Menu

Tips Travel Dengan Anak Kecil Supaya Mudah

Walaupun bukan lah selalu travel dengan anak kecil ke luar negara, tapi tetap nak bagi tips travel kan gitu. Yelah, mana tau ada yang baru beranak, tapi takut-takut nak berjalan explore the world sebab anak masih kecil.

Travel dengan anak kecil
Waktu di Sabah, Eisyal sakit mata

Jangan gitu tau, nanti rugi masa. Masa anak kecil lah kena banyak-banyak travel kalau kewangan pun mengizinkan lah. Jangan la semata-mata nak travel pergi buat personal loan. Adeh. Itu cari nahas nama dia dikkk. Masa anak kecil ni belum lagi terikat dengan sekolah dan tak perlu tunggu cuti sekolah pun. Bila-bila je boleh zas terus travel. Macam saya sekarang, anak 3 orang dah berderet sekolah. Lepas tu ditakdirkan anak sulung kami yang darjah 4 jenis yang tak boleh ponteng sekolah. Allahhh.

naik flight dengan anak kecil
Naik flight dengan 3 anak tanpa suami di sisi

Ni sedikit selingan, masa raya haji hari tu kami, saya dan suami, extend (sendiri) cuti sekolah dia. Masa dia tanya, kami cakap lah memang masih cuti sekolah. (Ya tahu menipu berdosa dan tak baik huhu), tapi kantoi sebab dia masuk sekolah, dia tanya kawan-kawan. Balik rumah tu memang menangis kemain susah nak tenangkan. Alhamdulillah, Allah swt bagi anak yang mudah nak sekolah wakak. Zaman saya kecil dulu, lagi seronok kalau cuti. Eh bila turn anak, jadi terbalik pula. Huahua.

Tips Travel dengan Anak Kecil

Setakat ni, saya pernah travel sendiri dengan anak kecil naik kapal terbang paling jauh ke London, dan waktu anak 3 orang ke Tawau, Sabah. Fuh, memang macam-macam pancaroba yang membuatkan kesabaran saya yang senipis kulit bawang ni tercabar.

Saya belajar banyak juga dari orang sekeliling dan adik beradik. Mungkin sebab itulah saya jadi tak kisah nak pergi ke mana, dengan anak-anak. Apa yang jadi pun, kalau tak travel ke, travel ke memang tetap sama.

Saya bawa anak yang sama, yang ada perangai sama, dan dengan ragam yang boleh jadi berbeza. Apa yang saya kena buat ialah tukar cara saya “react” untuk sesuatu perkara tu.

1. Pastikan Cukup Rehat

Anak kecil, memang perlu pastikan mereka dapat cukup rehat. Waktu mereka tidur lebih panjang berbanding orang dewasa. Tak kiralah travel naik kapal terbang, kereta, bas atau kereta api pun, pastikan anak dapat rehat yang cukup. Bila travel dengan anak kecil yang tak cukup rehat, pasti akan ada lebih ragam dan lebih lah tantrum. Bukan anak je yang penat, mak ayah pun akan jadi lebih penat nak uruskan tantrum anak.

Cara travel dengan anak
Bagi anak tidur yang cukup

Sehari sebelum travel, saya pastikan anak-anak tidur awal. Kalau jadual perjalanan awal pagi, maknanya petang hari tu mereka perlu tidur supaya bila kejut keesokan hari mereka dalam keadaan rehat yang cukup. Badan anak-anak dah recharge dan mereka akan lebih bersedia untuk gunakan tenaga.

2.Makan yang Mengenyangkan

Alhamdulillah, anak-saya memang kat rumah pun makan nasi dan makan lauk pelbagai. Saya perhantikan beza dengan anak-anak yang makan makanan macam junkfood ni mereka akan jadi lebih hyperactive dan badan seakan-akan terlebih gula.

Sebelum travel, beri anak makan makanan yang mengenyangkan seperti nasi, ayam, daging dan telur lebih sihat untuk mereka. Elakkan beri biskut atau jajan lain ikut kehendak mereka. Travel dengan anak-anak ni ada banyak benda yang mungkin kita tak jangka boleh berlaku. Juga ada banyak benda yang kita boleh elakkan dari berlaku.

Bila anak-anak kenyang, mereka tak mudah nak mengamuk beli jajan sebab perut sudah terisi. Lagi kita yang dewasa pun, kalau lapar macam-macam lah jadi terasa nak makan kan. Gitulah analogi dia.

Biar je la anak menangis berguling tak dapat breakfast dengan coklat, berbanding kita yang susah bila travel nanti.

3. Pakaian yang Sesuai

Travel dengan anak kecil ni pakaian bukan saja sedap mata kita memandang tau. Tapi kena fikir suhu kawasan, adakah anak akan selesa. Sebab anak kecil sangat sensitif dengan suhu sejuk. Bila anak sejuk, dia tak dapat duduk diam. Secara fisiologi pun, badan akan bergerak dan menggeletar untuk keluarkan haba. Tapi anak kecil mungkin akan tantrum bila mereka sejuk.

travel dengan anak
Kalau tempat sejuk, elakkan kaki terbuka

Kadang-kadang tengok orang masuk pasaraya yang sejuk, dengan pakaikan anak rompers. Anak kecil masih bayi, lagi lah sensitif dengan kesejukan. Kesian sangat sebab anak akan menangis tapi ibu pula mungkin tak tahu anak dalam kesejukan.

4. Buat Research tempat Dituju

Sebelum pergi mana-mana, saya akan pilih tempat yang sesuai dan anak kecil pun boleh appreciate la. Kalau macam tempat yang dalam bandar, jalan-jalan dekat mall je, itu lebih kepada untuk mak🤣 Jadi, tips travel dengan anak kecil mestilah tempat tu mesra anak-anak.

Mungkin boleh pergi ke tempat yang dekat dengan alam macam tepi pantai, dalam zoo atau muzium yang anak boleh dapatkan pengalaman dan hands-on depan mata. Biasanya tengok dalam buku, kali ni bagi anak tengok gajah depan mata. Baru lah seronok.

Kalau travel tapi tak buat reseach, kita pun tak tahu nak ajar anak apa dia tentang tempat tu. Memang la nak jalan-jalan, tapi jalan-jalan ambil pengajaran insyaAllah berbaloi. Zaman sekarang ni semua hujung jari je, jadi Google jeee.

5. Bawa Lebih Semuanya

Kan dengan anak kecil ni, ada banyak perkara yang mungkin kita tak jangka. Kadang-kadang nak pergi 2 hari, jadi terlebih 3 hari. Kalau tempat dekat dengan kemudahan, senang nak sampai tu okeylah. Ini kalau tempat berkhemah dalam hutan dan sebagainya, baju tak cukup, pampers tak ada, makanan pun tak cukup macam mana nak mengagau tu. Jenuh jugak.

packing travel anak kecil
Inilah dah macam almari setiap kali travel

Dengan anak kecil, memang semuanya kena bawak lebih. Biasa berdua cukup dengan satu luggage kecil, haa ini kami waktu anak 3, memang tak muat bonet. Fuh. Setiap kali travel macam ni lah. Cuma kalau naik flight tu kena lah beringat kang terlebih timbangan jadi terlebih bajet pula.

6. Bawa Perisai dan Pendinding Diri

Walaupun saya letak nombor 6, tapi ini yang paling penting. Bila berjalan, kita tahu semestinya ada makhluk lain juga. Dan tempat yang anak tak biasa.

Setiap kali keluar rumah, biasakanlah baca doa ni sebagai pendinding diri dan anak-anak.

Doa pendinding
Hafal doa ni dan seeloknya baca setiap hari

Doa ni pula baca dan tiup pada ubun-ubun anak supaya terlindung dari kejahatan.

Doa elak penyakit ain
Doa ni baca waktu anak-anak hampir terlelap, tiup di ubun-ubun

Sebab kesihatan ni adalah keutamaan bila travel. Kalau travel tapi badan tak sihat, memang tak seronok dan tak enjoy. Trip seminggu pun rasa macam nak pendekkan jadi 3 hari. Itulah betapa penting nikmat kesihatan ni.

Bawa bekal ubat-ubatan yang penting seperti ubat demam, ubat sakit perut, krim untuk kena gigitan, vitamin anak-anak tak boleh skip walaupun travel.

Vitamin ni lah yang banyak berjasa untuk saya dan keluarga. Anak-anak pun dah sebati dan biasa makan vitamin setiap hari.

Sejak anak-anak bersekolah ni, memang jarang dah travel jauh-jauh. Kalau pergi travel pun yang dekat je. InsyaAllah bila Fatima besar, umur 4 tahun ke atas nanti,  boleh travel dengan Shaklee. Saya nak usaha untuk dapat umrah tajaan Shaklee buat kami 6 beranak. Doakan saya sunggu-sungguh tau. Mungkin ada doa di kalangan kalian yang Allah angkat.

Nina Salleh | Empowering Moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: