Menu

Vitamin Kulit Cantik Untuk Mak Anak Ramai

Hari tu ada orang tegur saya, dia tanya,

“Nina, pakai apa kat muka nampak cantik je, suka tengok kulit Nina”

Kalau bab kulit memang saya tak berahsia. Sebab saya tak buat benda-benda cucuk atau yang mudaratkan kesihatan. Apa yang saya buat dan amalkan, orang lain pun boleh dapat kulit macam ni.

kulit cantik
Masa anak 1

Cuma saya tak boleh dan kurang gemar kalau orang cakap,

“Nina tak pe kulit dia tak pernah ada masalah”.

Haip, saya pun memang ada masalah kulit sebab tak cakna dan tak ada kesedaran nak jaga kulit tau. Itu dulu sebelum tahun 2016. Masa tu pencuci muka pun saya tak pakai. Bayangkan macam mana kulit berkerak, kusam dan jeragat memang ketara.

Tak Ada Kesedaran Nak Jaga Kulit

Kalau boleh saya tak nak pisang berbuah dua kali. Sebab tak ada kesedaran nak jaga kulit, diri sendiri yang terabai. Rupanya masa tu saya di fasa yang tak sayang diri sendiri. Setiap hari malas nak jaga diri, malas nak jaga kulit dan asal siap saja kalau nak keluar pergi mana-mana.

Hasilnya kulit saya kusam dan berjeragat. Jeragat ni kena lagi risau dari jerawat sebab jeragat ni kerosakan kekal yang susah nak pudar.

tips kulit cantik
Photoshoot pun muka tak semenggah huaaa

Hinggalah sekitar tahun 2016 saya jumpa dengan vitamin kulit Shaklee, masa tu makan untuk banyakkan susu anak kedua sebab ada sejarah hitam waktu anak pertama. Tak sangka rupanya bukan susu badan je bertambah meriah, kulit pun jadi lebih elok berseri gitu.

Vitamin Untuk Kulit Cantik Dari Dalam

Sebenarnya untuk dapat kulit cantik, kita tak boleh nak ‘pin-point‘ buat macam mana, pakai skincare apa dan makan vitamin apa dia. Sebab ia perlukan penjagaan keseluruhan. Kulit ialah organ terbesar dalam tubuh badan manusia. Jadi, nak kulit cantik dan sihat kena usaha yang setimpal juga.

rawat kulit kusam
Masa ni kulit kusam dan nampak tak berseri

Dari pemakanan termasuk pengambilan vitamin, penjagaan wajah dengan skincare yang betul dan gaya hidup juga memainkan peranan. Kesemua ini kalau konsisten, insyaAllah akan membuahkan hasil.

Jadi, jawapan untuk soalan yang orang tanya saya, “buat macam mana kulit cantik?” ialah ini semua termasuklah kesedaran untuk sayang diri sendiri.

kulit sihat akan nampak cantik
Jaga kulit dan sayangi diri

Antara vitamin yang saya makan dan fokus untuk kulit ialah:

1.Vitamin B

Tak ramai yang tahu dan sedar kepentingan vitamin B kalau nak kulit cantik. Biasanya kita makan vitamin B untuk beri tenaga dan juga bila mengandung sebab ada asid folik. Tapi magik dari vitamin B untuk pengamal tegar, struktur kulit akan jadi lebih kuat dan mampu mengurangkan masalah kulit seperti eczema.

vitamin untuk kulit cantik
Fungsi vitamin B untuk kulit

Vitamin B5 pula akan mengekalkan kelembapan dan melicinkan kulit. Haa lepas ni jangan ingat orang mengandung je perlukan vitamin B. Dalam B-complex Shaklee ada kesemua 8 jenis vitamin B yang penting untuk kulit. Tak payah pening nak cari jenis asing-asing, 1 tablet dan cukup untuk fungsi kulit cantik.

2.Vitamin C

Vitamin C memang tak payah cerita banyak sebab orang tahu dan memang sebati dengan nama dia untuk kulit cantik. Walaupun banyak lagi kegunaan vitamin C untuk kesihatan tubuh badan.

Kalau nak kulit cantik, vitamin C ialah bare minimum. Haa gituh. Saya makan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

“Saya malas makan Vitamin C” haa kalau macam ni gaya simpan lah niat nak kulit sihat cantik semua. Huhu. Kulit pun malas nak bercantik dan bersihat untuk awak.

vitamin c untuk kulit
Banyak manfaat vitamin C untuk kulit

Tapi hati-hati bila pilih vitamin C di pasaran. Buat pemilihan yang betul supaya tak memudaratkan kesihatan. Vitamin C pilihan terbaik daripada Sustained Release Vita-C Plus Shaklee, boleh terus order di sini.

3.Vitamin E

Sama dengan vitamin C, vitamin E pun sudah biasa digunakan untuk kulit terutama bagi hilangkan parut jerawat. Tapi penggunaan vitamin E perlu berhati-hati bagi mereka yang ada masalah kulit berminyak. Saranan saya, kalau kulit berminyak sebaiknya elakkan dahulu vitamin E untuk mengelakkan pori tersumbat.

cara elakkan pori tersumbat
Liang pori yang tersumbat boleh menyebabkan jerawat

Sebab Vitamin E juga boleh terhasil secara semuladi yang akan dikeluarkan ke liang pori melalui sebum.

Vitamin E sangat penting untuk lindungi kulit dari oksidasi, ozon dan UV. Kalau nak kulit lambat berkedut dan nampak tua, jangan skip vitamin E setiap hari tau.

4.Protein

Kita memang tahu yang protein sangat penting untuk sel kulit, kuku dan rambut. Banyak sumber protein dari makan termasuk ayam, daging dan sesetengah sayuran tinggi protein. Tetapi untuk dapatkan kesan extra, saya kena lah letak usaha yang extra juga.

Dengan protein, kulit akan lebih gebu, anjal dan lambat berkedut. Saya dah jumpa depan-depan orang yang tak pernah skip minum protein setiap hari. Kulit dia MasyaAllah memang tak nampak macam umur 60 tahun. Berseri, tak berkedut dan memang anjal.

Dah nampak nanti umur 60 tahun pun saya nak begitu, jadi kena usaha dari sekarang.

protein soya terbaik
Protein untuk kulit sihat

Semestinya saya pilih protein dari Shaklee, iaitu ESP. Yang diproses dengan teliti untuk tidak mengurangi khasiat soya. Protein ESP Shaklee ni dah wujud di pasaran sejak 1961, dan masih tinggi permintaan hingga hari ini. Haa bayangkan betapa ramai peminat protein ESP ni. Dan kalau tak beri kesan, mana lah orang akan ulang beli kan.

Jadi jangan lupa amalkan protein ESP ni setiap hari kalau nak kulit cantik.

5.Collagen

Ramai dah tahu collagen ni penting untuk kulit cantik. Bila kulit kurang collagen, akan timbul garis halus, kulit berkedut dan kendur. Kalau tengok kulit bayi dan warga emas, itulah beza mudah bila kulit kurang collagen watu berusia emas.

collagen kulit tegang
Collagen akan berkurang bila usia meningkat

Saya akan minum collagen setiap hari. Lagipun dah beranak 4 orang, nak kekalkan remaja dan awet muda tu memang kena ada usaha. Sebab utama kena sayang diri, baru boleh nak sayang suami dan anak-anak pula. Sebagai ibu, jangan lah abaikan diri sendiri demi nak jaga orang lain. Sebab kalau kita jatuh sakit pun nanti mereka semua tak terjaga.

Collagen pun ada banyak di pasaran. Kalau sebelum ni pernah minum collagen tapi tak ada kesan, cuba pilih collagen yang ada kriteria di sini.

vitamin kulit
Nak kulit cantik pun kena sabar dan konsisten

Tips kalau nak konsisten jaga kulit ni memang kena ada satu kesedaran dalam diri sendiri. Buat untuk jaga amanah, bukan untuk dapat pujian. Kalau ada suami pun, takkan nak abaikan je kulit walaupun suami tak pernah komplen kan.

Istimewa bulan ni sebab vitamin kulit ni ada promosi harga rahmah. Saya nak bantu seramai mungkin mak-mak yang nak dapat kulit cantik dengan harga kurang dari RM100. Inilah julung kali promosi begini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan vitamin kulit cantik harga rahmah dari jenama terbaik Shaklee.

vitamin rahmah
Vitamin Kulit Harga Rahmah

Berita baik lagi sebab boleh terus klik gambar untuk dapatkan harga rahmah dan buat pembayaran dengan kad kredit atau kad debit. Untuk bantuan hubungi Pengedar Shaklee Ampang di sini.

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

10 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: