Menu

TIPS SUAMI ISTERI BAHAGIA

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Hari ni Nina sebenarnya mode rindu suami, tetiba dapat idea nak share tips. Tips manja-manja je gaiss. Ahaks. Bila jauh, rindu pula. Jadi nak share tips praktikal untuk suami isteri bahagia, automatik rumahtangga jadi bahagia. 7 tahun usia perkahwinan bukanlah lesen untuk Nina cakap yang rumahtangga kami sentiasa bahagia, cuma ini hanyalah perkongsian dari rumahtangga biasa yang ‘sedangkan lidah lagikan tergigit’ , yang penting hari-hari yang kami lalui sentiasa memberi kebahagiaan kan.

Doakan kebahagiaan kami hingga ke Syurga

BACA BUKU YANG PRAKTIKAL

Dulu Nina suka baca novel. Memang baca je, baca untuk isi masa lapang dan seronok-seronok saja. Sejak sebelum kahwin, dari bangku sekolah lagi memang Nina dah suka baca buku-buku macam tu. Cintan cintun lepas tu buat rasa tak sabar nak kahwin padahal realitinya..

Novel yang berkisar tentang rumahtangga dan cinta. Antara yang Nina masih ingat, buku Ombak Rindu dan Pergilah Sepi, dua buah novel yang hot yang kami budak asrama take turn untuk baca. Tapi kebanyakan novel tu semua yang style ‘happily ever after’, nama pun novel kan. Memang semua indah belaka.

Buku hot circa 2001

Tapi dalam banyak-banyak buku, Nina nak suggest buku yang praktikal untuk dibaca dari sekarang terutama untuk yang nak kahwin atau yang dah kahwin. Buku ni dari penulis di negara kita sendiri, kalau di oversea ada buku ‘Men are from Mars, Women are from Venus’ , di negara kita ada ‘Aku Terima Nikahnya’ tulisan Ustaz Hasrizal. Bagi Nina, buku tu sangat praktikal, cerita realiti alam perkahwinan dan memang perkara yang biasa dialami oleh suami isteri. Cerita yang berkisar tentang perkahwinan bukan lah sesuatu untuk saling meminta hak masing-masing dipenuhi, tapi ia lebih membahagiakan jika suami isteri saling berebut untuk menjadikan alam rumahtangga sebagai medan memberi, bukan la sekadar cerita dongeng happily ever after.

Koleksi buku Aku Terima Nikahnya, semua ni Nina beli dan baca

Masa zaman belajar di HUKM , dan dan jumpa watak dalam buku tu, tanjat gegel sebab isteri kepada penulis, iaitu Dr Muna masa tu lecturer kami, beliau berkerja di HUKM. Mula lah setiap hari duk perhatikan Dr Muna.  Bayangkanlah sebelum ni korang baca watak dalam buku je, tetiba timbul depan mata. Tak ke jadi girl crush gitu.

Buku tu dah ada keluar versi baru, boleh beli je kat kedai buku dan sangat recommended.

ENTITI SUAMI ISTERI DALAM RUMAHTANGGA

Biasanya kalau Nina baca tips rumahtangga bahagia, mesti akan ada tentang tak mengabaikan kewujudan entiti suami isteri dalam sesebuah keluarga. Tapi apa benda tu? Tak faham sampai sendiri dah lalui. Dah kahwin, dah ada anak, sendiri dah alami perubahan dari alam bujang kepada alam keibubapaan.

Pengantin lama

Rupanya, maksud tidak abaikan entiti suami isteri ialah masih kekalkan kehidupan suami isteri walaupun dah ada anak. Kebiasaan memang bila ada kehadiran cahaya mata, kita akan lebih fokus kepada anak-anak. Contoh paling senang, bila waktu pantang, isteri akan sibuk dengan urusan pantang, termasuk untuk menyesuaikan diri sebagai seorang ibu, berusaha memberi susu ibu kepada anak, pam susu, sehingga terkadang kita terlupa ada suami yang masih perlukan perhatian kita.

Begitu juga suami, saat isteri sibuk berpantang, kita lepaskan tanggungjawab kepada confinement lady sepenuhnya tanpa kita sedari, sebenarnya sentuhan, sokongan dan kata-kata semangat dari seorang suami akan mengubah gloomy day seorang ibu yang sedang berpantang menjadi detik pantang yang indah.

Keluar berduaan salah satu cara bagi mengekalkan entiti suami isteri

Contoh lain, kalau sebelum ada anak, kita biasanya akan keluar berduaan dengan suami. Tengok wayang, window shopping, pillow talk sebelum tidur tapi lain kejadiannya bila kita ada anak. Jarang sangat dapat peluang keluar berduaan, apatah lagi untuk bercuti berdua. Segalanya yang kita buat sekarang, berorientasikan anak. Lama kelamaan entiti suami isteri boleh jadi hambar.

Bukan anak penyebab, tapi kita sendiri harus cari jalan untuk eratkan hubungan suami isteri. Biasanya kalau Nina, ambil peluang bila anak-anak dan tidur untuk berdua-duaan dengan suami. Saling bercerita tentang hari masing-masing dan masa inilah untuk buat luahan hati ke hati.

ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Cabaran untuk kekalkan suami isteri semakin bertambah

Setelah terlafaznya akad nikah, maka berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sama-sama berusaha untuk memberi daripada meminta hak untuk dipenuhi akan membantu dalam keharmonian rumahtangga. Kita dicipta dengan kelebihan dan perbezaan. Andai ada perselisihan faham, cuba cari ruang untuk berkomunikasi dan berbincang.

Akad nikah bukan bererti segala dugaan dan cabaran telah berakhir, tetapi ia adalah sebagai satu fasa yang ada ujian dan cabaran tersendiri. Berdoa kepada ALLAH swt semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke Jannah, kerana doa itu adalah senjata kita yang paling berharga.

Perkongsian ini hanyalah sebagai melepaskan kerinduan kepada suami yang berada nun jauh di Labuan. Terima kasih atas kesabaran dan kesungguhan untuk memberi yang terbaik kepada kami.

Psst, tapi kan untuk buat suami lebih sayang dan taknak tinggal isteri lama-lama, jangan lupa tau amalkan Shaklee Collagen Powder, collagen paling berkesan tau.  Bukan taknak tinggal lama, nak bermasam muka pun tak sanggup. Hiks. Yang dah beranak 2-3 kali, nak ketatkan mana yang patut dan anjalkan kembali kulit, boleh dapatkan collagen promo dari Nina ok!

Love,

Nina Salleh

 

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: