Menu

10 Sebab Berat Badan Susah Turun

Baru ni dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur lepas cuti beraya di kampung, waktu anak-anak semua sedang lena dalam kereta, inilah antara masa keemasan untuk saya luangkan dengan suami (sebelum saya pun sama-sama lena).

Kami bersembang banyak hal juga. Kemudian suami tetiba tanya,

“Saya nampak kurus ke?”

Saya jawab, “biasa je”, iya memang biasa di mata saya. Biasa yang sihat lah, sekurang-kurangnya tak ada perut boroi walaupun dah 11 tahun kami berkahwin. Saya nampak suami maintain gitu. Itu sudah cukup buatkan saya rasa bahagia bila suami pun sama-sama cakna nak jaga kesihatan. Risau juga sebab orang kata, lelaki akan boroi bila berkahwin.

punca berat badan susah turun
Boroi tanda lemak menyaluti organ

Saya risau sebab boroi ni salah satu tanda badan kumpul banyak lemak. Dari boroi ni akan ada paras triglyceride yang membimbangkan serta lemak-lemak yang menyaluti organ.

Punca Berat Badan Susah Turun

“Saya sudah, anda bila lagi?” dengan gambar artis yang sudah kurus memegang botol jenama suplemen keluaran mereka sendiri.

Biasa lalu lalang iklan begini, tapi saya tak mudah terjebak. Sebab kebanyakannya bukan kurus sebab produk yang dijual, tetapi ada sebab lain yang disembunyikan.

punca berat susah turun
Dapat sarung kembali baju 7 tahun lepas pencapaian kami suami isteri

Buktinya baru-baru ni ada seorang artis, sebelum ni kurus dan sempat lancarkan produk kurus sendiri, tapi selepas beberapa bulan, bila jumpa hari tu memang berat macam berlebihan pula. Kalau benar produk kurus tu berkesan, kenapa beliau boleh jadi berat mata memandang begitu rupa. Huhu.

Dalam keterujaan nak turunkan berat badan. kita elakkan dari perkara yang memudaratkan kesihatan. Walaupun berat susah sangat nak turun. Berat lebih degil dari kotoran untuk sental dapur. Eh.

Ini antara 10 punca berat badan susah nak turun.

1.Belum ada kesungguhan

Sebelum mulakan apa-apa jenis diet, renung-renungkan dulu untuk apa nak turunkan berat badan. Kalau boleh, biarlah ia satu yang kukuh. Orang putih kata,

Begin with the end in mind“.

Kalau kita translate dalam sudut agama, biar lah ia jadi ibadah dan niat asal untuk turun berat supaya dapat jaga tubuh badan yang Allah swt amanahkan ni untuk akhirat. Ini semua adalah pinjaman yang setiap satu nanti akan ditanya, apa yang kita dah buat dengan pinjaman yang diberi, oleh Pemilik Kekal di sana nanti.

Hidup ni adalah pilihan. Begitu juga kita boleh memilih apa jua jenis makanan untuk dimasukkan ke dalam mulut. Kita boleh pilih untuk ambil makanan sihat atau makanan yang boleh memudaratkan kesihatan. Buatlah pilihan yang betul dalam perjalanan nak turunkan berat badan ni.

2.Salah Pilih Diet

Pilihan diet yang salah bukan saja jadi punca berat badan susah turun, tapi yang lagi teruk boleh menyebabkan berat naik berlebihan bila berhenti.

Sebaiknya pilihlah jenis diet yang kita boleh buat sebagai gaya hidup. Bukan diet yang hanya untuk turun berat ke angka yang diidamkan, kemudian tak dapat konsisten disebabkan oleh diet yang tak sesuai.

menu diet fbm
Saya orang melayu asli makan nasi dan kuah lemak, ini lah diet yang saya boleh jadikan gaya hidup

Cara untuk pilih diet yang sesuai ialah gunakan pemakanan yang kita biasa amalkan, kemudian olah supaya ia jadi alat untuk turun berat. Saya sendiri penggemar makanan melayu seperti masak lemak dan asam pedas. Alhamdulillah, saya jumpa diet Fat Burning Machine (FBM) yang sangat membantu turun berat dan buang lemak jahat.

3.Tidak menjaga waktu tidur

Selain dari pemilihan diet, keseluruh gaya hidup termasuk penjagaan waktu tidur juga mainkan peranan untuk turunkan berat badan. Secara mudah, bila tidur tak cukup atau tidur lewat, mulut akan terasa nak mengunyah atau nak makan mi segera. Haa korang pernah tak macam ni?

Selain dari tu, tidak menjaga waktu tidur akan buatkan metabolisma badan terganggu. Walaupun dah jaga makan, dah buat senaman tapi tak cukup tidur tetap susah turun berat badan ya. Sekurang-kurangnya ada 8 jam tidur yang berkualiti setiap hari. Ini akan beri ruang kepada badan untuk perbaharui sel-sel termasuk sel yang berkerja untuk memberikan tenaga kepada badan.

4. Makan sumber karbohidrat berlebihan

Dulu saya ingatkan pilihan bijak untuk kurus ialah makan biskut tawar cicah dengan air milo. Atau makan roti putih cicah dengan air milo. Ingatkan okey lah sebab tak makan nasi.

biskut cicah milo menu diet
Makanan wajib satu ketika dulu

Rupanya yang “tawar” dan “putih” itu boleh menyebabkan kenaikan gula dalam darah. Jika diamalkan secara berterusan, maka badan akan hadapi banjir gula atau insulin resistance. Selain menjadi salah satu punca berat badan susah turun, insulin resistance juga boleh menyebabkan banyak penyakit termasuk kencing manis, sakit jantung dan masalah buah pinggang.

apakah itu insulin resistance
Analogy biskut tawar atau roti yang dimakan akan meningkatkan gula dalam darah

 

Jangan ingat yang tawar itu semuanya baik ya. Sebab disebaliknya boleh jadi racun untuk kesihatan.

5.Makan dan Minum Gula Tersembunyi 

Kalau betul-betul nak turunkan berat badan, elakkanlah dari pengambilan gula secara berlebihan. Untuk elakkan dari masalah kesihatan, ini adalah jumlah gula tambahan yang disarankan setiap hari.

berapa limit gula sehari
Gula yang disarankan setiap hari untuk lelaki dan wanita

Kandungan gula dari air berkarbonat, minuman tenaga, dan juga jus yang dijual secara berleluasa adalah tinggi. Semak dulu sebelum makan atau minum. Bahaya gula yang tinggi bukan saja menyebabkan berat susah turun, tetapi boleh membawa kepada keradangan jantung dan organ lain dalam tubuh badan.

Gula boleh menyebabkan ketagihan. Ketagihan yang akan membawa kepada penyakit kronik.

6.Badan banyak toksin

Dah cuba macam-macam diet, tapi berat tetap degil nak turun. Boleh jadi berpunca daripada badan yang banyak toksin. Toksin menyebabkan berat badan susah turun dengan mengganggu proses penyimpanan lemak, meningkatkan sel lemak, mengganggu metabolisma badan dan keseimbangan hormon.

tanda badan banyak toksin
Tanda badan banyak toksin

Kesemuanya berpunca dari pengumpulan toksin yang akan menggangu penurunan berat badan.

Sistem pencernaan, hati dan buah pinggang berkerja kuat untuk membuang toksin dalam ba Namun, toksin yang terlalu banyak akan membebankan fungsi organ penting ini. Jadi, dalam usaha untuk turunkan berat badan jangan lupa buang toksin dengan cara yang betul.

7.Makan dengan Kerap

Kunci untuk turunkan berat badan dengan berkesan ialah untuk mengawal insulin seminimum yang mungkin. Makan dengan kerap walaupun dalam kuantiti yang kecil akan mengganggu hormon insulin dalam darah.

Makanan yang masuk ke dalam perut akan mengaktifkan insulin. Lama kelamaan insulin tidak lagi sensitif pada glukos, lalu ia akan ditukarkan kepada sel lemak. Lemak ini akan menjadi punca berat badan susah turun.

punca berat susah turun
Lepas ni setiap kali nak makan biskut, ingat balik paras insulin akan naik dan menyebabkan susah turun berat

 

Keadaan ini juga akan menyebabkan banyak penyakit seperti sumbatan pada salur darah, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang. Seram kan.

8.Tidak Bersenam

Walaupun diet, senaman berkala juga diperlukan untuk meningkatkan tahap metabolisma. Tanpa senaman, berat mungkin turun tetapi turun bersama-sama dengan stamina. Umur dalaman badan juga cepat tua disebabkan oleh metabolisma yang menurun.

Senaman juga akan membantu pembakaran tenaga selepas makan, dan pembakaran lemak jika dilakukan sebelum makan. Jadi jangan lupa tau, senaman 10 minit setiap hari pun dah memadai.

9.Tidak urus tekanan

Tekanan akan meningkatkan hormon kortisol. Hormon ini boleh menyebabkan terlebih makan.

Setiap hari dalam hidup kita pasti akan ada fasa tertekan. Mungkin di tempat kerja, di rumah atau di mana sahaja. Sebab hidup ni memang medan untuk diuji. Namun, tekanan yang kita hadapi perlu diurus supaya dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

10.Tidak Makan Serat 

Serat dari buah dan tumbuhan diperlukan untuk memudahkan pencernaan serta beri rasa  kenyang yang lama. Tapi kalau minum jus buah, ia boleh menybabkan gula tinggi sebab kuantiti yang banyak.

beza makan buah dan jus
Bahaya minum buah

Jus buah yang bertapis juga menguramgkan kandungan serat, jadi ia tidak memberi manfaat seperti yang sepatutnya. Makan buah, elakkan minum buah.

Nak bantuan turunkan berat badan serta meal plan yang berkesan, jom mulakan diet FBM hari ini.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: