Menu
suami isteri bahagia

5 Cara mudah untuk buat pasangan rasa bahagia

Tahun ini sudah 9 tahun saya mendirikan rumahtangga. Ia bukan lah angka untuk dibanggakan melainkan setiap hari perlu dilalui dengan rasa penuh syukur dan sabar. Tidak ada manusia yang tak dilanda ujian begitu juga dengan suami isteri. Saya juga masih belajar untuk hidup berpasangan.

Cara Mudah untuk Buat Pasangan Bahagia

Ini antara perkara yang kita boleh buat di rumah untuk bahagiakan pasangan. Perkara yang nampak kecil tapi beri impak besar dalam rumahtangga.

1. Buat simple gesture walaupun tidak diminta

Dulu-dulu isteri akan tunggu suami balik dari kerja di depan pintu dan siapkan air kopi untuk basahkan tekak lepas seharian suami berkerja. Ia adalah simple gesture yang beri impak besar dalam rumahtangga.

Tapi zaman sekarang ada masa isteri pun balik kerja lebih lewat dari suami. Atas sebab keadaan yang mendesak, kita sama-sama perlu sesuaikan diri dengan keadaan.

Kalau nampak pasangan sedang berehat buatlah simple gesture seperti urut kepala, urut kaki atau badan. Ia bukan sahaja beri kelegaan tapi dalam masa yang sama dapat buat pasangan rasa dihargai.

2. Buat pasangan rasa istimewa

Ada satu hari selepas beli nasi bungkus untuk sarapan, suami siapkan anak-anak makan sementara saya bersiap untuk pakai tudung. Memang begitulah rutin setiap hari, pakai tudung sebelum turun ke dapur dan buat kerja-kerja lain.

Bila saya turun ke dapur, suami ajak makan berdua. Anak ke-3 saya, Eisyal, terus cakap begini,

tips bahagiakan pasangan
Anak ke-3 yang sangat pandai bermadah ahaha

“Papa ni, tak makan dengan Eisyal pun”, spontan bila dia nampak suami makan dengan saya.

Saya faham sangat sebab anak-anak memang rapat dengan suami. Kadang-kadang saya pula yang macam menagih kasih suami haha. Tapi suami pun sentiasa cuba untuk buat saya rasa istimewa.

Walaupun ia adalah perkara kecil, hati saya sangat berbunga-bunga bila suami sanggup tunggu untuk makan sama-sama dan ada momen berdua-duaan dengan saya. Itulah yang orang putih kata random act of kindness tetapi ini versi suami isteri. Dari perkara kecil begitulah yang akan timbulnya sparks dalam rumahtangga.

3. Kekalkan entiti suami isteri

“Kalau ada anak nanti pun, kita bahasakan diri panggil sayang je tau”, saya pesan pada suami waktu awal kami berkahwin. Risau hilang entiti suami isteri dalam rumahtangga.

Biasalah bila ada anak-anak, perhatian suami isteri akan beralih pula kepada mereka. Kalau dulu panggil suami isteri “sayang”, bila ada anak dah jadi “maknye, paknye”, lama kelamaan hubungan suami dan isteri boleh jadi hambar. Sebab fokus beralih kepada anak sepenuhnya.

Itu yang saya perhatikan kepada orang sekeliling juga dan itulah yang paling saya risau. Kita usaha sahaja selagi daya, selebihnya serah pada Allah swt.

4. Adakan masa untuk berdua-duaan

Sekarang ni waktu perintah kawalan pergerakan, nak keluar ke mana-mana pun sangat terbatas. Ada masa 7 hari seminggu hanya di rumah sahaja dengan anak-anak. Nak cari masa untuk dating dengan suami jauh sekali.

Biasanya saya dan suami akan luangkan masa sebelum tidur atau waktu malam bila giliran suami untuk kemas dapur.

“Sayang, jom pergi dapur”, suami memang begitu, suka ajak minta teman di dapur.

Bukan nak suruh teman sebab takut hantu pun. Tapi itulah yang masa untuk kami berdua-duaan. Masa inilah nak bersembang apa yang berlaku sepanjang hari atau nak update aktiviti masing-masing sebab anak-anak dah tidur. Rasa lebih seronok dan lebih erat bila dapat luangkan masa berdua.

5. Ulangi rutin waktu awal kahwin

Kadang-kadang bila dah masuki tahun ke-5 dan ke atas berumahtangga, semuanya kita nampak seperti biasa-biasa dan tidak significant. Sekecil perkara seperti ucap terima kasih pun kita lupa. Atau puji masakan isteri pun kita dah jarang buat berbanding waktu awal kahwin dulu. Cuba ulangi momen awal perkahwinan dan kita boleh rasa ia merubah kehidupan sebagai suami isteri.

tips suami isteri
Bila anak berderet, carilah masa untuk berdua-duaan

Nak buat isteri rasa bahagia sebenarnya tidak perlu pun segunung emas, memadailah jika  suami boleh sentiasa beri perhatian yang dipinta. Namun, kalau mampu beri emas pun tidaklah jadi kesalahan. Hihi.

Berhenti bandingkan rumahtangga kita dan orang lain

Hidup berpasangan di zaman sosial media ni banyak cabarannya. Boleh jadi kita tak nampak dan susah nak hargai apa yang ada depan mata sebab sibuk memikirkan yang kita belum ada. Sentiasa ingatkan diri bahawa apa yang kita ada hari ni mungkin orang lain masih struggle untuk dapatkannya.

Selebihnya, jadikanlah rumahtangga sebagai medan untuk saling memberi kerana akhirnya kita ingin bersama sehingga ke Syurga.

Sama-sama ingatkan diri,

Nina Salleh

 

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: