Menu

Resepi Nasi Ayam Sedap dan Mudah

Semalam anak-anak makan nasi ayam yang saya bungkus dari kedai. Nampak berselera betul, sampai tak cukup pun 4 bungkus mereka makan bertiga.

Kebetulan pula bahan-bahan untuk buat nasi ayam pun semua tersedia, kecuali sayur tomato, salad, timun batang dan taugeh yang suami kena pergi beli (tapi macam banyak je), itulah nasi ayam ni banyak juga perkakasnya- jadi boleh la saya buat lagi nasi ayam untuk anak-anak makan sampai puas dan kongsi resepi di sini.

Bahan-bahan untuk Nasi Ayam Sedap Dan Mudah

Bahan utama untuk masak nasi ayam ialah perlu buat air rebusan ayam. Air rebusan ini yang akan digunakan untuk memasak nasi, kuah sup, kicap dan lada juga. Jadi, sebelum mula memasak, sediakan periuk yang lebih besar untuk muatkan air rebusan dengan mencukupi.

Bahan untuk air rebus ayam

  • 1 ekor ayam dipotong kecil
  • 1 labu bawang putih diketuk
  • 3 inci halia diketuk
  • 1 biji bawang Holland dihiris
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 liter air
  • Sedikit garam

Bahan-bahan untuk perap ayam

  • 5 ulas bawang putih  ditumbuk
  • 3 inci halia ditumbuk
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk nasi

  • 6 cawan beras basmathi yang dibersihkan
  • Air 2cawan
  • Air rebusan ayam 4 cawan (atau sehingga 1 ruas jari)
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk
  • 3 inci halia ditumbuk
  • 1 batang serai diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 1/2 sudu kecil kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • Rempah 4 sekawan (1 batang kulit kayu manis, 3 biji bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
  • 3 helai daun pandan

Bahan-bahan untuk kicap

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Bahan perapan ayam
  • Air rebusan ayam
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis

Bahan-bahan untuk air lada

  • 1 sudu besar cuka atau air perahan limau nipis
  • 3 senduk air rebusan ayam
  • 5 biji cili padi merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil gula

Bahan-bahan untuk kuah sup

  • Rempah 4 sekawan
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Ulaman:

  • Salad
  • Tomato hiris
  • Timun batang hiris
  • Taugeh (boleh perasan macam makan Chicken Rice Shop punya)

Cara-cara memasak Nasi Ayam yang Sedap dan Mudah

Untuk sediakan ayam:

  1. Sediakan ayam dan buat air rebusan dengan memasak semua bahan-bahan di atas.

    Rebus sehingga ayam masak 
  2.  Tapis isi ayam dan masukkan dalam bekas berasingan.
Toskan ayam sahaja
Isi ayam untuk diperap

3. Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit

Perap ayam selama 30 minit
Perap ayam selama 30 minit

4. Goreng sebentar sahaja dalam minyak panas untuk elakkan ayam jadi keras.

Goreng ayam yang diperap

Untuk sediakan nasi

  1. Cairkan butter dalam kuali

  1. Masukkan bahan-bahan tumbuk serta rempah 4 sekawan. Tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan daun pandan dan serai.
  3. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi bersama beras yang sudah dibersihkan.

    Masukkan dalam periuk bersama beras yang sudah dibersihkan
  4. Masukkan air rebusan ayam
  5. Air rebusan ayam
  6. Masukkan kunyit dan garam. Kacau sebati.

    Kalau tak suka kuning, tak perlu masukkan kunyit
  7. Masak nasi seperti biasa.

    Sukatan untuk 10 orang makan. Hahaa

Untuk sediakan kicap

Campurkan semua bahan. Kisar halus dan masak sekejap.

Campurkan semua bahan dan kisar

Untuk sediakan air lada

Bahan air lada

Campurkan semua bahan dan kisar lumat. Didihkan sebentar sebelum hidang.

Kisar air lada sehingga lumat

Untuk sediakan kuah sup

Didihkan kesemua bahan-bahan dan perasakan sehingga cukup rasa.

Hidangkan bersama ulam-ulaman.

Hidangkan bersama dengan taugeh begini, boleh la rasa ala-ala Chicken Rice Shop

Nina Salleh

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: