Omega-3 adalah asid lemak penting yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, terutamanya untuk wanita amalkan setiap hari.
Ia tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan tetapi sangat penting dan perlu diambil sama ada dari makanan atau suplemen untuk kesihatan tubuh badan.
Kebaikan Omega-3 Untuk Wanita
1. Kesihatan Jantung:
Omega-3 telah lama dibuktikan manfaatnya dalam menjaga kesihatan jantung. Ia membantu menurunkan tahap trigliserida dalam darah, mengurangkan risiko arteriosklerosis (pengerasan arteri), dan menjaga tekanan darah pada tahap yang sihat.
Ini amat penting bagi wanita kerana penyakit jantung adalah salah satu penyebab utama kematian di kalangan wanita.
2. Kesihatan Mental:
Omega-3 berperanan penting dalam kesihatan otak dan mental. Ia membantu mengurangkan risiko kemurungan dan kebimbangan, yang statistiknya lebih tinggi dalam kalangan wanita berbanding lelaki.
Asid lemak omega-3 ini penting untuk mengawalatur serotonin dan dopamine, yang merupakan neurotransmitter penting dalam otak.
3. Kesihatan Semasa Kehamilan:
Bagi wanita hamil, omega-3 adalah penting untuk perkembangan mata dan otak janin. DHA, salah satu jenis omega-3, sangat penting dalam trimester akhir kehamilan dan beberapa bulan pertama selepas kelahiran.
Selain itu, pengambilan omega-3 semasa kehamilan boleh mengurangkan risiko kelahiran pra-matang dan menyokong perkembangan bayi yang sihat.
4. Fungsi dan Kesakitan Sendi:
Omega-3 mempunyai sifat anti radang yang boleh membantu mengurangkan kesakitan sendi dan kekakuan serta meningkatkan fungsi sendi, terutama bagi wanita yang mengalami rheumatoid arthritis. Ini membantu mengurangkan kesakitan dari bergantung sepenuhnya pada ubat-ubatan.
5. Kesihatan Kulit:
Omega-3 membantu mengurangkan keradangan kulit dan memperbaiki keadaan kulit seperti psoriasis dan dermatitis.
Kulit yang sihat dan lembap adalah hasil daripada pengambilan omega-3 yang mencukupi kerana ia membantu mengekalkan lapisan lipid kulit (lipid barrier) yang berfungsi sebagai penghalang terhadap kerosakan dari persekitaran luar.
6. Kesihatan Payudara:
Kajian menunjukkan bahawa omega-3 boleh mengurangkan risiko kanser payudara. Ia dapat memperlahankan perkembangan sel-sel kanser dan mengurangkan keradangan yang boleh menyumbang kepada perkembangan kanser.
7. Sokongan Untuk Menopaus:
Untuk wanita yang melalui menopaus, omega-3 boleh membantu mengurangkan kekerapan dan keparahan gejala seperti hot flashes serta menyokong kesihatan mental dan jantung dalam masa perubahan hormon yang ketara.
Kelebihan Omega-3 Daripada Omega Guard Shaklee
1.Diiktiraf oleh Friends of The Sea
Friends of the Sea adalah satu pensijilan untuk memastikan produk-produk berkaitan dengan laut dihasilkan secara beretika dan berterusan.
Bagi Omega Guard Shaklee, pensijilan Friends of the Sea menunjukkan bahawa minyak ikan yang digunakan dalam produk ini diperoleh melalui kaedah penangkapan ikan yang mesra alam dan tidak merosakkan ekosistem laut.
Dari proses penangkapan ikan dilakukan dengan cara yang tidak mengancam populasi ikan, mengutamakan perlindungan biodiversiti dan mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.
Ia adalah jaminan kepada pengguna Omega Guard bahawa Shaklee bertanggungjawab dan selaras dengan amalan kelestarian.
2. Proses Penyulingan Berganda
Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui proses penyulingan molekul berganda (triple molecular distillation).
Proses ini memastikan kualiti dan kesucian minyak ikan dengan cara:
Menghapuskan Kekotoran:
Penyulingan molekul berganda berfungsi untuk menghapuskan bahan cemar berbahaya yang sering terdapat dalam minyak ikan, seperti merkuri, plumbum, dan toksin lain. Ini memastikan bahawa setiap kapsul Omega Guard yang dihasilkan adalah selamat untuk dimakan.
Menumpukan Omega-3:
Proses ini juga bertujuan untuk memekatkan kandungan omega-3, terutamanya EPA dan DHA, dua jenis asid lemak omega-3 yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Dengan pemekatan ini, setiap kapsul mampu memberikan dos omega-3 yang lebih tinggi.
Mengurangkan Bau dan Rasa Ikan:
Minyak ikan yang dihasilkan melalui teknik ini mempunyai bau dan rasa yang kurang kuat, menjadikannya lebih selesa untuk dimakan bagi sesetengah individu yang sensitif terhadap bau ikan.
Mengelakkan Pengoksidaan:
Penyulingan molekul mengurangkan risiko pengoksidaan minyak ikan, yang boleh menyebabkan minyak menjadi tengik. Ini memastikan Omega Guard Shaklee mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan mengekalkan keberkesanannya.
Melalui proses penghasilan ini, Shaklee dapat menawarkan Omega Guard sebagai suplemen omega-3 yang berkualiti tinggi, bersih, dan bermanfaat untuk kesihatan pengguna.
3. Lengkap dengan 7 Spektrum Omega-3
Omega-3 ialah kumpulan asid lemak yang penting untuk kesihatan tubuh badan. Dalam Omega Guard Shaklee, terdapat semua spektrum asid lemak omega-3 yang memberi pelbagai manfaat.
1. EPA (Eicosapentaenoic Acid):
Mempunyai sifat anti radang yang kuat. Ia membantu mengurangkan keradangan di seluruh badan, menyokong kesihatan jantung dengan menurunkan trigliserida, dan memperbaiki gejala kemurungan dan kebimbangan.
2. DHA (Docosahexaenoic Acid):
Penting untuk perkembangan dan fungsi otak serta mata. DHA adalah komponen utama dalam struktur otak dan retina.
Pengambilan DHA yang mencukupi adalah kritikal semasa kehamilan dan menyusukan anak untuk perkembangan kognitif dan visual bayi.
3.ALA (Alpha-linolenic Acid):
Sumber omega-3 dari tumbuhan yang boleh ditukar sedikit kepada EPA dan DHA dalam badan. ALA membantu dalam fungsi jantung dan merupakan antioksidan yang baik.
4. ETA (Eicosatetraenoic Acid):
Kurang dikenali berbanding omega-3 lain, tetapi mempunyai sifat anti-radang yang boleh menyokong kesihatan sendi dan jantung.
5. SDA (Stearidonic Acid):
Prekursor kepada EPA. Walaupun kurang efisien berbanding EPA dan DHA, ia menyumbang kepada penghasilan EPA dalam badan dan bermanfaat untuk kesihatan jantung.
6.DPA (Docosapentaenoic Acid):
Berpotensi menambah manfaat kesihatan jantung dengan mengurangkan pembekuan darah dan keradangan. DPA juga memainkan peranan dalam memperbaiki kesihatan vaskular keseluruhan.
7. HPA (Heneicosapentaenoic Acid):
Didapati dalam jumlah kecil dalam minyak ikan dan mungkin memainkan peranan dalam menyokong kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan keradangan.
Setiap jenis asid lemak omega-3 ini mempunyai peranan unik dalam menyokong pelbagai aspek kesihatan, termasuk kesihatan kardiovaskular, fungsi otak dan mental, serta kesihatan kulit dan sendi.
Untuk itu, wanita disarankan untuk memasukkan makanan kaya omega-3 seperti ikan berlemak, minyak zaitun, kekacang seperti walnuts dan Omega Guard Shaklee dalam diet harian untuk memastikan badan dapat secukupnya.
Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang