Menu

Bonus Shaklee Bayar Untuk Pengedar Yang Sah

Tadi sambil tunggu nak mula kelas, saya saja-saja buat semakan jumlah simpanan emas yang saya berjaya kumpulkan hasil dari berapa bonus Shaklee yang saya dapat setiap bulan.

Ya Allah, betapa teruja nya sebab dah ada 1 dinar emas dalam simpanan ni. Mungkin bagi orang lain, 1 dinar ni celah gigi je. Tapi untuk saya, 1 dinar ni sangat besar nilainya. Bermakna tinggal lagi 9 dinar untuk saya buat simpanan nak pergi Haji. Doakan semoga Allah swt mudahkan ya.

Simpan Emas hasil Bonus Shaklee

Sebenarnya sejak saya berhenti kerja kerajaan, memang saya tak pernah ada gaji bulanan. Senang cerita tak ada gaji tetap haa gitu. Kalau fikir logik akal, macam mana saya nak ada duit sendiri untuk buat simpanan emas kan.

berapa bonus shaklee
1 Dinar emas bersamaan 4.25 gram

Sebelum ni banyak bisnes juga yang saya pernah buat demi nak tambah pendapatan dari rumah, sambil jaga anak-anak. Ada yang saya menanggung kerugian dan ada yang terlanggar dinding. Rupanya Allah swt nak lorongkan saya dengan bisnes Shaklee. Alhamdulillah sebab bisnes Shaklee ni saya boleh buat dan fokus walau di mana saya berada.

berapa bonus shaklee
Kenangan jaga 2 orang anak sakit di wad

Bisnes berjalan seperti biasa walaupun anak masuk hospital, saya sendiri tak sihat atau pun kalau berada di luar kawasan. Asbab bisnes fleksibel begini memudahkan saya untuk bahagikan tugas sebagai isteri, ibu dan pemimpin perniagaan kepada kumpulan organisasi di bawah saya.

surirumah simpan emas
Bonus boleh disemak melalui atas talian

Hasilnya setiap bulan, dari bulan pertama saya buat keputusan untuk buat bisnes Shaklee iaitu pada bulan Jun 2016, saya tak pernah gagal daripada dapat dapat bonus yang Shaklee masukkan dalam akaun bank.

Daripada bonus Shaklee ni lah saya akan masukkan menjadi simpanan emas.

Satu Dinar Emas sebagai Permulaan

Sebelum ni saya pernah buat dalam bentuk gold bar, tapi sekarang saya nak simpan dalam bentuk dinar. Jadi ini lah dinar pertama dalam hidup saya. Yang buat lagi teruja sebab ia hasil daripada bonus Shaklee setiap bulan.

Setiap bulan saya akan masukkan amaun yang tak tetap. Kalau ada lebihan banyak, saya akan masukkan banyak. Kalau sedikit, paling kurang pun minimum RM100 sebagai simpanan emas.

cara simpan dinar emas
Impian untuk simpan dinar emas

Simpanan emas yang saya buat ni mudah sebab tak perlukan komitmen bulanan. Tetapi perlu ada duit. Buat apa-apa pun kena ada duit zaman sekarang ni kan.

Hari ni bila nampak jumlah 1 dinar emas tu saya jadi teruja. Itu baru 1 dinar. Kalau 10 dinar, terus melompat kat situ dah macam kera dapat bunga. Itulah antara sebab yang membuatkan saya terus berjuang dalam bisnes Shaklee. Saya sedar yang saya perlukan lebih banyak dinar untuk saya dan suami menunaikan ibadah haji. InsyaAllah.

Begitulah, impian dan cita-cita ni percuma saja. Antara impian terbesa dalam hidup saya ialah untuk pergi haji. Kalau kalian baca sampai sini, jangan lupa selitkan doa,

“Ya Allah, jemputlah Nina Salleh dan Suami untuk menunaikan ibadah haji dalam masa mereka masih sihat dan masih bertenaga untuk melaksanakan rukun haji”

Dinar Pertama dengan Bonus Shaklee

Selepas ada dinar pertama, insyaAllah akan ada yang seterusnya. Kalau boleh, saya nak masukkan jumlah yang konsisten setiap bulan supaya dapat capai simpanan emas yang saya target dalam tahun ini.

Bonus Shaklee yang masuk akaun bank setiap bulan memang 100% milik kita dan terpulang pada kita nak buat tambah simpanan, nak berjoli, nak beli barang rumah atau nak biar saja kat situ. Sumpah Shaklee tak akan persoalkan. Haha.

Untuk saya, selain buat simpanan emas, dengan bonus Shaklee ni saya bantu suami mana yang perlu, bayar yuran Kumon anak-anak, beli vitamin untuk saya dan keluarga, setelkan bil dan banyak lagi. Dalam kehidupan saya dan suami, bonus Shaklee ni antara penyumbang terbesar untuk kehidupan kami sekeluarga.

Berapa bonus Shaklee setiap Bulan

Bonus Shaklee yang masuk akaun bank memang tak tetap, bukan macam gaji kerja masuk amaun sama setiap bulan. Bila buat bisnes Shaklee, dah namanya pun bisnes jadi perlu ada jualan. Bonus Shaklee pula akan bergantung kepada jualan setiap bulan.

Bonus Shaklee saya yang pertama ialah RM200. Masa tu orang lain yang dah lama buat bisnes Shaklee, dah bina team yang besar dan mereka ada jualan kumpulan yang besar, bonus Shaklee mereka mencecah RM10,000. Fuh, masa tengok apa lagi saya terus menggelupur lah nak berhenti kerja.

Dalam hati dah bayangkan satu hari nanti saya akan genggam bonus Shaklee RM10,000. Syukur Alhamdulillah, tahun 2019 saya genggam bonus Shaklee RM10,000 yang pertama.

berapa bonus shaklee
Bonus ni boleh jadi macam gaji untuk surirumah macam saya

Kalau tak ada komitmen lain, boleh je terus masukkan jumlah bonus Shaklee tu sebagai simpanan emas. Saya memang ada lah komitmen hutang jahat hasil kerja kerajaan dulu kala.

Sampai sekarang saya masih perlu menanggung hutang jahat masa lalu. Sebab itu kalau nak mulakan bisnes, elakkanlah terjebak dengan personal loan.

Macam bisnes Shaklee, nak mulakan bisnes dengan RM35 boleh terus join. Tak payah susah-susah nak buat personal loan, perkara tu akan membebankan satu hari nanti.

Macam mana nak mula bisnes Shaklee

Sebenarnya cara nak dapat bonus Shaklee tak susah pun. Hanya perlu buat jualan. Bukan saja dapat bonus Shaklee, tapi untung runcit hasil jualan kepada pelanggan yang belum daftar sebagai ahli Shaklee.

cara buat bisnes shaklee
Pengeposan boleh dibuat melalui web, kita akan dapat untung runcit

Istimewa untuk raya aidilfitri nanti kan, team Shaklee organisasi saya lancarkan kempen untuk buat duit raya. Sempena dengan promosi untuk puasa bertenaga dari Shaklee juga.

dhuit raya tanpa modal
Buat duit raya tanpa modal

Setiap set ni dijual dengan harga RM250, keuntungan RM50. Dan akan dapat juga mata ganjaran dari jualan tersebut. Inilah yang akan menentukan berapa bonus Shaklee yang kita bakal dapat.

puasa bertenaga
Dengan setiap set terjual, untung runcit RM50

Cara dah ada depan mata. Kaedah pun yang dah terbukti menjadi dan berkesan. Jangan tunggu lama-lama sebab nanti akan merugikan masa. Ambik peluang bulan puasa ni untuk bantu orang puasa bertenaga di sambing tambah duit untuk belanja hari raya nanti.

Bisnes Yang Mudah dan Dipercayai

Daftar sebagai ahli Shaklee dengan RM35 je, kalau buat insyaAllah dapat hasil. Tapi kalau lepas daftar ahli Shaklee dengan RM35, tetiba rasa macam taknak buat bisnes Shaklee, tidak lah terasa rugi sangat RM35 tu. Lagipun setiap yang daftar terus dapat beli dengan harga ahli, memang untung sangat-sangat.

Shaklee bayar bonus kepada pengedar yang sah tanpa gagal. Shaklee ada track record yang baik sejak 30 tahun di Malaysia, dan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan di dunia sejak 1956.

student buat bisnes online
Pelajar universiti pun dapat bonus Shaklee

Bisnes Shaklee memang sesuai dijadikan sebagai medium untuk tambah simpanan, emas atau selesaikan komitmen. Saya berbesar hati nak bantu dan guide yang nak mulakan bisnes Shaklee. Pengalaman guide dan bantu ratusan team bisnes untuk dapat pendapatan dua, tiga dan empat angka setiap bulan sejak 2016.

Jangan takut dan jangan segan sebab nak buat bisnes Shaklee ni tak perlu pengalaman bisnes bertahun-tahun pun. Syarat untuk mula bisnes pun tidak dibezakan dengan tahap pelajaran atau ijazah.

Berbekalkan kecekalan hati, kekuatan diri dan impian yang besar, kita semua boleh mula bisnes Shaklee dan terima bonus setiap bulan macam gaji walaupun tak berkerja.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee & Pemimpin Bisnes Shaklee

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: