Menu
persediaan bersalin

Persediaan Bersalin: Apa yang ibu mengandung boleh amalkan

Waktu menunggu kelahiran anak pertama, saya masih ingat merata-rata saya bertanyakan tips dan cari petua dari kawan-kawan yang sudah selamat melahirkan. Iyalah, itu kali pertama saya mengandung. Perasaan di hari-hari terakhir mengandung, terutama bila dah cecah 37 minggu iaitu waktu kematangan bayi, sangat bercampur baur. Berdebar-debar, takut, risau dan emosi pun jadi tak stabil.

Risau kalau-kalau selepas 40 minggu pun masih belum alami apa-apa tanda kelahiran,

Risau kalau-kalau saya tak tahu itu sakit nak melahirkan dan akan memudaratkan kesihatan bayi,

Risau juga dengan kemungkinan yang macam-macam lagi.

Bila memasuki anak kedua, saya faham waktu menunggu hari adalah waktu untuk lebih persiapkan mental dan fizikal. Saya faham sakit bersalin nanti kita sendiri dapat rasakan dan Insya-Allah tidak lah tertukar dengan nak buang air besar hehe. Jadi tak perlu risau tentang rasa itu nanti. Siapkan sahaja mental dan fizikal dengan buat beberapa perkara ini.

Persediaan bersalin yang semua ibu mengandung boleh amalkan

Persedian untuk bersalin ini sebaiknya dibuat selepas kematangan bayi iaitu pada minggu ke 37 dan ke atas. Waktu ini bayi sudah bersedia untuk hidup di alam dunia dan organ badan pun sudah terbentuk dan matang.

Banyakkan berdoa

Sebagai umat Islam, doa adalah senjata kita. Mintalah agar dimudahkan bersalin, diberi kesakitan yang tidak lama, sebentar sahaja di dewan bersalin dan bersalin tanpa komplikasi, sihat ibu serta bayi. Inilah antara doa yang saya selalu minta. Kemudian tutuplah ia dengan, “Sekiranya itu yang terbaik untuk diri kita. Namun, jika pada pandangan Allah SWT itu bukan yang terbaik, maka berikan lah apa sahaja yang terbaik dan redhakan diri ini untuk menerima”.

Jangan takut untuk meminta kepada Allah SWT dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Senaman ringan

Buat senaman ringan bukan bererti perlu ke trek dan jogging 3 pusingan dengan bawa perut yang sudah membesar. Kalau macam tu memang lah pengsan, nak bawa diri pun dah tak larat inikan nak belari. Di akhir kehamilan, memadai buat senaman dengan lakukan kerja rumah seperti sental tandas sebab waktu itu posisi badan dalam keadaan mencangkung. Ia akan membantu menguatkan otot sekitar pelvis.

Selain itu, ibu mengandung sangat digalakkan untuk buat Kegel Exercise atau latihan kemutan. Ia seolah-olah menahan kencing. Hanya perlu buat antara 10-15 saat sahaja. Rasakan otot di sekitar vagina dan anus serta pundi kencing mengetat bereti itu adalah latihan kemutan yang betul.

Latihan kemutan boleh dibuat dalam apa posisi sekalipun

Dalam kajian ini, latihan kemutan terbukti dapat meningkatkan kemungkinan untuk bersalin secara normal.

Minum air dengan cukup

Air adalah medium paling penting dalam tubuh badan. Waktu mengandung, air inilah yang akan jadi pembawa makanan, oksigen dan juga nutirisi yang diperlukan untuk pertumbuhan bayi. Air yang cukup juga perlu untuk memastikan air ketuban mencukupi, yang akan memberi perlindungan dan memastikan suhu bayi dalam kandungan pada kadar yang normal.

Amalkan buah kurma dan raspberry leaf tea

Buah kurma akan membantu memberi tenaga berpanjangan kepada ibu mengandung secara perlahan-lahan. Jadi, ia membantu ibu mengandung untuk bersiap sedia hadapi hari bersalin. Kajian ini pula menunjukkan raspberry leaf tea dapat meningkatkan kemungkinan untuk kelahiran normal.

Pengalaman saya sendiri sejak bersalin anak pertama, selepas 37 minggu saya amalkan minum air akar Fatimah. Namun ia bukan lah berdasarkan kajian sains, ia adalah petua orang-orang lama. Katanya, akar fatimah ini mampu merangsang pembukaan rahim dan membantu kelahiran secara normal. Hanya rendam akar Fatimah di dalam air masak selama beberapa jam dan airnya diminum setiap hari.

Akar Fatimah

Syukur Alhamdulillah sebab kelahiran anak-anak saya boleh dikatakan mudah belaka. Mungkin juga disebabkan air ini dan selebihnya banyakkan berdoa kepada ALLAH SWT.

Bersama dengan lebih kerap

Saya belajar petua ni dari salah seorang sahabat yang sudah arwah. Moga dengan perkongsian ilmu dari beliau yang saya panjangkan akan memberi manfaat kepada lebih ramai ibu mengandung. Sekitar minggu ke 37 dan ke atas, amalkan bersama dengan suami lebih kerap. Ini kerana terdapat hormon prostaglandin dalam air mani, iaitu hormon yang sama untuk merangsang kelahiran. Secara amnya, bersama dengan suami tidak memberikan apa-apa kemudaratan untuk kandungan yang tidak berisiko. Untuk kandungan yang berisiko seperti uri menutupi pintuk rahim, bersama dengan suami boleh menyebabkan pendarahan yang teruk.

Dalam apa jua keadaan, berhati-hati dan sekiranya tidak pasti, bertanyalah kepada doktor yang merawat.

Vitamin harian

Paling penting, jangan lupakan vitamin harian terutama di hari-hari terakhir  kehamilan. Ini akan memberikan tenaga, melengkapkan nutrisi serta membantu perkembangan bayi di dalam kandungan. Vitamin yang baik mengandungi nutrisi yang ibu serta bayi perlukan. Ia sangat penting untuk pastikan kesihatan ibu dan bayi berada pada tahap yang optimum.

Antaranya:

  • Vitamin B untuk tenaga serta emosi ibu
  • Vitamin C untuk ketahanan  badan supaya kuat melawan jangkitan kuman
  • Zat Besi untuk pengakutan oksigen dan darah merah yang cukup
  • Kalsium untuk mengurangkan masalah lenguh serta kejang kaki
  • Omega-3 untuk tahap kesihatan dan kecerdasan bayi dalam kandungan
  • Protein untuk membekalkan tenaga berterusan kepada ibu mengandung

Ibu mengandung yang sedang menanti hari-hari kelahiran bayi, boleh cuba amalkan tips untuk persediaan ini bagi membantu menghadapi hari yang besar nanti. Sekiranya ada pertanyaan, boleh terus Whatsapp Nina Salleh.

Komited untuk bantu ibu-ibu,

Nina Salleh

 

 

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: