Menu
jenis kulit muka

Cara Mudah Untuk Kenalpasti Jenis Kulit Muka

Teringin nak tahu jenis kulit muka sebab pernah pergi ke Sephora atau ke supermarket di bahagian produk penjagaan produk, kemudian waktu pegang dan belek-belek untuk baca label di botol, tetiba ada salesperson yang menyapa dan bertanyakan soalan maut,

“Kulit awak jenis macam mana ya?”, ah sudah, memang susah nak jawab soalan ni.

Tetiba juga lah kita baru nak pegang kulit untuk rasa kulit muka ni berminyak ke, atau kering, atau biasa je. Atau lebih mudah pergi letak semula botol skincare sebab tak reti nak jawab soalan maut tu.

Jenis-Jenis Kulit Muka

Jenis kulit muka bergantung kepada tahap kelembapan kulit setiap individu. Kulit yang sihat memerlukan kelembapan yang tinggi. Namun, badan kita tidak selalunya beri kerjasama yang baik. Dari situ akan timbul masalah kulit kering dan berminyak, terlampau berminyak, terlampau kering dan sebagainya.

Ciri-ciri kulit muka

1.Kulit Biasa

Kulit biasa tidak terlalu kering ataupun berminyak, ia:

  • Pori yang seakan-akan tidak kelihatan
  • Tidak sensitif
  • Kulit nampak lebih berseri-seri
  • Kulit Berminyak

2.Kulit Kering

Kulit kering boleh nampak seperti bersisik, gatal dan tidak selesa. Ia boleh kelihatan pada bahagian lengan dan kaki.

Di muka, ia boleh nampak seperti:

kulit muka kering
Kulit kering lebih kasar dan tidak nampak pori
  • Tidak ada pori
  • Permukaan kulit nampak lebih kasar
  • Kedutan dan garis halus lebih menyerlah
  • Kulit tidak anjal

3.Kulit Berminyak

jenis kulit muka
Kulit nampak bersinar dan pori lebih jelas kelihatan
  • Pori yang besar
  • Kulit nampak berkilat atau bersinar
  • Lebih mudah naik jerawat dan blackheads

Pilih produk yang tidak menyumbatkan liang pori atau noncomedogenic untuk mengurangkan masalah kulit berminyak.

4.Kulit Sensitif

Kulit sensitif boleh dibezakan dengan:

  • Kemerah-merahan
  • Kepanasan
  • Kekeringan
  • Kegatalan
kulit muka sensitif
Kulit gatal dan boleh jadi rasa pedih

Masalah kulit yang sensitif boleh diatasi dengan mengetahui dan mengelakkan punca-punca yang menerukkan keadaan kulit.

5.Kulit Kombinasi

Kulit muka boleh jadi normal di kawasan lain, manakalah berminyak atau kering di kawasan yang lain.

Perkara yang mempengaruhi jenis kulit

Di sebalik jenis kulit yang kita ada hari ini, beberapa perkara mempengaruhinya. Antaranya ialah:

  • Faktor genetik atau keturunan
  • Umur
  • Perubahan hormon
  • Bahan-bahan yang terkandung dalam pencuci muka serta sabun

Cara Untuk Kenalpasti Jenis Kulit Muka

Ini cara paling mudah dan boleh dibuat dari rumah sahaja. Selepas buat teknik ini, dah boleh pergi jumpa salesperson yang tanya jenis kulit dan jawab dengan penuh yakin sambil fliphair okeh.

Guna cermin dan kertas blot

Cara untuk kenalpasti jenis kulit muka dengan cermin dan kertas blot, hanya ikut langkah di bawah:

  1. Bersihkan muka dengan pencuci muka dan bilas dengan air seperti biasa
  2. Biarkan selama 2 jam tanpa apa-apa make up atau rutin penjagaan wajah yang lain
  3. Letakkan kertas blot pada bahagian pipi, atas hidung dan dahi (T-zone)
  4. Perhatikan lekatan antara kertas blot dan muka.

    cara kenal jenis kulit muka
    Kertas untuk serap minyak

Keputusan ujian kertas blot:

  1. Sekiranya melekat dan berminyak, itu tanda kulit berminyak
  2. Sekiranya langsung tidak melekat, tandanya kulit kering
  3. Sekiranya melekat tetapi tidak ada minyak yang banyak, itu tanda kulit biasa

Guna Cermin Sahaja

  1. Bersihkan muka dengan pencuci muka
  2. Biarkan selama satu jam tanpa apa-apa make up atau rutin penjagaan wajah yang lain
  3. Perhatikan kulit di depan cermin termasuk size pori.cara kenal jenis kulit

Keputusan ujian:

  1. Sekiranya kulit terasa seperti tertarik dan sakit dengan ekspresi muka, ia tanda kulit kering
  2. Sekiranya kulit nampak bersinar dan berminyak, itu tanda kulit berminyak
  3. Sekiranya kulit seperti pedih dan kemerahan, itu tanda kulit sensitif
  4. Sekiranya rasa seperti biasa dan tidak ada apa-apa masalah, tadah tangan dan beryukurlah kerana kulit normal.

Untuk menambah baik kesihatan kulit, pilih produk penjagaan wajah yang sesuai. Ada pilihan yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan produk yang sesuai untuk semua jenis kulit. Tidak kiralah apa jenis kulit sekalipun, ia tetap beri manfaat dan kesan kulit yang lebih sihat.

Komited untuk kesihatan yang lebih baik,

Nina Salleh

 

 

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: