Menu

Review KSL Hotel & Resort Johor Bahru

Hari ni saya nak kongsikan review peribadi menginap di KSL Hotel & Resort Johor Bahru. Ini bukan kali pertama kami menginap kat sini. Hujung minggu lepas dah menginap sini, kali ini pun kami pilih hotel yang sama. Selain dari harga berpatutan, ia adalah hotel yang mesra dengan anak-anak. Kalau anak ramai macam saya ni memang berbaloi untuk pilih hotel ni.

Mom of three is enough for now

Kali ni suami tak ikut sebab ada urusan kerja. Jadi hanya saya, anak-anak dan keluarga besar sahaja. Memang mencabar kalau berjalan-jalan dengan anak yang ramai tanpa ada suami untuk membantu menguruskan anak-anak. Paling mencabar dan menguji kesabaran ialah bila anak mengamuk atau pun anak berak. Biasanya suami akan uruskan part yang ini haha.

Review KSL Hotel & Resort

Kalau jalan-jalan dengan keluarga besar, yang akan buat urusan booking hotel ni kakak saya. Beliau akan pastikan bilik yang sesuai, harga berpatutan dan penting untuk pakej sarapan pagi yang kena dengan selera kami. Bukan senang nak buat kerja booking hotel ya, banyak kena buat survey dan pencarian sampai puas hati. Harapannya dengan review ni akan mudahkan kalian yang nak menginap di Johor Bahru.

Tempahan Guna Aplikasi Agoda

Kami sampai di hotel pun jam dah hampir 2 pagi. Maklumlah banyak persinggahan sebelum sampai ke destinasi. Pergi makan ikan bakar di Melaka dan singgah ambil adik saya yang belajar di UiTM Lendu, Melaka.

Disebabkan booking dibuat melalui aplikasi Agoda, kami tempah 2 bilik. Harga di aplikasi Agoda untuk 2 bilik tersebut sudah termasuk dengan makan pagi. Namun, sesampai sahaja di hotel,  staf buat semakan dan terdapat kekeliruan dalam sistem iaitu harga yang kami bayar hanya untuk 1 bilik termasuk dengan makan pagi. Ia mahal berganda berbanding dari aplikasi Agoda. Harga yang tak sama mungkin ada masalah teknikal pada sistem laman sesawang.

Staf Yang Mesra dan Membantu

Kami pula kalau menginap di hotel, sarapan pagi memang perkara penting. Mana taknya, kadang-kadang sengaja tidur hotel sebab nak makan sarapan. Lepas makan terus check-out dan balik.

“Kami akan semak dengan Supervisor besok pagi, untuk sekarang dia dah tak ada”, ini kata staf yang jaga kaunter kepada kami.

Bila berbincang dengan kakak, mulanya kami nak batalkan tempahan hotel disebabkan perlu tunggu keputusan dari Supervisor yang hanya akan ada pada keesokan harinya. Kami fikir lebih baik menginap di hotel lain. Kalau esok pukul 8 pagi baru dapat keputusan dari Supervisor, macam mana kami nak sarapan pagi haha. Begitulah betapa penting sarapan pagi di hotel dalam kehidupan kami.

Staf tersebut pun setia melayan setiap pertanyaan kami dengan senyuman terpaling manis pada jam 2 pagi. Bukan senang punya kerja ya. Mungkin hotel ni sudah melatih staf tentang bagaimana penting untuk kekal tenang dan tolak tepi emosi sendiri

Senyum je. Tak ada pun masam muka atau muncungkan mulut sampai boleh buat sangkut plastik kan.

Betapa baik staf tadi sampaikan tak bagi kami buat tempahan baru sebab katanya nanti pihak hotel akan kenakan bayaran denda. Masa tu kami fikir tak kisah dah nak kena bayar denda pun asalkan dapat sarapan pagi.

Kemudian staf tadi masuk bilik untuk telefon Supervisor dan tanya tentang isu yang bilik kami tempah dari aplikasi Agoda, akhirnya kami dapat juga harga bilik yang sama dengan aplikasi Agoda berserta dengan sarapan pagi. Bukan itu aja, bilik pun dapat yang bersambung lagi. Layanan staf memang terbaik dan boleh dipuji di KSL Resort & Hotel.

Anak-anak sedap tidur, mak dah tak sabar nak pergi makan pagi

Bilik Yang Selesa

Kami tempah ialah superior deluxe, bilik yang lengkap dengan sterika, pemanas air, ruang buat kopi dan tak lupa juga tandas yang selesa dan kemas di sini.

Bilik yang cukup luas dan selesa

Asalkan tandas hotel yang selesa, seluruh hotel boleh jadi best gituh. Kalau tandas yang berlecah, memang boleh buat spoil mood bercuti.

Pilihan Makanan Sarapan Pagi

Sebab breakfast ni salah satu kriteria penting bila kami tidur hotel, maka breakfast di KSL Hotel & Resort ni kami suka sangat-sangat.

Makanan banyak dan sedap pulak tu

Pilihan makanan yang pelbagai, buah-buah dan pemanis mulut yang sedap dan kena dengan selera tekak Melayu asli saya ni haa.

Menu yang saya wajib makan kalau ada sarapan pagi ni semestinya Nasi lemak, dan bubur nasi pun kalau ada telur masin memang akan habis bermangkuk-mangkuk.

Rasanya puding roti ni antara menu wajib yang disediakan untuk sarapan pagi di KSL Resort & Hotel. Setakat pergi menginap di sini memang sentiasa ada puding roti. Kuah yang berkrim, tak terlalu manis dan cukup rasa sahaja memang buat kita termimpi-mimpi.

Biasanya kalau sarapan pagi ni memang kami akan ambil masa yang lama. Makan dan rasa satu per satu menu, lepas makan kami akan minum kopi pulak. Mana-mana hotel kami pergi pun memang sarapan pagi ni rutin begini. Bukan sekejap 30 minit boleh habis. Ada masa kaunter makanan dah tutup pun kami masih belum habis makan.

Ini pun jadi menu wajib. Ambil awal nanti dah lembik baru kita makan, honeystar dengan susu.
Ruang untuk makan pagi sangat besar ya

Kolam renang dengan taman tema air

Selain dari sarapan pagi, antara yang menarik di KSL Hotel & Resort ialah kolam renang, besar dan ala-ala taman tema air. Kalau bawa anak-anak memang seronok lah mereka main dekat kolam ni. Kolam renang akan jadi yang utama juga dalam pemilihan hotel, sebab anak-anak pun akan teruja bila ada kolam renang.,

Taman tema air di KSL Resort & Hotel ni pun dibuka kepada pengunjunng yang tidak menginap di hotel. Tapi ada bayaran RM65 seorang kalau tak silap.

Masalahnya Maryam ni takut pulak kat Dinasour sebab dia bergerak kepala, end up dia tak mandi
Dekat sini pun meriah dah pakej dengan menginap di hotel

Anak-anak suka, saya pun seronok je apa-apa saja untuk gembirakan anak-anak.

Senang Keluar Masuk Hotel

Kalau menginap di KSL Hotel & Resort Johor Bahru, tak payah risau kalau-kalau nak tambah bilangan hari menginap tetapi baju pula tak cukup, atau bila bosan di bilik dan nak pergi jalan-jalan di mall sebab di ruang lobi hotel ni ada laluan untuk terus ke mall tanpa perlu keluar hotel dan naik kereta. Perasaan nak keluar dari hotel dan cari parking untuk ke mall tu yang boleh buat mimpi ngeri, tambahan pula bila berjalan dengan anak-anak yang ramai.

Di lobby juga ada Starbucks dan pasaraya Tesco serta macam-macam kedai lagi yang ada di mall ni.

Lepak di Starbucks Coffee di lobby hotel

Kalau stay di KSL Hotel & Resorts nak pergi Tesco, atau nak makan, tak perlu bersusah untuk bawak kereta keluar. Tapi kalau nak makan ikan bakar ke itu terpaksa keluar dan boleh pergi ke Restoran Senibong, antara tempat yang kami suka pergi makan.

Restoran SDS untuk makan tengahari kami pada hari kedua
Hari pertama kami ke Restoran Senibong untuk makan ikan bakar dan makanan laut yang lain. Dekat Senibong pun ada banyak kedai dan rasanya semua lebih kurang sedap saja.
Hari kedua pula kami makan di SDS restoran, tak perlu keluar dari hotel pun. Hanya berjalan dan turun tangga dari lif lobi sahaja. Menu di kedai ni kebanyakannya western, rasa pun tidak mengecewakan dengan cara hidangan yang unik memang jadi tarikan pengungjung kedai.
Teringat makan spaghetti ni memang sedap

Secara keseluruhannya, penginapan di KSL Hotel & Resort memang beri kami keselesaan dan kemudahan untuk ke sana sini terutama dengan anak-anak yang ramai. Mudah untuk makan dan beli apa-apa barang dan boleh keluar jalan-jalan di mall yang hanya sekangkang kera dengan hotel. Hotel ni jadi antara pilihan saya setiap kali ke Johor Bahru.

Nantikan perkongsian dan review hotel seterusnya iaitu Hard Rock Desaru.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: