Menu

Resepi Roti Sangkaya Ala Boat Noodle

Pertama kali dalam hidup saya buat roti sangkaya ala-ala Boat Noodle. Kejadian waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun 2020. Alkisah teringat sangat-sangat dengan sangkaya di Boat Noodle. Iyalah nak keluar makan pun tak ada kedai yang dibenarkan beroperasi lagipun memang tak dibenarkan keluar waktu tu.
Jadi saya usaha juga untuk buat sendiri saja sangkaya dari rumah. Lebih afdhal, lebih jimat dan lebih selesa untuk makan bersama keluarga di rumah.
Ini sangkaya Boat Noodle
Tak payah susah-susah lagi nak makan di kedai sebab kat dapur sendiri pun boleh siap sangkaya ni.

Bahan-Bahan Sangkaya Ala-Ala Boat Noode

  • 14 helai daun pandan
  • 2 cawan air kosong
  • 2 biji telur
  • 14 sudu gula perang
  • 500 ml santan
  • 4 sudu tepung jagung
  • Pewarna hijau

Cara-cara untuk buat Sangkaya Ala-ala Boat Noodle

1. Kisar daun pandan dengan sedikit air
2. Tapis, ambil airnya sahaja
3.Masukkan dua biji telur
4. Masukkan gula
5. Masukkan tepung jagung dan santan
6. Kacau sehingga capai kepekatan yang diingini
7. Hidangkan bersama susu cair dan roti yang distim. Nikmati bersama keluarga di rumah

Nina juga berkongsi di sini untuk tips-tips yang praktikal.

Nina Salleh

Nina Salleh

Ibu kepada 4 orang cahaya mata. Suka berkongsi resepi, kisah kekeluargaan dan rumahtangga. Pengguna dan pengedar sah Shaklee. Pengasas team TBS Wellness sejak 2016.

Category

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: