Menu
jenama teh kurus

Teh Kurus dan Kempiskan Perut

Orang kata, kalau nak kurus, bulan puasa ni masa yang terbaik. Secara logiknya alang-alang seharian tak makan dan minum, memang lah boleh dapat berat ideal sebelum raya nanti kan. Tapi saya pelik juga dengan diri sendiri, kalau ikut rekod tahun-tahun terdulu. Berat badan saya memang naik macam tak jumpa jalan pulang seiring dengan sebulan puasa. Itu dah campur dengan minum teh kurus semua.

berat naik lepas puasa
Raya tahun lepas agak-agak berapa berat saya ni

Macam mana orang kata boleh kurus tapi berat saya duk naik macam tak jumpa jalan pulang. Itu cerita dulu. Mujur saya sempat insaf sebelum badan sendiri jadi macam tong drum. Kalau ikutkan memang tak berdosa pun jadi gemuk. Cuma saya terfikir sebab tubuh badan ni Allah swt beri pinjam, jadi perlu amanah jaga pinjaman Dia.

Benda ni yang menjentik hati saya untuk serius turunkan berat badan.

Peminat Teh Sejak Kecil

Saya ni bukan lah orang yang gemar nak ikut trend bagai. Kalau masa zaman viral teh kurus, sampai habis stok teh hijau kat kedai, saya tetap steady ikut kepala sendiri. Haha. Saya tak suka minum teh melainkan teh sejuk yang mak selalu buatkan masa zaman sekolah dulu.

teh kurus
Jug begini tapi warna putih jadi nampak warna air teh sejuk dalam peti. Mengimbau memori

Bila balik sekolah je, buka peti ais nampak ada jug teh O. Saya akan minum bercawan-cawan, hilang haus seharian kat sekolah. Memang nikmat betul lah.

Tapi kalau teh tarik, saya memang tak boleh minum sampai sekarang. Kepala akan rasa pening berpusing dan rasa tak selesa sangat. Walaupun ada hari yang teringin teh tarik, bila dah teguk tu sendiri tanggung ler.

Minum Teh untuk Kurus

Kalau perasan, teh untuk kurus ni viral dan menjadi-jadi sejak kita semua kena perintah berkurung dan duduk di rumah tahun 2020. Mula-mula viral dengan menu dan berbagai resepi. Saya sendiri pun terjebak dengan dalgona coffee. Kat rumah ni hampir setiap hari buat puding gula hangus dan macam-macam jenis kuih dan kek. Fuh, kalau ingat balik memang seram wei mana lah berat tak naik.

Mungkin ramai yang naik berat jadi ada pula idea turunkan berat dengan minum teh kurus. Teh kurus ni bukan magik atau bomoh juga. Maknanya kalau minum teh kurus tapi makan serupa melantak macam tahun 2020 tu memang idok ler nak berkesan.

Teh Kurus Sebagai Alat Ganti Manisan

Asalnya nak minum teh supaya turun berat badan, tapi masalahnya kalau setiap hari dengan teh tarik sejuk macam ni. Memang tinggal harapan. Kalau kita fikir nak kurus kena minum teh itu kurang betul. Sebetulnya teh ni sebagai alat untuk bantu badan bakar lemak, naikkan metabolisma dan beri tenaga yang berkesan sekiranya kita memang menjaga pemakanan.

teh tarik

Hampir semua teh memang secara semulajadi ada bahan yang boleh menurunkan berat badan. Cuma macam mana nak pilih teh terbaik yang membantu dalam proses turunkan berat badan.

Jenis Teh Yang Membantu Untuk Kurus

1.Teh hijau

Dekat negara kita ni, selain teh biasa yang macam mak saya buat dulu, teh hijau lah yang paling orang kenal. Selain untuk kurus, teh hijau ni biasanya dihidang di kedai yang menyediakan makanan Jepun seperti Sushi King ahaa. Saya pertama kali minum teh hijau pun kat Sushi King.

teh kurus
Teh hijau diproses sewaktu daun masih hijau

Teh hijau berasal daripada tumbuhan Camellia Sinensis yang diproses sebelum daunnya melalui proses oksidasi. Patutlah teh hijau ni dikenali ramai sebab ia adalah yang paling berkesan untuk kuruskan badan dengan meningkatkan metabolisma badan.

Minum teh hijau beri banyak manfaat kepada tubuh badan sebab ia tinggi dengan antioksidan jenis polifenol. Ha manfaat ini yang mahal.

Teh hijau juga:

1.Mengurangkan keradangan
2.Meningkatkan fungsi otak
3.Mengurangkan risiko penyakit kanser
4.Mengurangkan risiko penuaan pada otak

Jadi, amalkan teh hijau bukan dapat kurus je malah dapat bantu kesihatan tubuh badan.

2.Teh putih

Teh putih juga berasal dari tumbuhan yang sama dengan teh hijau dan teh hitam. Cuma beza pada cara ia diproses dan dihasilkan. Istimewanya teh putih sebab ia dipetik sebelum bunga terbuka sepenuhnya, waktu diselaputi dengan rerambut putih.

teh untuk kurus
Teh putih yang bantu halang pembentukan sel lemak

Teh putih ini yang paling minimum pemprosesannya.

Kandungan antioksidan juga sama dengan teh hijau, iaitu dari polifenol jenis catechins, satu kompoun yang penting untuk pembakaran lemak.

white tea
Peranan teh putih dan teh hijau untuk mengurangkan lemak

Bukan itu je, yang mengejutkan saya ialah bila minum teh ni, badan akan merangsang pemecahan lemak dan menghalang dari penghasilan sel lemak yang baru. Ini adalah hasil dari kandung catechins dalam teh putih dan hijau.

Minum teh putih juga meningkatkan metabolisma antara 4-5% bersamaan dengan pembakaran 70-100 kalori sehari. Wah, mudah la lepas ni boleh kurangkan masa berlari atas treadmill kan. Haha

2.Teh merah atau rooibos 

Sejujurnya pertama kali dengar tentang rooibos ni daripada Dato’ Dr Suryakhatun, seorang pegawai perubatan yang mengkhususkan homeopathi. Beliau banyak menggunakan bahan alami untuk kesihatan.

rooibos tea
Teh merah atau rooibos

Teh rooibos berasal daripada tumbuhan Aspalathus Linearis yang biasanya tumbuh di Afrika Selatan. Rooibos iala sejenis teh herba yang tidak ada kaitan dengan teh hijau atau teh putih.

Dalam usaha untuk kurus, rooibos sangat penting bagi meningkatkan pembakaran lemak dan menghalang pembentukan sel lemak.

Lepas baca ni memang terbuntang mata saya sebab rupanya dalam rooibos ada antioksidan aspalathin yang membantu mengurangkan penghasilan hormon stres iaitu kortisol. Hormon inilah dalang yang menyebabkan rasa lapar memanjang bila stres. Tahu-tahu dah gemuk. eh. Jadi, kalau nak elakkan rasa lapar waktu stres, kena minum rooibos ni.

insulin resistance
Keadaan ini akan menyebabkan insulin resistance

Amalkan rooibos juga membantu mengurangkan risiko penyakit kanser, keradangan dan pereputan sel otak.

Selain itu, rooibos membantu untuk:

1.Mengimbangi gula dan insulin pada pesakit kencing manis
2.Melawaskan penghadaman
3.Meningkatkan ketahanan badan
4.Meningkatkan kepadatan tulang

Walapun tidak se familiar teh hijau, rooibos ni juga bagus untuk diamalkan.

Gabungan Teh Untuk Turunkan Berat Badan

Dalam 3 jenis teh untuk kurus ni, kalau boleh dapat ketiga-tiganya dalam satu cara lebih senang kan. Jangan tak tahu sebab itulah yang ada dalam Cinch Tea Shaklee. Gabungan 3 jenis teh terbaik untuk kurus.

white tea rooibos green tea
Gabungan 3 teh terbaik untuk kurus

Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis teh yang berkesan untuk turunkan berat badan bersama dengan campuran taurina. Taurina sejenis asid amino yang mana badan boleh hasilkan sendiri.

Kalau biasa minum Red Bull, itulah minuman yang tinggi taurina. Lepas minum tu terus rasa boleh bawa kereta dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur tapi awas sebab dalam tu juga tinggi gula.

taurine redbull
Bahan utama Red Bull ialah gula

Beza dengan Cinch Tea Shaklee semestinya semua bahan sumber semulajadi dan tanpa gula, pewarna dan perasa tambahan. Jadi memang selamat untuk tubuh badan.

Bayangkan minum Cinch Tea Shaklee waktu sahur di bulan Ramadan dapat kurus dan tak ada lagi masalah tersengguk-sengguk atas al-Quran waktu mengaji lepas solat Subuh. Hee. Silap-silap boleh 2 kali khatam Quran. Ameen.

teh kurus berkesan
Ini teh kurus yang saya paling yakin nak minum

Inilah pilihan teh kurus saya yang berkesan dan selamat untuk tubuh badan. Selain itu, nak turunkan berat ni juga kena ubah mindset dan pemakanan juga. Gabung semua insyaAllah hasilnya memang kita sendiri rasa tak percaya, “eh aku pernah gemuk sebelum ni” haa gitu.

Sama-sama beramal dan ikhtiar untuk jaga kesihatan tubuh badan. Untuk dapatkan Cinch Tea Shaklee boleh hubungi Pengedar Shaklee Ampang, pengeposan dibuat setiap hari.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

2 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: