Menu

Vitamin E untuk Kesihatan Tubuh Badan & Kesuburan

Selain vitamin A, D dan K, vitamin E juga tergolong sebagai vitamin larut-lemak. Ia mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan.

vitamin e untuk kesuburan
Analogi sel badan yang rosak akibat radikal bebas

Vitamin E ialah vitamin larut lemak penting, Ia bukan dari satu molekul, tetapi kumpulan molekul yang dipanggil tokoferol dan tokotrienol. Vitamin E yang digunakan dan diuruskan secara aktif dalam badan dipanggil sebagai alpha-tocopherol. Sumber makanan Vitamin E yang baik termasuk minyak sayuran (walnut, canola, zaitun, bunga matahari, dan bunga safflower), kacang, bijirin penuh, dan sayur-sayuran berdaun.

sumber vitamin e
Sumber makanan dengan vitamin E

Nilai Harian 100% untuk Vitamin E (berdasarkan diet 2,000 kcal) ialah 30 Unit Antarabangsa (IU) (20 mg), tetapi ia telah diubah selepas semakan dibuat oleh U.S Food and Drug Administration (FDA) kepada 15 mg. Nilai Harian 100% untuk wanita hamil atau menyusu ialah 19 mg, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020. Rujukan Pengambilan Diet untuk Vitamin E telah ditetapkan dengan menggunakan alpha-tocopherol.

Bentuk Vitamin E

1) d-Alpha Tokoferol (RRR-alpha tocopherol): vitamin E semulajadi yang mempunyai potensi antioksidan yang tinggi. d-Alpha tokoferol kini dinamakan RRR-alpha tokoferol .

2) d-Alpha-tocopheryl Acetate: dihasilkan oleh gabungan Vitamin E (d-Alpha tokoferol ) dan asid organik, asid asetik.

3) d-Alpha Tocopheryl Acid Succinate: d-Alpha-tocopheryl Acetate dihasilkan oleh gabungan Vitamin E (d-Alpha tokoferol ) dan asid organik, asid suksinik.

4) Beta tokoferol

5) Delta tokoferol

6) Gamma tokoferol

7) Campuran Tokoferol dan Tokotrienol: Tokoferol dan tokotrienol ialah molekul vitamin E yang mempunyai potensi antioksidan. Pada masa ini, terdapat lapan bentuk vitamin E (alfa, beta, gamma, dan delta tokoferol dan alpha, beta, gamma, dan delta tokotrienol). Tokoferol campuran ialah gabungan alfa, beta, gamma, dan tokoferol delta, dan tokotrienol campuran ialah gabungan alfa, beta, dan gamma dan tokotrienol delta. Badan menukarkan bentuk stabil ini kepada tokoferol bebas yang boleh bertindak sebagai antioksidan dalam badan.

Manfaat vitamin E untuk Kesihatan

Vitamin E mempunyai sifat antioksidan, melindungi kerosakan sel oleh bahan kimia yang tidak stabil iaitu radikal bebas. Untuk kesejahteraan lelaki dan wanita, vitamin  E penting bagi fungsi badan yang betul dan optimum.

1. Menggalakkan Fungsi Otak dan Jantung yang Sihat

Banyak kajian membuktikan bahawa vitamin E berguna untuk melindungi tisu otak serta menyokong sistem imun. Vitamin E juga melindungi makronutrien seperti protein dan lipid, serta DNA daripada kerosakan oksidatif. Oleh sebab itu, pengambilan Vitamin E yang mencukupi membawa kepada pencegahan penyakit kardiovaskular yang disebabkan oleh tekanan oksidatif.

Vitamin E diketahui mempunyai kesan anti pembekuan (mencegah pengumpulan platelet) dan membantu pengaliran darah dengan lebih baik ke seluruh badan dengan melebarkan saluran darah (vasodilasi), yang adalah baik untuk kesihatan jantung.

2. Menyokong Kecergasan dan Kesihatan Otot

Ketika menjalani latihan atau senaman, otot akan menghasilkan tenaga dan radikal bebas. Vitamin E dapat membantu untuk:

  •  Mengekalkan jisim otot yang sihat dengan mencegah kerosakan kepada sel-sel otot yang disebabkab oleh radikal bebas.
  •  Melegakan kesakitan otot selepas latihan dan senaman dengan membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

3. Meningkatkan Kualiti Sperma

Ambillah vitamin E untuk memantapkan ciri kelelakian. Ia menggalakkan:

  •  Struktur sperma yang sihat dan sempurna.
  •  Pergerakan sperma dalam arah yang betul.
  •  Pengurusan andropaus yang lebih baik.
  • ikhtiar hamil
    Kajian pengambilan vitamin E untuk lelaki yang tidak subur dengan kadar kehamilan

4. Meningkatkan Kesihatan Telur Wanita

Vitamin E adalah vitamin yang penting untuk kesihatan organ pembiakan wanita terutama ovari yang akan membantu untuk:

  • Bertindak sebagai antioksida dan anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur yang dihasilkan.
  • Meningkatkan mukus servik untuk menjadikan sperma lebih mudah hidup lebih lama.
  • Membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.

Kelebihan Vita-E Complex Shaklee

Vita-E Complex Shaklee mengandungi vitamin E dari sumber semulajadi yang mudah diserap dan semestinya tidak memudaratkan kesihatan. Berbanding sumber kimia atau tiruan yang akan menyebabkan toksik kepada tubuh badan serta akan mewujudkan sel-sel yang tidak normal.

vita e shaklee
Kelebihan Vita-E Complex Shaklee

Setiap kapsul Vita-E Complex mengandungi sajian lengkap harian iaitu:

  • 400IU vitamin E dari sumber semulajadi iaitu minyak kacang soya non GMO dalam bentuk d-alfa-tokoferol, iaitu bentuk aktif bilogi vitamin E yang mudah diserap dalam tubuh
  • 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum
  • 38mg ekstrak biji anggur yang mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai antioksidan yang tinggi

Bagaimana Untuk Dapatkan Vita-E Complex Shaklee

Cara mudah untuk dapatkan Vita-E complex ialah melalui Pengedar Shaklee Ampang atau boleh terus daftar keahlian Shaklee di sini untuk harga yang lebih jimat.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

One thought

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: