Menu

5 TIPS BELI RUMAH UNTUK ORANG BISNES

Assalamualaikum dan good day!😁

Buat apa hari ni?

Isnin lepas Nina dah ke Maybank untuk buka current account business dengan Maybank, dah ada untuk Bank Islam tapi masih lagi senang dengan Maybank. Sebab dah biasa kot. Jenuh la pi cari introducer kat shoplot tu je, sebab introducer Nina yang dah sign tu, cop nya tak sama dengan dalam sistem Maybank, so kena cari balik kawan tu. Hari tu malas nak tangguh dah, so cari introducer baru je. Hihi.


Page untuk introducer Maybank

KERJA SENDIRI, NAK BELI RUMAH? MACAM MANA DENGAN DOCUMENTATION PENDAPATAN DAN GAJI KITA?

Hari ni Nina nak share sikit tips beli rumah jika anda berkerja sendiri, hasil dari kelas kewangan, yang saya hadiri yang dikendalikan oleh Sifu Kewangan, Kak Ieza Yusof korang boleh follow page dia. Sangat banyak input, nak lagi best kena pergi kelas😁

TETAPKAN MATLAMAT KEWANGAN

Matlamat kewangan ialah apa yang buat kita ingin bisnes? Apa yang kita ingin capai dari segi kewangan? Nak bebas hutang? Nak ada saving banyak? Tapi kena spesifik.

Kita bisnes mesti ada matlamat kewangan kan? So apa matlamat kewangan korang?

Contohnya, nak saving RM20k by end of 2017? Bila nak reach 1st million?

Berapa rumah untuk investment kita nak ada?


Komponen untuk matlamat kewangan

KUASA MEMBELI UNTUK ORANG BERKERJA SENDIRI

Biasanya kita rasa macam kita tak ada buying power sebab kita tak ada slip gaji betul tak?


 Ini yang Nina akan share untuk orang bisnes, sebab orang makan gaji senang je boleh print out slip gaji tunjuk kat bank, tapi ada cara jugak nak bagi bank sayang lebih untuk orang makan gajiπŸ˜‰

Saya share hari ni untuk orang bisnes. Dah dapat kena terus buat tau, kalau tak sampai bila kita taknak capai matlamat kewangan kita kan?

Buat semua step ni, dan anda boleh mula cari hartanah untuk dibeli, dengan gunakan bank sebagai modal, dan boleh buat sewa untuk tambah income, dan boleh bantu lagi ramai orang.

Semoga bermanfaat!

Sila share untuk manfaat lebih ramai orang bisnes yang bercita-cita nak menjadi pelabur hartanah😁

Daftar SSM


Ramai orang berniaga, terutama peniaga online yang guna medium secara percuma ni kan, maksudnya tak payah sewa premis, selalu missed part daftar SSM.

Sepatutnya, once decide untuk bisnes, terus daftar SSM, tahu kelas bisnes kita dan apa bisnes kita nak buat. Untuk permulaan, saya cadangkan guna nama sendiri saja, untuk lebih mudah, dan murah.


Buka akaun semasa


Kenapa kena buka akaun semasa? 

Sebab kita tak ada gaji tetap, kita ada komisyen, untung runcit, kita ada bonus macam car bonus, coordinator incentive bonus kalau bisnes Shaklee, tapi tu semua tak tetap. Bukan masuk macam orang makan gaji.

Semua nya bergantung dengan apa kita buat, itulah hasil kita tuai. So masukkan yang amount ni, dalam account semasa. 


Setiap bulan bank akan nampak kemasukan yang konsisten, kalau Shaklee bonus masuk setiap 14hb.

Dan, setiap transaction guna current account. Customer bank in ke current account.

Gajikan diri sendiri


Bila dapat bonus, dan untung runcit bulanan, contohnya kita dapat dalam RM2000 bulan pertama berniaga, gajikan diri kita dengan RM500, selebihnya biar dalam current account, agar kita tak rompak duit bisnes kita.

Pastikan amount yang kita gajikan diri ni, adalah konsisten dan sama untuk tempoh masa tertentu. Bila bisnes dah capai next step, baru kita boleh naikkan gaji.


Masukkan gaji yang kita tetapkan sendiri, dalam akaun simpanan peribadi😁

Duit dalam current tadi, duit company kita tak boleh kacau, boleh ke boleh?

Bayar cukai pendapatan


Orang bisnes lagi untung kalau bab cukai pendapatan, sebab lebih banyak pelepasan cukai😁

Ada beza untuk orang bisnes dan makan gaji sahaja,  atau makan gaji dan dia buat bisnes dalam masa sama, dia dah layak untuk isi borang yang orang bisnes pakai.

Beza jugak pemilik enterprise dengan sdn bhd, tu bab lain pulak k!

Sebab apa kena bayar cukai? Selain dari bukti sayangkan negara😝, bank pun suka tengok kalau kita ialah seorang yang berdisiplin bayar cukai. Kita memberi sesuatu kepada negara, so bank akan sayang kita dan percayakan kita untuk diberi pinjaman untuk buat beli hartanah😊

Alert dengan CCRIS CTOS

Pengguna Iphone boleh download app CTOS kat appstore, pengguna android tak pasti ada ke tak boleh cuba cek😁

App ni sangat bagus, sebab kita boleh dapat report dari hujung jari, tak perlu ke bank negara.

Pastikan CTOS Report anda bertanda ‘0’ untuk sepanjang 6bulan-1 tahun, sebelum anda apply untuk buat pinjaman, bukan pinjaman peribadi k! Tu hutang jahat.

Apply untuk beli hartanah, ini hutang baik yang akan buat bank suka, dengan syarat kena bayar on time!


NAK SLIP GAJI WALAUPUN KERJA SENDIRI?


Tapi, Nina buat bisnes Shaklee, senang je, pakai slip gaji Shaklee, memang laku nak beli rumah, kereta atau tanah. Bawak 6 bulan punya statement, tunjuk kat bankπŸ˜‰


Slip ni memang laku tau! Provided bisnes awak berjalan dan awak memang layak dapat pinjaman bank.

Nak juga? Come and join us!

Pendaftaran dengan serendah RM79.50, dan mula berniaga untuk dapatkan 4-5-6 angka anda sekarang!

Agent dari Sarawak yang betul-betul nak ubah ekonomi, sangat dialu-alukan. Stop dreaming, start doing!

Sincerely,

Nina Salleh

012-3114040

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: