Keputihan ialah cairan yang keluar dari saluran vagina secara semulajadi, berfungsi untuk membersihkan dan melindungi kawasan sensitif tersebut daripada bakteria dan kuman serta menjaga keseimbangan pH vagina.
Biasanya, keputihan ini terdiri daripada sel-sel kulit mati, lendir, dan bakteria baik yang membantu mengekalkan kesihatan kawasan intim.
Cairan keputihan ini biasanya jernih atau berwarna putih susu, tidak berbau kuat, dan jumlahnya boleh berubah mengikut fasa kitaran haid, kebersihan, dan keadaan hormon badan.

Ia merupakan proses normal yang berlaku setiap hari dan menandakan fungsi sistem reproduksi wanita sedang berfungsi dengan baik.
Namun, apabila keputihan keluar dalam jumlah berlebihan, berwarna selain putih jernih, berbau tidak sedap, atau disertai gejala lain seperti gatal dan panas, ia boleh menjadi tanda adanya jangkitan atau masalah kesihatan lain yang memerlukan perhatian. Sebab itu penting untuk wanita memahami apa itu keputihan dan bila ia perlu menjadi siganl kepada masalah kesihatan.
Sebelum saya kongsi cara untuk hilangkan keputihan, ini pengenalan sedikit tentang keputihan.
Apa Itu Keputihan Normal?
Keputihan normal adalah lendir berwarna jernih atau putih susu, tanpa bau yang kuat, dan biasanya muncul:
- Ketika hampir waktu subur (pertengahan kitaran haid atau fasa ovulasi)
- Ketika terangsang secara seksual
- Sebelum dan selepas haid
- Ketika mengandung

Ia tidak gatal, tidak berbau busuk, dan tidak menyebabkan ketidakselesaan. Keputihan jenis ini dianggap normal dan tidak berbahaya.
Bila Keputihan Jadi Tidak Normal?
Keputihan dianggap tidak normal apabila:
- Banyak hingga membasahi pakaian dalam sepanjang masa
- Berbau kuat atau hanyir
- Berwarna kuning, hijau, kelabu atau coklat
- Disertai dengan gatal, panas, pedih atau sakit semasa buang air kecil
Keadaan ini mungkin berpunca daripada jangkitan yis (kulat), bakteria atau parasit, atau tanda ketidakseimbangan hormon dan pH dalaman.

Punca Keputihan Berlebihan & Berbau
1.Jangkitan Yis (Candida)
- Biasanya keputihan pekat seperti susu basi, gatal dan merah di sekeliling faraj.
- Berlaku bila bakteria baik berkurang, contohnya lepas makan antibiotik.
- Keputihan cair, kelabu dan berbau hanyir.
- Disebabkan pertumbuhan berlebihan bakteria ‘jahat’ dalam faraj.
3. Ketidakseimbangan Hormon
- Bila estrogen tak stabil, lendir keputihan juga berubah kuantiti & warna.
- Biasa terjadi selepas bersalin, menyusu atau menjelang menopaus.
4. Pemakanan & Gaya Hidup
- Pengambilan gula berlebihan dengan berterusan, kurang serat, kurang air dan stres kronik boleh ganggu keseimbangan dalaman wanita.
5.Kebersihan Intim Tidak Betul
- Penggunaan sabun berpewangi, panty liner harian tanpa tukar kerap atau seluar dalam yang ketat boleh undang masalah keputihan yang tidak normal.
Bahaya Jika Dibiarkan Tanpa Rawatan
Keputihan yang berlarutan tanpa rawatan boleh menyebabkan banyak masalah. Sebolehnya kita cuba cari cara untuk hilangkan keputihan yang tidak normal agar tidak berulang.

- Jangkitan merebak ke rahim atau saluran fallopio
- Risiko ketidaksuburan
- Gangguan kitaran haid
- Rasa tidak selesa dan kurang keyakinan diri
- Bau yang tidak menyenangkan ketika bersama suami
Sebab tu penting untuk rawat dari dalam, bukan sekadar guna pencuci atau ubat sapu.
Cara Semula Jadi Hilangkan Keputihan Tidak Normal
1.Jaga Kebersihan Kawasan Intim
- Cuci dengan air bersih, elak sabun kuat.
- Tukar pakaian dalam sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
2.Kurangkan Pengambilan Gula
- Gula tinggi menyuburkan yis dan bakteria dalam tubuh.
3.Ambil Makanan Tinggi Serat & Probiotik
- Serat bantu proses detoks, probiotik bantu imbangi flora dalaman wanita
4.Pastikan Buang Air Besar Lancar Setiap Hari
- Jika sembelit, toksin dalam badan akan terkumpul. Ini akan ganggu keseimbangan hormon dan beri masalah kepada kesihatan.
Suplemen Untuk Wanita Atasi Keputihan Secara Semula Jadi
Beberapa suplemen semula jadi boleh bantu dari akar. Ia penting untuk bantu detoks, imbangi hormon dan tingkatkan sistem imun. Antara yang wajib dan perlu diamalkan ialah:

1.Alfalfa Complex
- Bertindak sebagai pembersih dalaman dan agen detoks lembut.
- Sangat membantu kurangkan keputihan dan bau badan dari dalam.
- Bertindak macam kacip fatimah, sebagai jamu moden yang bagus untuk wanita berkahwin juga.
2.Herblax
- Herba semula jadi yang bantu melancarkan sistem penghadaman dan pembuangan.
- Bila usus bersih, hormon pun lebih stabil — bantu atasi keputihan yang berpunca dari toksin dan sembelit.
3.PreProbiotik
- Bantu imbangi bakteria dalam usus dan kawasan intim.
- Sesuai diamalkan harian untuk cegah jangkitan berulang.
- Akan bantu baiki kesihatan dalaman terutama untuk penghadaman.
Bila Perlu Jumpa Doktor?
Walaupun keputihan biasa boleh dirawat secara semula jadi, keadaan ini memerlukan rawatan jika:
- Keputihan disertai demam atau sakit perut
- Bau sangat kuat & tidak hilang walaupun jaga kebersihan
- Warna lendir sangat luar biasa (coklat/berdarah)
- Gatal, bengkak dan pedih berpanjangan
Doktor mungkin akan buat ujian swab untuk kenal pasti punca sebenar. Dan berikan ubat yang bersesuaian dengan punca jangkitan.
Jaga Kesihatan Dalaman, Bina Keyakinan Diri
Keputihan bukan isu remeh. Ia adalah cerminan kesihatan dalaman wanita. Bila hormon stabil dan usus sihat, keputihan pun kembali normal. Jangan malu atau tunggu teruk baru bertindak.
Ambil langkah bijak dari sekarang. Mula jaga pemakanan, detoks tubuh dan beri sokongan nutrisi semula jadi untuk tubuh kekal sihat, segar dan yakin dalam hubungan suami isteri dan kehidupan harian.
Nina Salleh | Diet&Kesihatan Wanita | 0123114040