Menu

Semak Produk Lulus KKM Secara atas Talian

Sebelum buat pembelian apa-apa produk penjagaan wajah, perkara pertama yang saya buat buat carian untuk semak produk lulus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Iyalah, zaman sekarang ni dengan lambakan produk yang ada di pasaran buat kita jadi risau. Eh ghisau.

Kalau perasan iklan di televisyen dan radio pun memang banyak betul produk penjagaan wajah tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Jadilah seorang pengguna bijak yang semak sebelum guna.

Racun yang pernah dikesan dalam produk penjaan wajah di pasaran

Lagi risau kalau tak ada kelulusan KKM. Kita pun tak tahu apa yang terkandung dalam produk. Mungkin ada bahan berbahaya seperti merkuri dan logam lain yang boleh membahayakan kesihatan untuk jangka masa yang panjang.

Disebabkan ramai pengguna yang tak cakna, demi nak kulit putih melepak, jadi banyaklah mereka yang mengambil kesempatan untuk menjual produk yang mengandungi bahan berbahaya yang beri kesan segera untuk kulit. Sebarkan info ini supaya lebih ramai yang buat tindakan untuk semak produk lulus KKM sebelum menggunakannya.

Produk lulus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Semak dulu sebelum membeli. Zaman sekarang semua benda dah boleh dibuat secara atas talian. Pastikan selamat barulah beli. Walaupun viral dan ramai artis yang buat promosi, tak semestinya ia selamat.

Ada produk yang telah dapat kelulusan namun ditarik balik

Kita sendiri bertanggungjawab untuk kesihatan badan. Jaga amanah yang Allah berikan ini. Eh tiber masuk mode usjajah. Hehe.

Cara Mudah Untuk Buat Semakan Kelulusan KKM Produk Penjagaan Wajah

Produk penjagaan wajah atau kosmestik yang lulus KKM akan mempunyai ‘NOT’ iaitu nombor pendaftaran dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab di bawah KKM.

Produk yang digunakan setiap hari boleh dipastikan keselamatannya bila kita semak sama ada ia lulus KKM dengan ikut cara-cara di bawah.

1.Masuk ke paparan utama laman web NPRA

semak produk lulus kkm
Pilih consumers untuk pengguna

2. Pilih ‘Search Product’

Untuk semak produk lulus KKM, sekiranya kategori penjagaan wajah, pilih bahagian “cosmetic“.

semak produk lulus KKM
Laman web rasmi

3. Buat pilihan sama ada ‘Cosmetic’ untuk produk penjagaan wajah, atau ‘Pharmaceutical’ untuk ubat-ubatan

Sekarang ni semakin mudah sebab vitamin juga boleh disemak di sini. Untuk semak produk lulus KKM kategori vitamin, pilih ‘pharmaceutical“.

Pilih kategori untuk carian dibuat

Carian boleh dibuat berdasarkan 4 kategori:

        • Product name

        • Notification number

        • Holder name

        • Manufacturer name

        • Importer

Pilih kategori yang diketahui bagi mengelakkan  carian tidak dijumpai.

semak lulus kkm
Pilih kategori produk

4. Keputusan carian akan dipaparkan berserta nombor pendaftaran KKM

semak lulus kkm
Keputusan carian akan dipaparkan begini

Buat semakan berkala untuk setiap produk yang digunakan supaya ia tidak memudaratkan kesihatan diri kita. Sekiranya tidak berdaftar, terus laporkan ke agensi yang sama agar tindakan dapat diambil dan dapat elakkan lebih ramai yang akan terjebak.

Sejujurnya saya memang tidak meletakkan produk sembarangan terutama pada kulit muka. Dulu, saya pernah tak gunakan sebarang pencuci muka atas sebab tak cakna dan tak berani nak guna yang ikut trend. Masa tu tak tahu boleh semak produk lulus KKM melalui atas talian sahaja.

Tahun 2018 saya kena produk penjagaan wajah yang memberi keyakinan untuk saya setia hingga kini. Orang kata buat apa berhabis mahal-mahal untuk kulit. Tetapi bagi saya, ini saja kulit muka yang saya ada. Ia tak dapat ditukar ganti dan dibeli dengan wang ringgit. Tak ada amoun yang boleh menggantikan kesihatan kulit muka.

Walaupun harga ratus-ratus, tetapi berbaloi untuk kegunaan 6-7 bulan.

Saya pilih untuk jadi pengguna Youth Skincare Shaklee yang lulus KKM dan dari 100% bahan semulajadi. Lebih yakin dan selamat untuk kulit serta beri kesan kulit yang lebih muda 10 tahun. Wah gitu. Buatlah pilihan dan jadi pengguna yang bijak yang semak produk lulus KKM baru guna.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: