Menu

5 Tips Puasa Untuk Ibu Yang Menyusukan Bayi

Alhamdulillah, kali ni sekali lagi saya sambut Ramadan dan puasa sebagai ibu menyusu. Ini kali ke-4 saya menyusukan bayi dalam bulan Ramadan. Perasaan kali ni sangat lain terujanya, berdebar-debar dalam masa yang sama memang tak sabar.

Kita sama-sama berdoa agar Allah berikan umur yang panjang dan disampaikan ke bulan Ramadan. Boleh lazimi untuk baca doa ini;

Doa agar disampaikan ke bulan Ramadhan

Bulan Ramadan ni banyak hari di dalamnya yang sangat istimewa. Bulan ni juga la masa untuk kita all-out dalam amal ibadah. Di dalamya ada malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Kemuliaan Bulan Ramadan

Allah SWT telah memilih bulan Ramadan untuk beberapa peristiwa besar seperti peristiwa penurunan al-Quran (nuzul al-Quran), pembukaan kota Mekah (Fath Makkah), pembukaan kota Andalusia dan lain-lain. Disamping itu juga, Allah SWT telah mengkhususkan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan di dalamnya iaitu malam al-Qadr (Lailatul Qadr). Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya: Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.

(Surah al-Qadr: 3)

Sama-samalah kita berusah dan berazam untuk penuhi bulan yang mulia ini dengan amal kebajikan. Moga Ramadan nanti akan dipenuhi dengan puasa yang mendidik jiwa, solat malam, untuk bangun 1/3 malam dan membaca Al-Quran serta mendalami isi dalam Al-Quran. Bulan di mana besar harapan agar kita keluar darinya dengan kembali kepada fitrah, buangkan dosa dan tinggikan ketaqwaan kepada-Nya. Ameen.

Kewajipan Berpuasa Untuk Ibu Menyusu

Semasa berpuasa, kita tahu hanya akan makan dua hidangan sehari iaitu ketika berbuka dan bersahur. Selain itu, di bulan Ramadan sesetengah orang juga mengamalkan moreh selepas berterawih.

Kebiasaannya moreh akan diisi dengan kuih muih yang manis dan tinggi kalori. Ibu menyusu yang berpuasa akan nampak seperti kita akan kekurangan makanan. Sebenarnya, dua hidangan waktu bersahur dan berbuka sudah memadai jika ia diisi dengan menu yang sihat dan lengkap untuk badan.

Yang kali ni jarak 4 tahun. Yang lain semua back to back menyusukan setiap tahun dalam bulan puasa

Dalam Islam, ada keringanan yang diberikan untuk ibu yang menyusukan bayi serta mengandung. Mengikut fatwa dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka puasa:

  • Kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri bolehlah berbuka dan qadha sahaja.
  • Menurut pendapat sebahagian ulama seperti Ibn Abbas, Ibn Umar dan Ibn Sirin, Syeikh Abu Zuhrah dan Syeikh Muhammad Tahir Ibn Asyur, kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya, maka bolehah berbuka dan membayar fidyah sahaja. Manakala menurut mazhab al-Syafie, harus berbuka tetapi wajib diqadha’ dan dibayar fidyah.\

Saya nak kongsikan pengalaman berpuasa di bulan Ramadan untuk ibu menyusu. Tahun ini, memasuki kali ke 4 saya menyusukan bayi dan berpuasa. Inilah 5 tips yang saya amalkan untuk kekal bertenaga serta produktif di bulan Ramadan.Walaupun perlu menahan diri dari lapar dan dahaga, kita masih boleh berkerja serta menyusukan bayi seperti biasa.

5 Tips Puasa untuk Ibu Yang Menyusukan bayi

Sejujurnya walaupun Allah izinkan saya untuk berpuasa dan menyusu untuk kali ke-4 tahun ini, namun teruja dan berdebarnya tetap ada. Bagi ibu yang berpuasa dan menyusukan bayi, memang wajar untuk ada kerisauan terutama dari segi kecukupan susu untuk bayi. Walaupun ada rukhsah atau kemudahan untuk ibu menyusu dalam bulan puasa, ibu menyusu boleh cuba untuk puasa dengan ikut tips ni.

1. Sediakan checklist bulan puasa

Bagi memastikan apa yang kita ingin lakukan terutama amalan yang hanya ada khas di bulan puasa, sediakan checklist harian. Ada target, ada plan, dan perlu execution. Untuk ibu yang menyusukan bayi dan berkerja pula, jadual pam susu serta sukatan air yang diminum hendaklah dimasukkan dalam checklist itu nanti. Walaupun puasa, pam susu perlu dibuat sekurang-kurangnya setiap 3 jam. Ini penting untuk pastikan pengeluaran susu badan tidak terjejas dengan teruk.

Cadangan checklist harian

Untuk ibu menyusu yang berpuasa, ibu perlu komited untuk pam susu mengikut jadual. Setiap hari pada waktu siang sekurang-kurangnya ada 6 sesi pam susu jika ia dilakukan setiap 3 jam. Namun bergantung juga terhadap penerimaan badan masing-masing. Checklist ni boleh dimuat turun di sini.

2. Minum air dengan cukup

Waktu bulan Ramadan, ibu menyusu yang berpuasa akan ada masa selepas Maghrib sehingga sebelum Subuh untuk makan dan minum. Untuk pastikan badan mendapat air yang cukup, ibu menyusu yang berpuasa perlu sediakan jadual khas minum air dalam waktu tersebut. Badan yang tidak cukup air akan menyebabkan kering atau dehidrasi.

Keadaan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Kekurangan air boleh mengganggu proses pengeluaran susu ibu.

Minum Air Untuk Badan Kekal Hidrat

Sebagai ibu menyusu yang berpuasa, saya akan sediakan air Performance Drink untuk seluruh keluarga juga. Air ni sangat membantu terutama ibu menyusu untuk hidratkan semula badan kita.

Waktu bukan bulan puasa pun, inilah satu-satunya air manis yang saya bekalkan di rumah. Kurang gula, lebih sihat dan ada 6 elektrolit untuk imbangi bendalir dalam badan. Elektrolit dalam badan ni perlu diimbangi. Jika tidak, ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas, lemah lesu, kaki kejang dan tekanan darah rendah.

Siapkan bekal untuk terawih

Boleh juga kisarkan air Performance Drink dengan buah-buahan kegemaran, saya paling suka kisar dengan buah nenas atau mangga. Rasanya sangat sedap dan mampu hilangkan kering tekak selepas seharian berpuasa.

Kisar dengan buah mangga

Sebenarnya Performance Drink Shaklee ni atlit sukan olimpik pun minum. Formula Performance Drink juga adalah satu-satunya minuman yang dibekalkan oleh pihak NASA untuk angkasawan minum untuk menghalang dehidrasi sewaktu kemasukan semula ke Bumi.

3. Elakkan minuman berkafein

Untuk ibu menyusu yang berpuasa, ketika berpuasa kehausan akan lebih terasa. Disebabkan perlu beri susu ikut demand anak, perlu pam susu dalam keadaan badan yang kekurangan air. Jadi sangat penting untuk kurangkan mengambil minuman yang tinggi dengan kafein seperti teh, kopi dan nescafe sebab ia akan menyerap bendalir dalam badan membuatkan badan kurang air maka kehausan akan bertambah dirasai.

puasa menyusu
Puasa memang semua akan nampak sedap

Tekak akan terasa sangat kering seolah-olah berada di padang pasir.

Keadaan ini akan menyebabkan sel-sel dalam badan mengalami dehidrasi. Ibu menyusu yang mengambil kafein dengan banyak setiap hari boleh menjejaskan pengeluaran susu badan. Selain itu, ada sesetengah bayi yang akan turut terjejas seperti kesukaran untuk tidur bila ibu minum kopi.

Tukar kafein biasa dengan pilihan yang lebih baik

Namun, ketagihan pada kafein bukan lah perkara mudah untuk ditangani. Saya faham sebab saya juga begitu. Saya pilih untuk bertukar kepada minuman teh yang lebih sihat iaitu Elderberry Tea ini.

Pilihan saya teh yang lebih sihat untuk kesihatan

Bukan itu saja, Elderberry Tea ni istimewa sebab:

  • Mengandungi taurina, yang dikaji secara meluas untuk meningkatkan ketangkasan fikiran dan tenaga.
  • Mudah-tersedia dalam pek hidangan yang memudahkan.
  • Bebas gluten, tiada tambahan perisa, pewarna dan pengawet tiruan.

4.Berbuka dan bersahur dengan sederhana

Sewajarnya, kita makan untuk memberi bekalan nutrien yang sesuai kepada sel-sel tubuh supaya sihat dan seterusnya mengekalkan tisu, organ dan tubuh supaya berada dalam keadaan baik.

Namun, ramai yang memilih karbohidrat yang diproses sebagai makanan utama yang menjadi punca utama peningkatan obesiti dan penyakit metabolik. Jadi pada bulan puasa ini, kurangkan pengambilan karbohidrat yang diproses dan berikan tumpuan pada nutrien yang penting.

Di Malaysia, selain dari menu yang dimasak dari rumah, ada banyak lagi juadah yang dibeli dari bazar Ramadan. Bukan saja boleh jadi pembaziran, malah menjejaskan tahap kesihatan akibat makan secara berlebihan.

Hidangan seimbang

Semasa berbuka, elakkan makanan berlemak atau yang terlalu manis. Buah-buahan kering seperti kurma, aprikot, buah tin, kismis dan prun baik untuk kesihatan kerana mengandungi gula semulajadi yang membekalkan tenaga, mineral, serat dan nutrien lain. Selepas berbuka, pilih makanan seimbang yang mengandungi karbohidrat kompleks, buah dan sayur, tenusu, kekacang, bijirin dan daging, ikan, ayam dan telur.

Buah kurma yang disunnahkan untuk berbuka dengannya

Walaupun teringin makan makanan istimewa sewaktu berbuka, pastikan ia diambil dalam kadar yang rendah. Biasanya saya akan sediakan satu hidangan lauk dan sayur. Di bazar Ramadan, saya akan limitkan untuk hanya beli satu jenis kuih muih sahaja.

Sumber Protein Yang Sihat

Selain itu, saya akan bersahur dengan protein shake Shaklee untuk pastikan nutrisi dan protein cukup sepanjang hari. Cara puasa ibu menyusu, protein shake sangat membantu untuk pekatkan susu badan. Bayi cepat kenyang walaupun ibu berpuasa.

Protein shake dari soya organik shaklee jadi pilihan ramai ibu menyusu

Energizing Soy Protein (ESP) ialah salah satu rangkaian protein shake Shaklee. Ia juga tinggi dengan kalsium. Bagi ibu menyusu, susu badan yang dibekalkan untuk anak akan menarik kalsium dari tulang dan gigi kita.

Ini akan menyebabkan kerapuhan gigi dan tulang yang mudah bengkok apabila berumur. Dengan kalsium dari ESP, ia membantu mengekalkan kesihatan tulang dan gigi.

5. Vitamin untuk ibu menyusu

Sebagai ibu yang menyusukan anak tanpa henti bermula tahun 2013, 2015,2017 dan tahun ini, saya sendiri rasa perubahan badan bila amalkan vitamin.

Waktu menyusukan anak pertama, saya belum amalkan vitamin. Ia beri pengalaman berbeza sejak saya amalkan vitamin waktu anak kedua tahun 2015. Badan saya tak rasa lenguh-lenguh dan tak ada lagi sakit tulang belakang seperti tahun sebelumnya.

ibu menyusu puasa ramadan
Vitamin harian untuk menampung kekurangan nutrisi

Penting untuk ibu menyusu pastikan nutrisi harian mencukupi dan lengkapkan dengan vitamin.

Kita bukan sahaja nak beri susu badan, tetapi nak bekalkan anak-anak dengan susu yang berkualiti untuk kesihatan mereka. Saya dah amalkan set menyusu Shaklee ni sejak tahun 2015, dan hingga sekarang saya masih makan vitamin yang sama. Hasilnya badan terasa lebih sihat dan kulit nampak lebih muda.

Bulan puasa ialah bulan untuk kita gandakan amalan selain dari menahan diri dari lapar dan dahaga. Moga kita akan sampai ke bulan Ramadan dan ia adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Ikhtiar puasa ibu menyusu dengan Set Puasa Shaklee, dengan keahlian dan penghantaran percuma.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: