“Doktor dah bagi ubat… tapi kenapa saya masih rasa tak ok?”
Ini antara ayat yang sangat biasa saya dengar.
Ada yang makan ubat gastrik setiap hari. Ramai yang hidupnya memang dah bertahun-tahun bergantung pada ubat. Ada yang dah tukar macam-macam jenis ubat.
Pedih ulu hati memang berkurang.
Asid pun kurang naik.
Tetapi dalam masa yang sama, badan masih tidak rasa normal.

Perut masih sebu.
Masih kerap sendawa.
Kadang-kadang rasa loya.
Dan yang paling mengganggu bila kepala rasa melayang dan badan tak stabil.
Kalau ini yang kalian sedang alami, mungkin sudah tiba masa untuk faham satu perkara penting:
👉 Ubat PPI hanya bantu kurangkan asid. Ia tidak semestinya menyelesaikan punca sebenar.
Apa Sebenarnya Fungsi Ubat PPI?
Ubat PPI (proton pump inhibitor) berfungsi untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Ia sangat membantu dalam keadaan tertentu, terutama apabila perut mengalami keradangan atau asid terlalu tinggi.
Apabila asid dikurangkan, simptom seperti pedih ulu hati akan berkurang. Ini membuatkan ramai rasa lega dan lebih selesa.
Namun, di sebalik kelegaan itu, ada satu perkara yang jarang diberi perhatian peranan asid dalam pencernaan.
Asid bukan sekadar “musuh”. Ia juga diperlukan untuk membantu memecahkan makanan supaya mudah diserap oleh badan.
Bila Asid Terlalu Rendah, Apa Berlaku Pada Perut?
Apabila asid dalam perut terlalu rendah untuk tempoh yang lama, proses pencernaan menjadi kurang efisien.
Makanan tidak dihadam dengan sempurna dan akan “tertangguh” dalam sistem pencernaan lebih lama daripada sepatutnya. Keadaan ini boleh menyebabkan makanan tersebut mengalami proses fermentasi dalam usus.

Hasilnya, gas atau angin dalam badan akan meningkat.
Di sinilah ramai mula mengalami simptom seperti:
- perut cepat sebu walaupun makan sedikit
- rasa penuh dan berat
- kerap sendawa
- angin naik hingga dada
Masalahnya, angin ini tidak hanya berhenti di perut.
Kesan Angin Dalam Badan Kepada Keseluruhan Sistem
Apabila angin terkumpul dalam badan, ia akan memberi tekanan kepada bahagian dalam, termasuk diafragma.
Tekanan ini boleh mengganggu pernafasan dan menyebabkan nafas menjadi lebih cetek. Dalam masa yang sama, saraf vagus iaitu saraf yang menghubungkan perut dan otak turut terkesan.
Apabila saraf ini terganggu, isyarat yang dihantar ke otak menjadi tidak stabil.
Inilah yang menyebabkan seseorang boleh mengalami:
- pening melayang
- rasa seperti tidak berpijak
- jantung berdebar
- rasa gelisah tanpa sebab
Ramai menyangka ini adalah anxiety semata-mata, sedangkan puncanya bermula dari perut. Dengan ubat semata tidak akan buat sembuh Gerd dan gastrik.
Kenapa Simptom Masih Ada Walaupun Dah Makan Ubat?
Inilah persoalan utama. Jawapannya mudah kerana rawatan hanya fokus kepada satu bahagian, iaitu untuk lemahkan asid perut bagi kurangkan masalah pedih perut.
Sedangkan dalam banyak kes, masalah sebenar melibatkan:
- sistem pencernaan yang lemah
- angin dalam badan yang berlebihan
- ketidakseimbangan dalam usus
- gangguan pada sistem saraf
Selagi faktor-faktor ini tidak dirawat, simptom akan terus berulang. Sebab itu ramai yang mengalami kitaran ini:
Makan ubat ni akan lega sekejap dan sakita akan berhenti. Namun simptom datang semula.

Tanda Badan Anda Perlukan Pendekatan Berbeza
Jika anda mengalami beberapa keadaan ini, mungkin sudah tiba masa untuk melihat punca sebenar:
- Dah lama makan ubat tapi masih tak sembuh sepenuhnya
- Perut masih sebu dan tidak selesa
- Kerap sendawa atau rasa angin naik
- Pening melayang walaupun check up normal
- Jantung berdebar tanpa sebab jelas
Ini adalah tanda bahawa badan memerlukan lebih daripada sekadar kawalan asid. Memang ubat tak buat sembuh gerd dan gastrik.
Ubat Bukan Buat Sembuh Gerd Gastrik
Ramai tidak sedar bahawa perut memainkan peranan besar dalam kestabilan keseluruhan badan. Apabila perut tidak stabil, ia boleh memberi kesan kepada:
- emosi
- tenaga
- fokus
- keseimbangan badan
Sebab itu ada orang yang berkata:
“Saya tak sakit sangat… tapi badan rasa tak kena.”
Itu adalah isyarat daripada badan bahawa sistem dalaman sedang tidak seimbang.
Apa Yang Perlu Dilakukan Selain Bergantung Pada Ubat?
Bukan lah pengambilan ubat untuk Gerd Gastrik itu tidak perlu. Ubat masih ada tempatnya, terutama dalam fasa tertentu.

Namun untuk pemulihan jangka panjang, badan memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh.
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian iaitu,
Pertama, pemakanan perlu disusun dengan lebih baik. Makanan yang mencetuskan angin dan radang perlu dikurangkan.
Kedua, sistem pencernaan perlu dipulihkan supaya makanan dapat dihadam dengan lebih baik.
Ketiga, angin dalam badan perlu dikawal agar tidak memberi tekanan kepada sistem saraf.
Apabila tiga perkara ini dijaga, barulah badan mula menunjukkan perubahan yang lebih stabil.
Bila Rawat Punca, Barulah Badan Betul-Betul Pulih
Ramai hanya sedar perkara ini selepas mereka mula fokus kepada pemulihan dari dalam.
Apabila angin dalam badan berkurang dan sistem pencernaan kembali stabil:
- perut tidak lagi terlalu sebu
- sendawa berkurang
- kepala tidak lagi melayang
- badan terasa lebih ringan dan stabil
Perubahan ini mungkin tidak berlaku serta-merta, tetapi ia lebih konsisten dan berpanjangan.
Nak Terus Bergantung Ubat, Atau Nak Pulihkan Badan?
Jika ada yang sudah lama berada dalam kitaran:

“makan ubat, kemudian lega namun datang balik”
mungkin sudah tiba masa untuk mencuba pendekatan yang berbeza. Bukan untuk menolak ubat, tetapi untuk memberi badan peluang sembuh dari punca sebenar.
Mula Rawat Perut Dari Punca
Kelas Diet Angin membantu untuk:
- Kurangkan angin dalam badan
- Pulihkan sistem pencernaan
- Tenangkan radang perut
- Stabilkan badan secara keseluruhan
Jika anda mahu mula rawat dari punca: “Saya nak join Diet Angin.”
Nina Salleh | Coach Diet Angin
