Hampir sebulan sudah pun berlalu sejak pulang dari percutian mewah merentasi 6 bandar di Eropah dengan menaiki kapal terbesar Symphony of the Seas.
Terlalu rindu dengan kehidupan dilayan bagai puteri raja atas kapal terbesar di dunia!

Percutian ini adalah hadiah daripada Shaklee untuk mereka yang layak bagi tahun 2017/2018. Destinasi untuk percutian antarabangsa pula ada dua pilihan sama ada mediterranean cruise atau umrah.
Kos keseluruhan untuk percutian ini hampir RM20,000 setiap orang dan Shaklee taja sepenuhnya termasuklah pemberian duit poket.
Percutian Tajaan Penuh dari Shaklee
Ini adalah kali kedua saya berjaya melayakkan diri untuk trip percutian tajaan penuh daripada Shaklee. Untuk layak mendapat percutian yang ditawarkan, para pemimpin perniagaan perlu cukupkan mata ganjaran dengan kenaikan pangkat dalam Shaklee.
Trip pertama saya pada tahun 2017/2018 layak untuk ke Phuket, Langkawi dan Penang dengan menaiki Libra Cruise .
Kali ini saya nak bawa kalian untuk sama-sama melancong dan rasai pengalaman perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), menaiki kapal dan perjalanan merentas benua sehinggalah sampai ke KLIA kembali.
Perjalanan Ke Barcelona
Disebabkan kapal berlabuh di Barcelona, Sepanyol, kami semua perlu terbang ke sana terlebih dahulu. Jadi hari pertama kami berada di Barcelona untuk makan, jalan-jalan melawat tempat bersejarah dan yang menjadi mercu tanda Barcelona.
Dari Kuala Lumpur ke Dubai
Berangkat dari KLIA ditemani oleh suami, mak dan adik beradik. Dah jadi tradisi keluarga kami, setiap kali ada yang nak berangkat ke luar negara, yang tukang hantar dah macam rombongan sekolah.

Tak dapat ikut ke luar negara, dapat ikut pergi airport pun dah cukup seronok. Makan sama-sama dan bergelak ketawa sebelum mula drama air mata.

Pengalaman dalam Kapal terbang Emirates
Perjalanan percutian untuk trip Shaklee kali ini bermula dengan penerbangan Emirates Airline yang berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 2 pagi, 8 September 2018.
Kali pertama saya terbang dengan Emirates Airline memang dapat rasakan suasana, pengalaman dan menu dalam kapal terbang yang belum pernah ada sebelum ni.

Makanan yang dihidang memang kena dengan tekak Melayu asli kita ni. Rasa nak tambah-tambah pula kan.

Sepanjang perjalanan, saya banyak habiskan masa dengan menonton cerita. Lagipun saya perlu pam susu setiap 3 jam sebab anak ketiga masih menyusu dengan susu badan. Untuk elakkan susu badan berkurang, saya perlu usahakan untuk ikut jadual pam susu sepanjang percutian ni.

Mak-mak kena berkorban macam ni lah. Bag galas pun besar sebab isi barang pam susu anak. Handbag yang kecik-kecik semua kena simpan masuk stor je. Doanya semoga anak-anak membesar jadi orang yang menyenangkan dan hamba Allah yang bertaqwa. Tiber doa pulak.
Keistimewaan Emirates Airline yang saya tak pasti dalam kapal terbang lain ialah waktu bukan meal-serving time pun kita boleh minta makanan seperti mi segera secara percuma selain daripada free flow kopi, jus buah-buahan dan air kosong.
Dalam kapal terbang tu rasanya saya orang yang paling banyak order air. Mujur lah pramugari semua baik dan masih boleh senyum melayan permintaan.

Mungkin lepas ni untuk jalan-jalan ke luar negara saya akan pilih Emirates Airline.
Transit Di Dubai
Selepas 7 jam, kami selamat mendarat di lapangan terbang Dubai dan transit untuk 3 jam. Kami jalan-jalan di sekitar airport dan sempat makan piza, sandwich dan minum kopi bersama.

Dari Dubai Ke Barcelona
Penerbangan seterusnya untuk ke Barcelona pada jam 7.50 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Keseluruhannya dari Kuala Lumpur ke Barcelona 14 jam masa penerbangan.
Sepanjang itu juga saya nak terima kasih kepada pramugari Emirates Airline yang tak jemu-jemu melayan semua permintaan saya. Di raut wajah walaupun nampak kepenatan tapi tetap memberikan senyuman. Belajar dari pramugari dan pramugara, mereka tidak mudah mengalah dengan emosi. Mereka tetap rasional. Ia satu sikap yang perlu dicontohi.

Hola Barcelona!
Selepas 7 jam terbang dari Dubai, saya selamat sampai dan jejakkan kaki pertama kali di Barcelona. Di lapangan terbang Barcelona, ada beberapa buah bas yang menanti untuk bawa kumpulan Shaklee ke destinasi yang seterusnya.

Keluarga besar Shaklee dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk memudahkan pergerakan dalam tempoh trip ini serta untuk memudahkan urusan tour guide.
La Ramblas
Destinasi pertama kami di Barcelona ialah La Rambla. Ia adalah lorong yang sangat terkenal di kalangan pelancong. Kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan gerai yang menjual banyak cenderamata yang sesuai untuk dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Saya memang tak cadang nak membeli belah pun, memang nak menikmati percutian yang Shaklee taja dan melihat keindahan bumi Tuhan.

Bangunan di kiri dan kanan lorong ni juga sangat tinggi dengan nilai senibina yang menarik dan bersejarah.

Kalau ke Barcelona tanpa singgah di La Rambla memang tak lengkap lah perjalanan tu.

Makan tengahari di Marina Bay
Restoran yang dekat dengan laut ini memberikan rasa seolah-olah sedang makan di persisiran pantai. Hidangan yang disediakan dari makanan laut yang sangat segar dan juga nasi.

Makan di sini sudah siap dipesan oleh pihak Shaklee Malaysia. Kami hanya ambil tempat masing-masing dan tunggu sahaja makanan sampai.

Ya Allah, paling saya teringat ialah seafood paella di sini. Tak puas makan dan kalau boleh nak pergi lagi sekali untuk makan paella. Gitu sedap sampai bertambah-tambah.



Sepanjang tip ni, untuk makan semuanya ditanggung oleh pihak Shaklee Malaysia. Kalau kata tak nak shopping, duit 170eura yang diberi tu sudah sangat memadai.
NH Hotel Barcelona
Selepas seharian berjalan-jalan di La Rambla dan makan di Marina Bay, kami dibawa ke NH Hotel Gran Collection untuk bermalam. Esoknya baru lah akan ke pelabuhan yang menempatkan kapal Symphony of the Seas.

Berdekatan dengan hotel ni ada pasaraya Primark. Sempat juga saya ke sana untuk beli baju anak-anak. Baju murah tapi kualiti tiptop hanya di Primark. Ha iklan gitu.
Selepas makan pagi di NH Hotel, kami terus check-out untuk jalan-jalan di sekitar Barcelona.
Park Güell
Lokasi pertama kami ialah Park Güell, sebuah taman dalam bandar yang popular dengan mosaic dan cicak besar di tengah-tengahnya.

Pada tahun 1900, Eusebi Güell, orang kaya dan keturunan diraja Barcelona telah mengupah Auntoni Gaudi untuk membina perumahan mewah di kawasan ini.
Antara keunikan taman ini ialah cicak besar di antara 2 tangga dengan menggunakan mosaic yang tak terkira banyaknya. Namun, hanya 2 buah rumah yang berjaya dijual.
Taman ini telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage pada tahun 1984. Selepas kematian Eusebi pada 1922, taman ini telah dihadiahkan kepada kerajaan Barcelona.




Sagrada Família
Sebuah gereja yang dibina bermula tahun 1882, sehingga sekarang masih belum siap dan melibatkan arkitek yang silih berganti.

Pembinaan gereja ini sangat perlahan kerana menggunakan hasil kutipan derma orang persendirian. Bayangkan gereja sebesar seakan KLCC dibina dengan kutipan duit orang awam.

Hospital de Sant Pau
Hospital yang dibina antara tahun 1901 dan 1930, berfungsi sepenuhnya sehingga bulan Jun 2009. Seterunya ia dijadikan musium dan tapak senibudaya selepas ada sebuah hospital lain dibina di sebelahnya.
Hospital ini dijadikan tapak UNESCO World Heritage pada 1997 dan dibuka untuk lawatan pada tahun 2014.


Selepas itu, kami menaiki bas untuk ke pelabuhan yang menempatkan kapal terbesar Symphony of the Seas.
Embarkation to Symphony of the Seas
Pelabuhan untuk parking kapal Symphony of the Seas bersize lebih kurang tapak menara berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

Saat yang dinanti-nanti telah pun tiba. Rasa macam baru semalam dapat layakkan diri ke trip tajaan Shaklee kali ni, selepas 9 bulan hari ni dah boleh tengok depan mata dan akan masuk rasai sendiri pengalaman dalam kapal mewah ni.

Ini kalau pergi sendiri, mungkin lah kami tak pilih untuk ke sini sebab kosnya memang mahal sungguh.
Sebelum dibenarkan masuk ke dalam kapal, kami perlu ambil Sea Pass Card di sini. Kad yang akan digunakan untuk urusan keluar masuk kapal, buat pembelian dan juga sebagai kunci pintu bilik nanti.


Ada nombor bilik, nombor meja untuk seisi makan malam di dewan makan utama sepanjang atas kapal juga.
Sebarang pembelian yang dibuat menggunakan kad ini akan dikira sebelum check-out dan pembayaran perlu diselesaikan sebelum keluar. Untuk pembelian secara tunai, pembayaran boleh dibuat terus di kaunter bayaran setiap kedai.
Welcome onboard Symphony of The Seas
Tempat makan
Selepas seharian berjalan dengan beralaskan makan pagi di hotel sahaja, memang perut dah berbunyi-bunyi minta diisi. Masuk je dalam kapal, tempat makan lah yang pertama kami tuju.
Windjaimers Marketplace
Salah satu tempat makan yang ada dalam kapal Symphony of The Seas ialah Windjammers Marketplace. Di sini makanan dihidangkan secara buffet.

Terlalu banyak pilihan makanan yang kena dengan tekak Melayu. Ini antara restoran pilihan saya.

Menu yang saya pilih untuk hari pertama:






Restoran dalam kapal ni ada yang percuma dan ada juga yang perlu bayar seperti mana, ada berbayar dan percuma (complimentary).

Untuk yang percuma, kami dapat makan di mana-mana restoran pun selain Windjammers:
- Solarium
- Park Cafe
- Promenad Cafe

Sangat teruja untuk kongsikan pengalam trip percuma dengan Shaklee. Kami mulakan pengembaraan untuk merentasi 6 bandar dalam 3 negara di Eropah, iaitu Itali, France dan Spain. Saya akan kongsikan review dari bilik dan perjalanan kami ke 6 bandar dalam post seterusnya.
Nina Salleh | Empowering moms
One thought