Menu
set hamil shaklee

Nutrisi Lengkap Yang Ibu Mengandung Perlukan dalam Set Hamil Shaklee

Bertenaga sewaktu hamil

Teringat waktu pergi trip ke Eropah menaiki kapal cruise tahun 2018, saya sebilik dengan rakan yang mengandung 4 bulan waktu tu. Kapal yang kami naiki akan berlabuh di bandar tertentu. Jadi ada hari-hari yang kami perlu berjalan hampir 10 kilometer, demi pemandangan cantik dan nak tengok satu-satu budaya.

Kawan yang ini benar-benar bertenaga dan tak macam mengandung pun. Rupanya mereka sama-sama amalkan set hamil Shaklee.

6 Nutrisi lengkap dalam Set Hamil Shaklee

Tak macam ibu hamil lain, kawan-kawan yang ikut trip ni tak ada masalah sakit badan dan kejang kaki pun. Kalau ikutkan memang jauh berjalan setiap hari. Boleh jadi disebabkan oleh nutrisi yang badan perlukan dicukupkan dengan set hamil Shaklee. Sebab itulah yang mengandung pun kekal cergas. Betapa penting nya nutrisi yang lengkap untuk orang biasa, inikan pula ibu mengandung.

1. Protein Soya Organik

Melalui set hamil Shaklee, protein yang sihat akan diperolehi dari soya organik, rendah lemak dan tanpa pemanis tiruan iaitu Energizing Soy Protein (ESP). Berbeza dengan protein dari sumber ayam atau daging ada kandungan lemak dan kolesterol yang tidak dapat disingkirkan.

Dengan rasa vanila, lemak berkrim, ESP ia sangat sesuai untuk dibancuh dengan air kosong sahaja. Ia mengandungi protein yang lengkap untuk kesihatan ibu dan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Antara kebaikan protein soya ESP untuk ibu mengandung adalah:
ESP Shaklee buat saya bertenaga waktu mengandung
  1. Menguatkan otot rahim untuk menampung bayi yang semakin membesar.
  2. Bantu pembentukan bayi dengan pertumbuhan sel-sel baru, seterusnya menghasilkan tisu dan organ yang sihat.
  3. Membantu kurangkan kesan stretch marks akibat perut ibu yang membesar seiring dengan pertambahan saiz rahim
  4. Membekalkan tenaga segera dan berpanjangan untuk ibu hamil

2. Vitamin C

Vitamin C diperlukan untuk menguatkan imun sistem ibu yang rendah (supressed) ketika hamil. Ia juga membantu penyerapan zat besi ke dalam salur darah yang diperlukan untuk membekalkan oksigen secukupnya kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Sustained Release Vita-C sudah ada di pasaran sejak 1981.

Sustained Release Vita-C Plus mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang dipatenkan. Ini untuk mengelakkan pembaziran dan dibuang melalui air kencing.

Vitamin C juga sangat penting ketika hamil untuk:

  1. Menguatkan gusi dan tulang.
  2. Menguatkan saluran darah.
  3. Membantu proses pertambahan sel darah merah bagi menampung keperluan isipadu darah ibu hamil yang meningkat.

3. Vitamin B

Ibu hamil memerlukan vitamin B yang lengkap sepanjang tempoh kehamilan untuk mengelakkan penyakit saraf  seperti spina bifida dan anencephaly. Kesemua 8 jenis vitamin B terdapat dalam B Complex Shaklee iaitu:

  • B1 (thiamin)
  • B2 (riboflavin)
  • B3 (niacin)
  • B5 (pantothenic acid)
  • B6 (pyridoxine)
  • B7 (biotin)
  • B9 (folate)
  • B12 (cobalamine) 

B complex Shaklee juga akan menukarkan makanan kepada tenaga dengan berkesan. Ini akan mengurangkan masalah cepat penat dan letih ibu hamil selain daripada memastikan badan berfungsi dengan baik.

4. Multivitamin

Membekalkan vitamin dan mineral yang badan perlukan. Ia merapatkan jurang nutrisi bagi fungsi badan yang optimum.

Vitalea Iron ialah multivitamin Shaklee dengan zat besi yang penting untuk ibu hamil. Kekurangan zat besi dalam darah akan meningkatkan risiko komplikasi sewaktu mengandung dan bersalin.

Selain itu,  zat besi akan memastikan hemoglobin ibu mengandung pada paras yang disarankan iaitu melebihi 11g/dL. Ia membantu mengelakkan masalah anemia sewaktu hamil dan juga mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang.

ESP, Vitalea dan Omega Guard untuk kehamilan yang sihat

5. Omega-3

Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega-3 yang diperlukan oleh bayi untuk pembentukan otak,saraf, mata dan organ lain yang sempurna.

Tidak seperti minyak ikan biasa di pasaran, Omega Guard melalui proses penyulingan sebanyak 3 kali bagi memastikan kualiti omega-3 adalah pada tahap yang terbaik dan bebas merkuri yang sering didapati pada ikan laut dalam.

Asid lemak omega-3 akan membantu untuk:

  1. Mengurangkan keradangan
  2. Pengaliran darah yang baik
  3. Membekalkan EPA dan DHA bagi perkembangan otak bayi dalam kandungan.

6. Kalsium

Sewaktu mengandung, bayi dalam kandungan akan menarik kalisum daripada ibu hamil bagi pembentukan tulang. Sebab itu pengambilan kalsium yang cukup sangat diperlukan oleh ibu hamil.

Pengambilan kalsium akan memastikan:

  1. Pembentukan tulang dan fungsi saraf yang sihat
  2. Mengurangkan masalah kejang kaki ibu hamil

Kalsium dalam Ostematrix Shaklee dilengkapi dengan magnesium, vitamin D dan boron untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan ke dalam darah.

Dengan set hamil Shaklee, ibu-ibu dapat mencipta memori indah semasa mengandung.

Dapatkan set hamil lengkap dengan harga ahli di sini

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: