketara.
Menambah kolagen dalam rejim suplemen harian akan membantu kulit agar nampak lebih tegang dan lambat berkedut.
2. Menyokong kesihatan sendi
Disebabkan kolagen membentuk blok bangunan asas pada sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong kekuatan, fleksibiliti dan pergerakan sendi.
Ia kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup yang aktif.
Kajian menunjukkan mereka yang mengambil suplemen kolagen sebanyak 10gram sehari selama 24 minggu menunjukkan penambahbaikan dari segi kekakuan sendi dan rasa sakit apabila melakukan pergerakan.
3. Meningkatkan jisim otot
Kolagen adalah antara komponen yang penting dalam sistem rangka manusia.
Kajian menunjukkan pengambilan kolagen terhadap mereka yang menghidap sarkopenia, iaitu masalah kekurangan jisim otot seiring dengan peningkatan umur, dapat ditambahbaik.
Para pengkaji mencadangkan bahawa suplemen kolagen akan membantu penghasilan protein otot seperti kreatin dan meningkatkan size otot selepas senaman.
4. Meningkatkan kesihatan jantung
Kolagen dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan jantung. Ia memberi struktur pada saluran yang membawa darah daripada jantung ke seluruh badan. Tanpa kolagen yang cukup, keanjalan dan fleksibiliti saluran darah akan berkurang.
Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit seperti serangan jantung dan lumpuh akibat pengecilan saluran darah pada jantung atau atherosclerosis.
Dalam kajian selama 6 bulan, 31 orang dewasa mengambil 16gram suplemen kolagen setiap hari. Mereka didapati mengalami pengurangan mendadak terhadap kekakuan (stiffness) pada saluran darah. Selain itu, paras kolesterol baik (HDL) dalam darah meningkat sebanyak 6%.
5. Manfaat Lain untuk Kesihatan
Selain itu, manfaat suplemen kolagen untuk kesihatan:
- Kuku dan rambut. Pengambilan kolagen menjadikan kuku dengan mengelakkan kuku rapuh.
- Kesihatan usus. Banyak pengamal perubatan yang menggunakan kolagen untuk merawat leaky gut sydrome, keadaan di mana lapisan pada usus mengalami ketirisan. Ini menyebabkan kemasukan bakteria ke salur darah.
- Kesihatan fungsi otak. Pengambilan kolagen mampu membaiki mood dan gejala kebimbangan.
- Turunkan berat badan. Suplemen kolagen mampu menurunkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisma.
Perbezaan Anatara Collagen
Kolagen dihasilkan daripada tisu penghubung (connective tissue) haiwan seperti tulang, kulit, kuku dan sisik ikan. Seeloknya pilih kolagen yang diperbuat dari haiwan yang memakan rumput atau ikan yang hidup bebas (bukan dipelihara dalam sangkar).
Ia sangat susah diserap oleh badan kerana molekul yang besar melainkan kolagen tersebut telah dihidrolisasi.
- Hydrolized collagen – kolagen dihasilkan daripada proses hidrolisasi. Ia dipecahkan menjadi rantaian asid amino yang lebih kecil dan senang diserap dan dipanggil “collagen peptide“.
Banyak penjual suplemen kolagen yang mengatakan ia adalah daripada collagen peptide terutama yang dijual dengan harga murah. Kebanyakan suplemen kolagen yang dijual begitu sebaliknya ada asid amino prolin, glycin dan hidroksiprolin iaitu 50% daripada keseluruhan kolagen.
Pengambilan suplemen kolagen daripada collagen peptide lebih berkesan kerana mempunyai rantaian asid amino yang lengkap dan mudah diserap ke dalam kulit dan salur darah. Inilah yang akan memberikan kesan kulit berseri yang ramai wanita idamkan.
Cara untuk Dapat Kelebihan Collagen Supplement
Sewaktu memilih suplemen kolagen, ada beberapa faktor yang perlu diambil kira.
1. Sumber kolagen
Sumber utama kolagen ialah daripada lembu, babi, ayam serta sumber laut iaitu ikan.
Tidak ada kolagen dari sumber tumbuh-tumbuhan. Namun, ada makanan dari sumber tumbuhan yang boleh meningkatkan penghasilan kolagen oleh badan.
Kolagen dari haiwan yang diberi makan dengan rumput boleh didapati kolagennya dengan merebus tulang temulang dan menjadikan ni bone broth. Kelebihan bone broth seperti menambahbaik kesihatan usus, kesihatan tulang dan binaan dalam badan.
Tetapi kesemua sumber di atas tidak dapat memberikan kesan kecantikan kulit yang ketara sebagaimana kolagen dari sumber laut. Kolagen dari sumber laut ialah yang paling selamat dan asli serta dalam size yang paling mudah untuk diserap.
Kelebihan kolagen dari sumber laut
Tidak seperti haiwan lain, kolagen dari sumber laut diekstrak daripada ikan adalah bentuk kolagen yang paling asli dan selamat untuk suplemen.
Ia mempunyai 90% bioavailabiliti, iaitu penyerapan kolagen dari sumber laut ke dalam darah adalah sangat senang. Selain itu, kolagen ini sangat mudah menembusi lapisan kulit yang memberikan kesan tona kulit sekata, bertambah anjal dan bebas dari kedutan serta garis halus.
Penghasilan kolagen dari sumber laut menelan belanja yang sangat besar untuk memastikan sumber kolagen adalah yang asli dan lebih banyak kesan dan manfaat untuk kesihatan. Kolagen dari sumber laut mempunyai bioavailabiliti lebih 1.5 kali ganda berbanding kolagen dari sumber lembu atau babi. Sebab itu berbaloi pengambilannya banyak kelebihan collagen supplement.
2. Isi Kandungan kolagen
Pilih suplemen kolagen yang ditulis sebagai hydrolized collagen atau collagen petptide. Kolagen dalam bentuk yang begini mudah diserap untuk memberikan kesan kepada kesihatan.
3. Tiada perisa, pewarna dan pengawet tiruan
Perisa tambahan atau penggunaan gula akan mengakibatkan sistem percernaan terganggu dan akan meningkatkan kalori. Pilih suplemen kolagen tanpa bahan perasa dan pewarna tiruan.
Untuk mencari suplemen kolagen yang baik untuk kesihatan, pilih yang tidak memasukkan gula sebagai pemanis tiruan. Sebaliknya, ia menggunakan pemanis yang lebih sihat seperti stevia yang tidak merisikokan kesihatan.
Sentiasa berhati-hati dalam memilih kolagen. Elakkan suplemen kolagen yang mengandungi aspartame dan sukralose yang boleh menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka masa yang panjang.
Bahan pemanis yang baik ialah dari sumber semulajadi atau dari tumbuh-tumbuhan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Pilihan lain termasuklah:
- Gula Melaka
- Gula kelapa
- Madu asli
- Molas
- Stevia
Sekiranya mengambil collagen peptide untuk memperbaiki keadaan kulit, pilih suplemen kolagen yang mengandungi gula dari sumber yang selamat serta tanpa bahan pengawet.
Bahan lain yang perlu dielakkan
Selain pemanis tiruan, untuk mengambilkira sebagai suplemen kolagen, elakkan juga bahan kimia yang berbahaya, pewarna, perasa tiruan dan minyak yang terhidrogenisasi. Sesetengah kolagen juga mempunyai kandungan merkuri dan plumbum.
Kesemua bahan-bahan ini akan meningkatkan kandungan toksin dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit dalam jangka masa yang panjang.
4. Diluluskan oleh badan berwajib
Di Malaysia, badan berwajib yang bertanggungjawab untuk penggunaan suplemen ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jadi setiap suplemen perlu berdaftar di bawah KKM sebagai bukti ianya selamat untuk digunakan. Sama juga dengan suplemen kolagen, pastikan ia ada kelulusan KKM sebelum membuat pembelian. Supaya tubuh badan dapat kelebihan dari pengambilan collagen supplement tersebut tanpa memudaratkan.
Banyak kelebihan collagen supplement untuk kesihatan. Dengan lambakan suplemen kolagen yang ada di pasaran, buatlah pemilihan yang betul agar suplemen kolagen yang diambil menambahbaik kesihatan dan bukannya memberi kesan buruk kepada tubuh badan.
Pilihan saya semestinya Collagen Plus Powder Shaklee yang menepati ciri-ciri di atas.
Nina Salleh| Empowering moms
One thought