Menu

Cara Masak Nasi Arab Hadramawt Tanpa Pes

Hari tu masa puasa memang teringin sangat nasi arab. Kali ni rasa macam nak makan air tangan sendiri. Jadi inilah hasilnya, tanpa guna perencah segera atau pes. Resepi versi asal di sini. Saya ubah kuantiti hidangan dan ada bahan yang tak ada, jadi saya gantikan dengan apa yang ada di rumah sahaja.

Ini cara memasak Nasi Arab Hadramawt

Resepi untuk 5 cawan beras, dan 1 ekor ayam. Kalau nak lebih, cuma gandakan sahaja. Kena rancang awal-awal berapa cawan beras sebab air untuk mula memasak bergantung dengan berapa cawan beras. Setiap 1 cawan beras perlukan 2 cawan air.

Bahan-bahan Nasi Arab Hadramawt:

  • 10 cawan air
  • 5 cawan beras Basmathi
  • 1 ekor ayam, potong 4
  • 1 biji bawang besar Holland

Rempah buat dua set, untuk air rebusan ayam dan nasi

  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar, 1/2 sudu besar serbuk jintan putih, 1/2 sudu kecil lada hitam, 5 biji buah pelaga, 3 helai bay leaves, 3 batang kulit kayu manis dan 5 kuntum bunga cengkih.
  • Garam
  • 1 sudu besar serbuk zhaffaran (boleh guna pewarna kuning)
  • 1/2 penutup pewarana merah
  • Minyak masak

Bahan-bahan untuk sos (salatoh)

  • 10 biji Tomato
  • 5  biji lada hijau
  • 1 labu bawang putih
  • 1 sudu kecil garam 
  • 50ml air

Cara-cara untuk memasak Nasi Arab Hadhramawt

1. Sediakan 10 cawan air. Biarkan mendidih, kemudian masukkan ayam, bawang holland dihiris bulat dan tomato
2. Masukkan ke dalam air rebusan ayam. Untuk seekor ayam; 1/2 sudu besar serbuk ketumbar, 1/2 sudu besar serbuk jintan putih, 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam, 5 biji buah pelaga,5 biji bunga cengkih, 3 batang kulit kayu manis, 3 helai bay leaves.
3. Selepas 30 minit, toskan ayam
4. Sediakan air rebusan ayam untuk memasak nasi
5. Sediakan rempah yang sama dengan nombor 2, bersama bawang holland dan lada hijau.
6. Masukkan ke dalam kuali
7. Panaskan dan masukkan minyak. Masak sehingga kekuningan
8. Masukkan ke dalam air rebusan ayam
9. Masukkan beras yang telah dibersihkan
10. Masukkan pewarna kuning
11. Campurkan sedikit pewarna merah, masak sehingga nasi mendidih.
12. Kacau sehingga masak
13. Biarkan masak dan air kering
14. Gaul ayam dengan garam dan zhaffaran
15. Masak dalam airfryer, suhu 180 darjah selama 20 minit
Bahan-bahan untuk salatoh
17. Kisar sehingga sedang sedang sahaja. Tidak terlalu lumat
Salatoh sudah siap
Nasi Ayam Hadramawt siap untuk dihidang

Selamat mencuba. 

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: