Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the orchard domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/u395379342/domains/ninasalleh.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 6131
Tips Ibu Hebat – Page 9 – Kesihatan Wanita

Cara Bakar Lemak di Perut Dengan Cepat

Biasa kalau lepas bersalin, bila lemak di perut dah macam tayar spare mesti gelabah, lagi teruk bila ada yang tegur “ada isi ke tu, sis?” padahal baru je bersalin. Ah ghisau.

IRamai salah faham ingatkan perut buncit ni sebab beranak ramai, akibat mengandung banyak kali jadi otot perut jadi longgar. Tetapi punca utama perut buncit ialah pengumpulan lemak di perut. Yang merisaukan sebab ia boleh jadi tanda-tanda awal penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan banyak lagi.
Bahaya Lemak Di Perut
Bahaya perut buncit disebabkan oleh pengumpulan lemak beri tanda kesihatan kita dalam bahaya. Ada dua jenis lemak yang menyebabkan perut buncit:
1.Lemak subcutaneous 
Lemak yang ada di bawah kulit.
2.Lemak visceral
Lemak yang ada di sekeliling organ.

Punca lemak terkumpul apabila ada lebihan karbohidrat yang disimpan sebagai tenaga simpanan (reserved) untuk digunakan bila perlu. Keadaan bertambah teruk, perut pun akan bertambah buncit bila glukosa yang masuk melebihi tenaga yang digunakan.
Cara Bakar Lemak Perut dengan Cepat
Cara mudah untuk bakar lemak di perut hanya buat langkah ni dengan konsisten, tak perlu guna mesin atau buat pembedahan.
1.Puasa Berkala
Sebenarnya saya adalah orang yang paling menolak idea puasa berkala atau intermittent fasting (IF) sejak dulu lagi. Masa orang lain dah buat IF, saya masih lagi degil.

Saya fikir kalau nak puasa, lebih baik puasa sunat berbanding IF. Iyalah dapat juga pahala. Akhirnya saya jadi orang yang makan berlebih-lebih, makan tanpa henti dan tak rasa kenyang. Inilah penyakit yang saya dapat, gejala rintangan insulin yang boleh bawa kepada banyak penyakit kronik!

Sejak itu saya belajar sunat memang lebih baik. Tetapi untuk hari yang kita tak mahu puasa sunat, sekurangnya IF akan membantu mengawal diri dari makan tanpa henti. Saya pun belajar dan berdamai dengan takdir bahawa IF ni pun tak kurang pahala kalau kita niat sebagai ibadah, dengan syarat tak buat kesilapan bila IF ni.

Lepas konsisten buat IF dan ikut meal plan yang betul, saya dapat sarung semula baju akad nikah yang berusia 12 tahun. Proses bakar lemak perutlebih mudah dengan IF.
Puasa berkala dan kesihatan 
Buat IF tidak bermakna perlu kurangkan makan. Tapi lebih kepada kurangkan kekerapan makan untuk jaga ‘kesihatan’ insulin.

Sebab itu ramai yang dah buat dan dapat kurangkan keterukan penyakit kencing manis, darah tinggi dan terbaru buah pinggang pun bertambah baik.
2.Kurangkan Pengambilan Sumber Karbohidrat
Dalam badan orang yang normal, pengambilan sumber karbohidrat, lebihan darinya akan disimpan sebagai lemak dalam proses hepatic lipogenesis.

Sebenarya proses ni berlaku untuk jadikan karbohidrat yang berlebihan sebagai tenaga simpanan dalam bentuk lemak. Namun bila tidak diguna, dan simpanan berlebihan maka jadilah masalah lemak bertambah yang menyebabkan obesiti.

Jadi, untuk elakkan pertambahan lemak dalam badan, kurangkan pengambilan sumber karbohidrat dalam hidangan harian.
3.Lebihkan Serat, Protein dan Lemak Sihat dalam Sajian
Proses pembakaran lemak di perut sangat bergantung kepada apa yang kita makan. Lemak bukan dihasilkan dari makan lemak, sebaliknya dari pengambilan karbohidrat berlebihan.

Untuk bakar lemak kita mesti menggunakan lemak sedia ada sebagai tenaga. Anggaplah lemak yang sedia ada di perut dan dibahagian dalam badan sebagai duit simpanan. Manakala karbohidrat yang kita makan sebagai duit poket.

Dalam keadaan duit poket habis, kita akan gunakan duit simpanan. Itu yang kita nak supaya dapat bakar lemak perut dengan mudah.

Jadi pastikan dalam sajian yang diambil, kurangkan portion karbohidrat.
4. Bersenam
Kita semua tahu senaman penting untuk kesihatan jantung dan otak yang cerdas. Tidak lah perlu berhabisan sehingga membebankan, buatlah semampu kita asalkan boleh konsisten.

Kalau surirumah yang banyak kerja, menyapu, mop lantai dan aktiviti kemas rumah lain pun dikira sebagai senaman. Bila bersenam, tenaga simpanan iaitu lemak akan digunakan. Jadi begitulah cara mudah untuk bakar lemak di perut juga.
5. Kawal Keseimbangan Bakteria Usus
Antara yang penting tapi sering dilupakan ialah keseimbangan bakteria usus. Bukan saja bakteria, tapi dalam usus kita ada triliun hidupan dan masih banyak yang tidak dikenalpasti.

Anggaplah usus kita sebagai hutan yang ada banyak hidupan saling berkait untuk kekalkan ekosistem. Bakteria jahat dan baik perlu seimbang. Bakteria inilah yang mengawal selia berat badan kita.

Tanpa bakteria baik, toksin tidak akan diserap. Tanpa bakteria jahat pula, tidak seimbanglah ekosistem hutan kita. Jadi keduanya diperlukan dalam keadaan seimbang.

Makanan baik untuk bakteria:

Yogurt, perlu elakkan dari low-fat sebab tinggi gula
Cheese seperti mozarella dan cheddar
Makanan yang melalui proses penapaian-tapai, belacan, cuka epal

Makanan yang perlu dielakkan:

Gula
Pemanis tiruan
Antibiotik guna bila perlu

Ikut dengan konsisten 5 cara untuk bakar lemak perut tanpa pembedahan atau mesin yang mahal-mahal. Untuk betulkan pemakanan dan dapat turunkan berat badan dengan makan sedap, boleh join diet FBM.
Nina Salleh | Coach Diet FBM

Continue reading
1

Tips Diet Berkesan Kurus Walaupun Selepas Raya

Lega sangat bila ikut tips diet berkesan, sebab boleh kekalkan berat badan walaupun selepas raya. Orang sekeliling rata-rata mengadu berat naik banyak sangat. Iyalah, sebulan menahan lapar di waktu siang. Bila boleh makan, terus lupa diri.

Itu yang silap bila buat apa-apa jenis diet. Diet yang kita pilih tak mampu dijadikan ‘lifestyle’, malah hanya untuk turun berat ke angka tertentu atau untuk pakai baju tertentu. Lepas dah dapat capai, kembali ke habit yang sama.
Tips Diet Berkesan Walaupun Lepas Raya
Ini beberapa tips diet berkesan supaya berat badan tidak naik mendadak walaupun selepas raya.
1.Pilih Diet Yang Sesuai dengan Gaya Hidup
Ada banyak jenis diet kat luar sana. Cuba kaji dan pilih ikut kesesuaian sendiri. Supaya kita boleh kekalkan ikut diet ni walaupun dah capai berat ideal.

Kalau awak orang yang tak suka makan sayur, jangan pilih diet yang wajibkan kita makan sayur setiap hari. Begitulah.

Untuk cara diet FBM, fokus kami bukan hanya turun berat, tapi juga untuk kesihatan dalaman.

Sebab tu bila dah buat diet FBM, antara feedback lain selain berat turun:

Doktor turunkan dos ubat darah tinggi
Tak jadi buat tapak dialisis sebab ada improvement pada tahap buah pinggang
Mengandung selepas ikhtiar hamil (TTC) bertahun-tahun
Bacaan gula dalam darah terkawal
Tidur berkualiti selepas berpuluh tahun tidur terganggu

Kalau fokus untuk jangka masa panjang, diet FBM sesuai untuk awak.
2. Jaga Waktu Tidur
Ramai yang ubah diet pemakanan saja, tapi tak jaga waktu tidur. Tidur yang cukup dan berkualiti bukan untuk turun berat dan diet berkesan saja, tapi ia akan menentukan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Risiko penyakit kronik sangat tinggi tanpa tidur yang cukup dan berkualiti. Tak kiralah macam mana jaga pemakanan, betapa banyak bersenam tapi kalau tak jaga tidur, tetap bahayakan kesihatan.

Tips untuk jaga waktu tidur:

Tidur pada waktu yang sama setiap hari
Betulkan ‘biological clock’ dengan tidur sebelum jam 11 malam, dan bangun seawal jam 5 pagi. Bukan tidur 3 pagi dan bangun jam 12 tengahari.
Tutup lampu waktu tidur supaya otak betul-betul dapat berehat
Jauhkan dari skrin sebelum tidur
Elakkan makan sebelum tidur

3.Amalkan Rutin Puasa secara Konsisten
Amalan puasa bukan saja boleh dibuat pada bulan Ramadan, sebaiknya teruskan berpuasa pada hari Isnin, Khamis, dan waktu tertentu yang disunatkan.

Bagi yang tidak mampu atau ada kekangan, buat puasa berkala atau intermittent fasting. Bukan hanya untuk diet turunkan berat badan, ia akan membantu merehatkan usus dan juga mengawal diri daripada makan dengan kerap dan berlebihan.

Puasa berkala yang betul akan memberikan impak yang besar pada tahap kesihatan.
4.Pilih Makanan Yang Betul
Pemakanan akan menyumbang 80% kepada tahap kesihatan badan. Untuk diet berkesan, ubah 80% pemakanan dan 20% senaman. Antara perkara yang perlu dibetulkan dalam pemilihan makanan ialah kurangkan portion karbohidrat.

Salah satu cara untuk kurangkan karbohidrat terutama dalam bentuk nasi ialah dengan lebihkan protein. Mulakan pengambilan protein seperti lauk pauk sebelum jamah nasi. Sebab nasi sifatnya memberi ketagihan. Untuk kurangkan nasi memang perlukan latihan.

Pilihan lain ialah dengan minum protein ESP sebelum makan. Ia akan bantu kurangkan rasa nak makan nasi.
5. Jangan Bandingkan Diri Dengan Orang Lain
Perjalanan untuk turun berat badan setiap dari kita pastinya berbeza. Badan manusia Allah swt ciptakan dengan sangat kompleks. Bukan sekadar seperti mesin-mesin di kilang. Dalam setiap tubuh ada sel yang turut sama berkerja.

Kalau orang lain dapat turun berat 5Kg dalam seminggu, teruskan saja walaupun kita nak turun berat 1KG pun susah. Selain tu, jangan hanya tengok angka pada penimbang.

Buat juga ujian komposisi badan untuk periksa tahap lemak, otot, protein dan lain-lain dalam badan. Ujian komposisi badan (inbody analysis) boleh dibuat secara percuma dengan tempah slot di sini.

Kesimpulannya, untuk sesuatu diet berkesan perlu ukur dengan kesesuaian diri sendiri. Apa pun kena paksa diri untuk konsisten sebab tubuh badan ni amanah dan nak pakai lama.
Nina Salleh | Coach Diet FBM
 

Continue reading

Pengalaman Bercuti di Rumah Tepi Sungai

Cuti sekolah kali ni saya bagi anak-anak pengalaman baru, merasa bermalam dan bercuti di rumah ala-ala kampung di tepi sungai. Dah lama saya berniat nak bagi anak-anak rasa macam ni.

Walaupun tak sama macam kampung asal saya, tapi ada lah “vibes” tu. Bukan dalam selesa yang ada aircond macam duduk hotel, itulah pengalaman mahal yang anak perlu rasa sekurang-kurangnya sekali.

Tapi sebenarnya lepas habis bercuti di sini, saya rancang untuk cari banyak lagi tempat bercuti ala kampung begini.
Pakej Rumah Penginapan
Istimewa rumah ni untuk setiap hari bermalam, akan disediakan sarapan pagi dan makan tengahari.

Untuk makan tengahari, semuanya lauk kampung boleh pilih antara ikan keli, kembung atau talapia. Gabungan pula sayur lemak pucuk paku, sayur lemak labu dan sayur lemak bayam. Itulah gabungan sempurna menu orang-orang kampung.

MasyaAllah sedap tak terkata!
Tempahan Rumah untuk Bercuti di Tepi Sungai
Saya booking bilik ni seminggu sebelum kami datang sini. Bilik kat sini tak banyak unit, tapi kawasan memang kawasan kampung.

Jadi bila datang sini, jangan lah expect semuanya disambut dengan aircond dan ada yang mengangkat beg.

Kena harung naik turun tangga dengan bawa bag sendiri. Ada susahnya tapi berbaloi sangat, anak-anak pun boleh merasa.

Cara booking pula sangat mudah, hanya pergi laman sesawang rasmi rumah sungai, pilih tarikh, pilih rumah yang berkenaan kemudian terus buat bayaran.

Harga semuanya termasuk dengan sarapan 3 bungkus nasi lemak (boleh tambah dengan bayaran tambahan) dan makan tengahari mengikut set yang disediakan.
Aktiviti di Rumah Tepi Sungai
Sejujurnya saya sangat berpuas hati dengan pengalaman kami bercuti di tepi sungai ni.

Untuk hari kedua, saya pilih duduk dalam khemah. Untuk khemah ni, memang sah-sahla tandas di luar. Bagi anak-anak pengalaman, sebelum masuk ke campsite yang sebenar, itu pun dah lama masuk mimpi cuma belum tahu bila akan jadi realiti.

Dengan anak 4 orang ni saya memang suka, tapi sebab part renyah tu saya serahkan pada suami untuk uruskan, jadi bagi dia masa🤣

Ada banyak kemudahan kat sini. Bebas nak memasak kalau bawa alatan semua. Itu yang saya kesal tu. Dah booking awal pun belum cukup bersedia😅

Jadi yang mana sedang merancang untuk datang sini, bawa je periuk nasi dan dapur kecik yang macam ni boleh beli di sini, makanan simple serta ikan, ayam perap siap boleh berkelah ala-ala BBQ dengan keluarga. Jadi sangat seronok dan penuh dengan aktiviti.

Antara peralatan penting yang perlu ada ialah ubat nyamuk, mosquito repellent dan juga krim Herbal Blend . Kalau kena gigit nyamuk, sapu tu je insyaAllah cepat surut bengkak atau gatal.

Kat sini, ubat nyamuk yang gulung asap tu disediakan di khemah. Dalam bilik pula ada yang jenis spray.

Percutian dengan Pengalaman Baru
Waktu tengahari kalau nak duduk dalam bilik memang masak ye, sebab panas dengan atap zink. Meruap dan rasa macam sedang dikukus haha.

Tapi mujurnya kat sini bila terasa bahang panas boleh je terus berendam dalam sungai tu, memang menggeletor pulak sejuknya terasa sampai ke tulang sumsum.
Melawat Mini Amazon
Alang-alang dah kat Lenggong, kami ambik peluang naik bot pusing tasik. Ini Tasik Chenderoh asalnya limpahan dari Sungai Perak.

Tapi sekarang terkenal dengan nama Tasik Raban, atau Mini Amazon di Malaysia.

MasyaAllah cantik sangat ciptaan Allah swt ni, memang indah, tak terkata, lukisan alam ni menang mendekatkan kita dengan Dia.

Bot ni ada pakej untuk 1 bot penuh, boleh pilih 1 jam, 2 jam atau 3 jam. Banyak pakej yang ada. Kami pergi dengan pakcik ni, atas rekomendasi pemilik Rumah Sungai. Boleh terus berhubung dengan beliau.

Tasik Chenderoh adalah penting bagi kegiatan pelancongan, pengairan, perikanan air tawar dan penjanaan kuasa hidroelektrik.

Ia terbentuk dengan pembinaan Empangan Chenderoh, empangan pertama dibina di Malaysia sekitar tahun 1930, menjadi empangan terbesar Asia Tenggara pada ketika itu.

Empangan ni menampung 50 juta gelen air lalu membentuk sebuah tasik buatan manusia seluas 10 batu persegi.
Betolak Balik Ke Kuala Lumpur
Balik dari bersiar di tasik, kami jamu hidangan makan tengahari sebelum bertolak balik. InsyaAllah ada rezeki nak datang lagi dengan peralatan memasak, baru lah ada tambah lagi feel camping tuu.

Pengalaman dan perasaan mandi air sungai pagi hari memang takkan kami lupakan. Harap jadi memori indah untuk anak-anak.
Nina Salleh | Empowering moms

Continue reading

5 Menu Sahur Kenyang Lama Untuk Seisi Keluarga

Menu sahur kenyang lama untuk seisi keluarga ni saya memang dah amalkan sejak beberapa tahun lalu. Cuma ada yang baru bertambah, pendek kata yang saya kongsikan ni saya dan keluarga dan cuba. Alhamdulillah, walaupun berpuasa, anak-anak pun kekal cergas tak melepet.

Berbeza sangat dengan zaman saya dulu. Kalau balik sekolah je mesti melepet dan lemah longlai nak tunggu pukul 7. Dah rupa mayat hidup. Haha. Kenangan tak boleh lupa, masa darjah 3 saya pernah berbuka puasa sebab tengok orang makan nasi lauk ikan rebus goreng dengan kicap. Bau menu tu walaupun simple tapiu semerbak dan boleh buat iman tergugat. Haha. Masa itulah.
5 Menu Sahur Kenyang Lama Untuk Dicuba
Sekarang ni saya pun dah ada anak-anak yang berpuasa. Jadi sebolehnya nak cuba beri mereka makanan yang terutama menu sahur ni supaya kenyang lama dan bertenaga.

Cubalah sebab untuk anak-anak saya yang umur 11, 8 dan 6 tahun yang berpuasa, menu ni sangat membantu mereka.
1.Air Nabeez
Rupanya air nabeez (air rendaman buah) ni ialah air kegemaran nabi kita, Nabi Muhammad saw.

Untuk keluarga saya, kami baru mula amalkan sejak tahun lepas. Setiap malam sesudah terawih, saya buat air nabeez menggunakan buah kurma sebab satu keluarga akan minum. Kalau tak minum kosong pun, saya akan campur dengan menu lain.

Cara nak buat air ni senang je. Pertama sekali ambil 7 biji kurma Ajwa (atau berapa saja dan apa jenis kurma pun) kemudian buang bijinya. Kedua, kurma tadi direndam dalam 500ml-1000L air untuk satu malam. Keesokan hari boleh terus minum. Memang sedap dan memberi banyak manfaat kesihaatan.

Mestilah apa-apa yang Nabi kita amalkan beri banyak kebaikan kan.
2.Rolled Oat
Oat ni kalau nak makan pilih yang label rolled oats sebab ini kategori yang paling kurang diproses. Kalau bulan puasa, inilah menu yang saya akan top-up bagi anak-anak. Biasanya saya akan rendam semalaman dalam peti ais dengan air kosong supaya oat tu betul-betul kembang.

Rolled oat ni kategori makanan yang tinggi dengan serat dan protein, ia akan beri rasa kenyang lama dan perlahankan pembebasan tenaga. Pelbagaikan cara supaya tak bosan hehe. Salah satunya boleh buat biskut lembut saya kongsikan resepi di channel Telegram Mak Serba Boleh.

Jadi, tak hairanlah macam mana anak-anak dan saya serta suami pun boleh kekal bertenaga sampai petang.
3.Chia seed
Selain dari yang di atas, saya juga tambah chia seed dalam menu sahur kami sekeluarga. Chia seed ni bukan saja tinggi dengan serat, tapi ia bekalkan anti-oksidan dan omega-3 untuk tubuh badan.

Macam-macam cara boleh makan chia seed termasuk buat puding dan campur dengan protein shake. Yang kedua ni pilihan saya sekeluarga.
4.Protein Shake
Dalam banyak-banyak, ini yang saya wajib adakan di rumah iaitu protein shake. Selain dari bebaskan tenaga perlahan-lahan, dan tak naikkan insulin dalam badan, protein shake Shaklee dari soya non GMO, yang bekalkan asid amino lengkap untuk keperluan badan.

Menu yang sangat mudah hanya shake biar sebati dan boleh terus minum. Ini pun dah jadi kegemaran anak-anak saya.

Walaupun bukan bulan Ramadan, protein shake ni jadi pemula hari anak-anak. Sebelum ke sekolah, setiap kali bangun tidur inilah pilihan ‘susu sihat’ untuk anak-anak.
5.Telur
Telur makanan yang wajib ada di rumah. Walaupun bukan bulan puasa, inilah go-to menu selain dari protein shake.

Pelbagaikan cara hidangan telur. Kegemaran anak-anak telur scramble dan omelette. Penyediaan yang mudah, kenyang lama serta makanan ini padat dengan nutrisi.

Menu yang saya pilih dan amalkan ni supaya selari dengan amalan berpuasa untuk melatih dan membaiki kesihatan usus. Waktu inilah 30 hari peluang untuk kita jaga makan supaya dapat reset usus.

Sebab usus ni bukan saja untuk cerna makanan, ia juga jadi otak kedua yang akan beri signal kepada otak. Dan banyak juga masalah kesihatan berpunca dari usus yang tidak sihat.

Oleh itu, kesihatan badan bermula dari usus dan pemakanan yang sihat. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik dan dapat menikmati bulan Ramadan lebih baik dari sebelumnya.

Selamat mencuba menu sahur kenyang lama untuk kekal bertenaga di bulan puasa. Dapatkan set puasa Shaklee promosi di sini.
Nina Salleh| Empowering Moms

Continue reading

Cara Hilangkan Perut Buncit Pada Wanita

Penat tahan diri dari makan sebab nak diet, berpeluh-peluh setiap hari bersenam tapi tetap juga perut buncit masih setia bersama. Memang stres kan bila ada perut buncit. Kali ni saya nak kongsikan cara berkesan hilangkan perut buncit terutama untuk wanita.

Dulu saya pun percaya perut buncit wanita ni berpunca dari mengandung. Iyalah perut kita membesar, dan mengembang seiring dengan saiz rahim yang bertambah untuk menampung bayi. Tapi sebenarnya perut buncit berpunca dari pemakanan harian.
Bahaya Perut Buncit Wanita
Perut buncit bukan hanya buatkan kita hilang keyakinan diri, tapi ia datang dengan pakej masalah kesihatan yang kronik. Salah satu tanda badan ada rintangan insulin yang tinggi bila ada perut buncit. Dari sinilah masalah seperti penyakit jantung, kencing manis, kerosakan buah pinggang dan banyak lagi akan bermula.

Sebenarnya setiap orang akan ada perut buncit termasuklah yang kurus. Ia terhasil daripada pengumpulan tisu lemak di bahagian abdomen.

Ada dua jenis lemak pada perut buncit:
1.Lemak subcutaneous
Iaitu lemak yang berada di bawah kulit
2.Lemak viseral
Lemak yang terkumpul di sekeliling organ. Dalam jumlah yang betul, ia akan melindungi organ penting dan berfungi seperti kusyen.
Cara Hilangkan Perut Buncit 
Ada banyak cara yang terbukti berkesan untuk hilangkan perut buncit wanita. Ini antara yang membantu imbangi komposisi lemak, otot, air dan juga protein dalam badan.
1.Bersenam
Perkara yang menarik bila bersenam ialah ia bukan hanya membantu hilangkan perut buncit pada wanita, tapi juga memberi kesan kepada seluruh lemak dalam badan.

Kajian tahun 2013  (systematic review dan analisis meta) menunjukkan senaman aerobik seperti berjalan, joging, berlari, mendaki dan semua yang melibatkan jantung berdegup lebih kencang secara sederhana atau lebih tinggi berkesan menurunkan lemak pada abdomen.

Dalam banyak senaman, berjalan ialah yang paling mudah dan tidak terlalu beri tekanan kepada tubuh badan. Tahun 2017 ada kajian membuktikan berjalan 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu akan turunkan berat badan keseluruhan dengan diet yang betul.
2.Kawal Tekanan
Tekanan ni tak asing lagi dan ramai tahu ia bagi impak pada berat badan. Yang lagi teruk ia juga menyumbang kepada perut buncit.

Bila kita dalam keadaan tertekan yang berpanjang, badan akan merembeskan hormon kortisol yang terlebih. Hormon kortisol terlebih ada kaitan dengan peruyt buncit.

Lebih tinggi hormon kortisol, leboh buncit perut dan lebih tinggi lemak viseral. Dalam keadaan tertekan, badan akan mula craving makanan yang memberi kelegaan berbentuk tinggi gula, kalori kosong dan makanan proses. Tanpa kawalan pada tekanan, kitaran ini akan diteruskan.
3.Tidur yang Cukup
Tidur yang berkualiti dapat membantu mengurangkan tekanan. Secara tak langsung, ia mengurangkan perut buncit. Badan yang tidak mendapat tidur cukup akan merembeskan hormon ghrelin, leptin dan peptida YY. Kesemua ini akan memberi kesan pada menaikkan rasa lapar.

Bila makan, badan tidak akan mendapat signal perut sudah penuh terisi. Akhirnya kita akan terus makan dan menambah gula seterusnya menjadi lemak terkumpul di bahagian perut.

Tidur yang tak cukup terbukti meningkatkan risiko abdominal obesity. Dalam kajian ni, didapati subjek yang tidak mendapat tidur yang cukup mempunyai lemak badan 9% dan lemak viseral 11% lebih tinggi berbanding subjek yang dapat tidur cukup.
4.Diet dan Nutrisi
Apa yang kita makan setiap hari memainkan peranan yang sangat besar untuk komposis badan serta lemak viseral.

Makanan rendah gula
Amalkan pemakanan yang rendah gula termasuklah gula dari buah-buahan, jus yang menjadi kalori kosong. Ia akan ditukarkan kepada lemak dan menambah perut buncit.
Makanan yang tinggi serat
Makanan yang tinggi serat dan rendah karbohidrat seperti brokoli, bunga kobis dan chia seeds akan membantu beri rasa kenyang lebih lama. Serat akan memperlahkan penyerapan gula dan karbohidrat, jadi pilih untuk makan makanan yang tinggi serat.
Kurangkan karbohidrat proses
Makanan yang ada karbohidrat proses atau refined carbohydrate seperti tepung gandum akan meningkatkan lemak viseral dan juga paras triglyceride dalam darah. Ia juga meningkatkan rasa lapar dan membuatkan rasa nak makan lagi.
Elakkan lemak trans
Kebiasaanya trans fat ini banyak terdapat dalam makanan yang diproses seperti makanan sejuk beku, donat dan biskut dengan tepung campuran dan juga krimer bukan tenusu.

Makanan begini terbukti meningkatkan ukur lilit pinggang dan juga lemak pada abdomen.

Ini juga antara yang diamalkan dalam diet FBM. Menariknya sebab diet begini fokus untuk kesihatan dalaman dan bukan kurus semata-mata.
5. Gaya Hidup
Sebenarnya, perjalanan untuk turun berat perlu dijadikan sebagai gaya hidup. Sentiasa gembira, jaga pemakanan dan jaga waktu makan lebih mudah berbanding hanya untuk kurus semata.

Diet yang berterusan akan beri impak positif untuk kesan jangka masa panjang dan dapat elakkan daripada kesan yo-yo.
Puasa Berkala
Puasa berkala semestinya banyak manfaat kesihatan. Apatah lagi kalau puasa seperti yang disarankan oleh agama kita, puasa sunat dan puasa wajib. Namun, bagi keringanan dan menjaga makan demi jadikan gaya hidup, puasa berkala juga boleh diamalkan.

Banyak manfaat puasa termasuklah puasa berkala:

Turunkan BMI (body mass index)
Kurangkan ukur lilit pinggang dan pinggul
Kurangkan peratusan lemak dalam badan
Turunkan bacaan gula dalam darah’
Tingkatkan insulin sensitiviti
Menurunkan lemak viseral

Dalam masa puasa berkala, ia membantu mendisiplinkan diri dalam masa yang sama dapat mengurangkan kenaikan insulin. Dengan ini risiko penyakit juga berkurang.

Dapatkan panduan lengkap dan turun berat badan dengan berkesan berserta meal plan, coaching dan juga ilmu pemakanan dengan sertai diet FBM hari ini.
Nina Salleh | Coach Diet FBM

Continue reading

Bahaya Gula dalam Buah Punca Hati Berlemak

Kalau ada saudara yang sudah menghidap penyakit kencing manis, ibu bapa atau waris, dan yang berniat untuk elak penyakit kencing manis, tulisan ini untuk kalian. Ia tentang makan buah-buahan bahaya risiko penyakit kencing manis.

Betul ke selama ni kita dengar makan buah ni tak apa, sebab buah juga ada kandungan serat yang tinggi. Langsung tak sama dengan coklat atau kek yang secara jelas tinggi dengan gula.

Baca sampai habis sebab mungkin inilah punca kita ada gejala bibit-bibit penyakit kencing manis. Bagi mereka yang sudah ada penyakit kencing manis, keadaan kesihatan bertambah teruk dan perlu naikkan dos ubatan sekiranya ia tidak diubah.
Kandungan Gula Dalam Buah
Gula dalam bentuk fruktosa ada dalam buah-buahan, madu, jus dan juga sesetengah sayuran. Dalam kumpulan monosakarida, iaitu unit asas kepada karbohidrat, selain fruktosa, ada galaktosa dan glukosa. Dalam gula pasir biasa iaitu sukrosa, ada 50% kandungan fruktosa.

Kebanyakan sel dalam badan manusia tidak boleh proses fruktosa secara terus. Ia akan dicerna di usus, buah pinggang dan organ utama yang mencerna fruktosa iaitu hati. Banyak fruktosa akan disingkirkan terus. Sebab tu pengambilan fruktosa secara sederhana tidak akan menaikkan gula dalam darah.
Hidangan Buahan yang Selamat
Asasnya, buah-buahan seperti yang biasa kita belajar sejak dari bangku sekolah tadika lagi, malah di sektor kesihatan pun kita disarankan amalkan sekurangnya 2 sajian buah setiap hari. Kalau fikir balik, sebenarnya adakah kita makan untuk kesihatan, kesedapan atau untuk bantu industri buah.

Untuk yang sedang berusaha turunkan berat badan, kawal penyakit seperti kencing manis, kanser, auto immune dan sebagainya sebolehnya hadkan pengambilan hanya 2 keping buah sehari. Pemilihan buah pula seeloknya yang tinggi dengan serat dan rendah peratusan fruktosa, itu lebih baik untuk kesihatan.
Bahaya Gula Dalam Buah Untuk Kencing Manis?
Bahaya gula dalam buah iaitu fruktosa untuk pesakit kencing manis sebab ia akan menambah beban dan potensi untuk kebanjiran gula pada hati. Ditambah dengan gula yang sedia tinggi disebabkan makanan lain, organ hati akan terbeban.

Manakala bagi orang biasa yang belum ada penyakit kencing manis, dan penyakit lain, boleh makan buah secara berpada-pada. Walaupun ada fruktosa, buah-buahan yang tinggi dengan serat akan membantu melambatkan proses pencernaan gula dalam buah itu sendiri. Perlu diingatkan makan buah dengan berpada-pada dan sedikit itu lebih baik.
Proses Metabolisma Fruktosa
Kajian menunjukkan purata 100 sudu teh yang diambil olek rakyat Malaysia setiap hari. Gula termasuk dari gula pasir dan buah-buahan dan juga high fructose corn syrup, iaitu pemanis yang biasa ada dalam jem, minuman segera, minuman dalam tin, kordial, makanan proses dan juga minuman berkarbonat, akan menjadi punca gula berlebihan dalam badan.

Fruktosa tidak boleh terus menjadi tenaga selepas dihadam di usus. Ia perlu melalui hati untuk dimetabolismakan. Proses ini akan menghasilkan lemak apabila fruktosa diambil secara berlebihan.

Pengambilan fruktosa secara berterusan dan berlebihan akan menyebabkan peningkatan asid urik serta tinggi trigliserida. Kedua-dua ini akan menyebabkan masalah rintangan insulin yang seterusnya akan membawa kepada masalah kesihatan yang tak berkesudahan.

Benar gula bahaya jika berlebihan. Hakikatnya pemakanan rakyat Malaysia sangatlah tinggi dengan fruktosa dan memang sudah dalam keadaan berlebihan.
Masalah Hati Berlemak
Masalah akan berlaku bila fruktosa berlebihan dan metabolismanya akan menghasilkan lemak. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan risiko lebih tinggi bagi mereka yang ada gejala rintangan insulin.

Kajian juga menunjukkan pengambilan fruktosa pada kadar 25% berbanding jumlah kalori harian akan berisiko mendapat masalah hati berlemak. Betapa bahaya gula dalam buah bila diambil secara berterusan dan berlebih-lebihan.
Asas Untuk Kurangkan Keterukan Penyakit
Bahaya gula dalam buah hanya untuk pesakit kencing manis, tetapi sesiapa sahaja berisiko sekiranya diambil secara berlebihan. Ia akan menyebabkan keradangan tinggi dalam badan yang membawa kepada banyak penyakit termasuklah penyakit jantung, gout, buah pinggang dan mengganggu kesuburan.

 

Untuk elakkan masalah ini berlaku, kembali kepada asas iaitu betulkan pemakanan dan kurangkan pengambilan gula dalam apa saja bentuk termasuk fruktosa. Untuk mengawal keradangan, lebihkan pengambilan lemak sihat seperti minyak ikan omega-3, minyak zaitun, minyak kelapa dara dan minyak habbatussauda’.

Bagi mendapatkan panduan lengkap untuk ubah pemakanan, sertai diet FBM, bukan sekadar turun berat badan, untuk kesihatan yang lebih baik.
Nina Salleh | Coach Diet FBM

Continue reading
2

Review Barbie Staycation Grand Hyatt Kuala Lumpur

Dari awal tahun lepas, anak-anak merengek minta hadiah ni untuk ulangtahun kelahiran mereka. Rezeki juga sebab anak-anak 4 orang lahir pada bulan November dan Disember, jadi saya dan suami memang sekalikan je sambutan 4 orang ni.

Sebenarnya kami tak biasakan sambut hari lahir. Kalau sebelum ni hanya beli kek dan anak tiup lilin di sekolah, makan kek dan makanan lain bersama kawan-kawan dan cikgu. Untuk tahun 2023, saya dah pasang niat nak tunaikan permintaan anak-anak untuk Barbie Staycation ni.
Pilihan Hadiah Ulang Tahun
Walaupun dah lama anak-anak nak hadiah ni, tapi saya tetap bagi pilihan. Sama ada mereka nak simpanan emas atau nak menginap di sini. Jadi ini pilihan mereka. Saya fikir bukan setiap tahun, dan ini juga yang pertama, dan anak-anak tak dibenarkan minta lagi staycation yang sama untuk tahun berikutnya. Melainkan saya yang offer, itu syarat yang saya beri.

Anak-anak ramai, saya perlu buat perancangan awal supaya kewangan pun terjaga. Untuk hadiah Barbie Staycation ini pun saya memang menabung dari awal tahun. Saya niatkan sedikit dari hasil bisnes saya dari rumah, untuk gembirakan anak-anak.

Jadi bila dah buat kira-kira dan bersedia dari awal, tidak lah terasa sangat duit mengalir keluar macam air. Siapkan mental begitu.
Review Barbie Staycation Grand Hyatt
Baca sampai habis kalau nak tahu review jujur saya tentang Barbie Staycation Grand Hyatt tau.

Awalnya dari mula nak booking bilik ni, saya ada masalah sebab domain asal memang dah di revamp. Jadi saya agak kelam kabut sebab risau tarikh mungkin dah penuh dengan tempahan dan masa tu juga peak sebab cuti sekolah.

Dari mesej di Instagram, saya dapat link untuk booking melalui email dan terus beritahu bilik, tarikh dan berapa pax untuk buat tempahan.

Bila dah secure booking dan dapat tarikh, baru lah saya dapat confirm kan tarikh untuk dessert dan menu lain. Saya ada tempah sedikit dessert, makanan lain juga makcik sediakan, dan adik beradik sponsor makanan.

Alhamdulillah rezeki anak-anak, sama kongsi rezeki ajak ahli keluarga untuk makan-makan di sini. Tak ada hadiah lain, hanya beri pengalaman dan tunaikan impian untuk menginap di sini.
Bilik Barbie Staycation 
Untuk bilik saya pilih suite, sebab nak ajak keluarga makan dan potong kek anak-anak. Itupun adik beradik yang sponsor. Banyak dapat sponsor hari tu, saya cuma bayar bilik. Hihi.

Keadaan bilik sangat kemas, tak ada habuk dan tak ada benda yang saya patut pertikai. Dengan apa yang saya bayar, masyaAllah berbaloi dari segi layanan staf, makanan, keadaan bilik dan buat kita rasa dah lupa bayar bilik beribu tadi.

Sarapan Buffet Di Grand Hyatt
Untuk setiap tempahan bilik Barbie, memang akan dapat sarapan pagi buffet di restoran ni. Pilihan makanan sangat lah banyak sampai rambang mata. Yang paling sedap dan teringat sampai hari ni ialah salmon dan coconut milk chia seed ni.

Secara keseluruhannya, dengan staf yang sentiasa mendengar dan menunaikan permintaan, berbaloi dan berpatutan servis, bilik, makanan dan juga treatment yang diberikan dengan apa yang dibayar.

Anak-anak sangat seronok dapat juga merasa menginap di bilik Barbie Grand Hyatt, syukur Alhamdulillah. Kami semua puas hati dan dapat pengalaman yang penting sebagai salah satu core memory untuk anak-anak.

Selesai tunaikan hadiah hari lahir anak-anak.

Doakan semoga Amanda Imani (11), Maryam Tihani (9), Eisyal Diyani (7) dan Fatima Ardani (3) membesar menjadi saham Syurga dan sentiasa dalam kebaikan dan rahmat Allah swt. Ameen.
Nina Salleh | Empowering moms

Continue reading

Kelebihan Diet FBM untuk Kesihatan Tubuh Badan

Kalau faham cara badan dapatkan tenaga, mudah juga nak faham kelebihan diet FBM untuk tubuh badan. Diet ni akan buatkan badan menggunakan lemak sedia ada dengan ubah pemakanan. Dengar macam seronok kan.

Tubuh badan manusia sangat kompleks dan canggih. Sebab itu dia boleh pilih nak jana tenaga dari lemak atau gula.

Antara kedua-dua cara ni badan akan pilih mengikut apa yang kita makan setiap hari. Jadi, apa pun pilihan berbalik kepada diri sendiri.
Bakar Lemak dengan Diet FBM
Badan hanya akan pilih untuk bakar lemak sebagai tenaga bila kandungan gula dalam darah dan juga hormon insulin pada paras yang rendah. Biasanya perkara ini hanya terjadi bila kita berpuasa dan pengambilan karbohidrat juga dikawal.

Beberapa bulan lagi kita akan menyambut bulan Ramadan, bulan mulia. Kalau kita bersedia dengan pemakanan yang betul dari sekarang, InsyaAllah bulan puasa nanti jadi titik tolak untuk sihatkan jasmani dan rohani. Bulan puasa bukan lagi bulan pesta makan tapi bulan untuk jadi titik tolak betulkan pemakanan.
Kelebihan Diet FBM Untuk Kesihatan Tubuh Badan
Bila badan gunakan lemak sebagai sumber tenaga dan bukannya gula, ia bukan sekadar membakar lemak tapi menjaga mitokondria, iaitu kilang tenaga dalam sel. Boleh bayangkan apa yang jadi bila mitokondria tak terjaga, seluruh sel akan rosak.

Dari sel yang sangat kecil ini, ada jutaan lagi untuk hasilkan tubuh badan. Untuk tubuh yang sihat, dari peringkat inilah kita perlu jaga.
Selain itu, diet FBM membantu untuk:
1.Turunkan berat tanpa craving dan lapar berlebihan

2.Seimbangkan fungsi neurologi dalam otak yang mengurangkan gejala migrain, panic attack, mood swings dan sawan.

3.Tenaga yang berterusan yang lebih stabil boleh digunakan oleh otak walaupun tanpa makanan.

4.Kesan anti radang yang akan menyahkan radikal bebas, dan mengelakkan kerosakan sel tisu.

5.Melindungi otak dari kurang oksigen.

6.Membantu tidur yang cukup.

7.Kulit yang sihat dan berseri.

8.Mengurangkan masalah gula dalam darah , menurunkan bacaan HbA1C dan metabolik yang berkaitan dengan penyakit seperti kencing manis dan obesiti.

9.Menurunkan risiko kanser

10.Membaiki kesihatan jantung, merendahkan triglyceride

11.Anti penuaan dengan membaiki sel dan DNA.
Jangan Takut Lemak
Selepas air, nutrisi yang tinggi dan diperlukan oleh badan ialah lemak. Badan manusia mengandung 50-65% air. Lemak membantu banyak fungsi tubuh badan. Ini ialah sistem tubuh badan yang memerlukan lemak untuk fungsi asas.

1.Sistem saraf dan myelin sheath yang melindungi neuoron terdiri daripada shingolipids, kelas lemak yang penting. Tanpanya, tidak mungkin sistem saraf dapat berfungsi dengan baik.

2. Lemak tepu, kolesterol, fosfolipid dan asid lemak omega-3 ialah komponen yang kritikal untuk membentuk membran sel dalam badan. 

3. Lemak tepu membantu sel darah putih untuk memusnahkan bakteria, fungus, virus dan juga sel tumor yang merempuh masuk ke sistem tubuh badan. Dalam keadaan badan mengalami ketosis, ia melumpuhkan sel kanser yang sangat bergantung kepada gula.

4. Jantung perlu lemak sebagai tenaga utama. Tulang juga perlukan lemak tepu dan vitamin larut lemak untuk menggunakan kalsium dan mineral lain dengan berkesan, Penghasilan hormon juga perlukan kolesterol dan lemak tepu sebagai penghantar atau signalnya.

Untuk dapatkan meal plan lengkap, cara makan yang betul bagi fungsi badan yang optimum, jom sertai program diet FBM hari ini.
Nina Salleh | Coach Diet FBM

Continue reading

Diet PCOS Turun Berat Badan dengan Formula FBM

Diet FBM bantu Pesakit PCOS
Sebenarnya ini bukan testimoni diet PCOS (polycystic ovary syndrome) turun berat badan yang pertama, ikut formula FBM. Ada banyak lagi yang dapat kesan positif selepas ubah pemakanan ikut formula diet fat burning machine (FBM).

Kebanyakan mereka yang ada masalah PCOS akan menderita dengan masalah susah hamil dan juga sukar untuk turunkan berat badan. Betapa berat mata memandang berat lagi yang sedang alami.
Kisah Diet PCOS Turun Berat Badan
Ini kisah Puan M, yang ingin baiki tahap kesihatan beliau. Bukan saja berat badan berlebihan, beliau juga ada penyakit lain yang membuatkan masalah PCOS dan berat badan bertambah sukar turun.

Berat asal:98kg
Berat terkini : 90kg (hasil diet FBM selama 6minggu)
Umur : 41 tahun

Senarai masalah kesihatan Puan M:

Obesiti
PCOS
Eczema
Fatty liver
Penyakit Kencing manis

Percaya atau tidak kebanyakan masalah yang disenaraikan bermula daripada rintangan insulin dalam badan (insulin resistance). Rintangan insulin yang tinggi akan buatkan keradangan kronik yang akan perlahan-lahan menimbulkan masalah kesihatan.

Sebab itu ramai yang buat diet FBM, mereka betulkan pemakanan dengan konsisten akan alami sendiri perubahan.

Bukan saja bacaan gula menunjukkan perubahan, badan Puan M juga dah rasa ringan sangat. MasyaAllah saya tumpang bahagia bila dapat feedback yang macam ini. Kita usaha dan doa selebihnya serahkan hasil pada Allah swt.
Pesakit PCOS Susah Turun Berat Badan
Memang tak dinafikan, pesakit PCOS akan alami kesukaran untuk turunkan berat badan sebab perubahan hormon.

Hormon yang tinggi rendah dan tidak stabil akan mengganggu sistem tubuh. Ditambah pula dengan pemakanan yang tidak terjaga, tambah naikkan rintangan insulin, tambah lagi keradangan dalaman dan terukkan lagi masalah PCOS.

“Mula-mula buat diet FBM, berat badan turun tak sampai pun 1 kilogram. Kemudian mula buat advance diet FBM barulah berat mula tunjukkan penurunan 5KG dalam masa sebulan. Then berat stuck lagi, kemudian buat ITF berat pagi ni turun lagi 3KG dan timbangan terbaru 91KG”

Dalam masa 6 minggu, hasil diet FBM pesakit PCOS turun berat badan sebanyak 8KG. MasyaAllah. Jangan putus asa dan teruskan saja ikut mealplan FBM.

Antara feedback lain yang Puan M dah mula rasa termasuklah gejala ekzema yang semakin berkurang. Kaki pula dah tak lenguh bila turun naik tangga di kolej.

Dari segi perubahan hormon, apa yang Puan M rasa ialah period semakin baik, lawas dan regular. Katanya period dah lama tak regular dan sangat bercelaru. Yang paling seronok ialah masalah craving dah makin baik. Bila masalah craving selesai, insyaAllah banyak perubahan akan menyusul luaran dan dalaman.

Kita doakan semoga Puan M dapat konsisten tukar dan ubah pemakanan ikut gaya diet FBM. Semoga senarai masalah kesihatan akan di cross satu per satu.

Buat pejuang PCOS, teruskan berusaha. Berminat nak dapat guide dan cara diet FBM macam puan M, boleh terus hubungi Nina Salleh Coach Diet FBM.
Nina Salleh | Coach Diet FBM

Continue reading
3

5 Kesilapan IF Yang Buat Berat Badan Naik

Salah satu teknik untuk dalam ubah gaya hidup ikut formula diet FBM ialah intermittent fasting (IF) atau puasa berkala. Tanpa cara makan atau pinggan FBM, ramai yang susah dapatkan hasil yang dimahukan walaupun buat IF 20 jam setiap hari.
Kesalahan Sejak Akar Umbi
Kalau sebelum ni kita semua diajar bila bangun pagi, mesti kena makan pagi. Waktu saya di kampung, jam 8 pagi dah ada nasi berlauk bungkus, kemudian jam 12 tengahari makan-makan nasi lagi dengan ahli keluarga, akhir sekali untuk makan malam jam 8-9 malam.

Yang buat keadaan lagi teruk, antara makan pagi, tengahari dan malam pun tak berhenti-henti makan. Kudapan yang pelbagai, buah-buahan dan cekodok atau cendol sebagai selingan. Itulah yang saya faham selama ni.

Dari diri sendiri, kemudian pola pemakanan yang begini akan dipas kepada anak dan cucu. Memang tak pelik kalau macam-macam penyakit yang sepatutnya ramai dapat pada umur 40-an, sekarang umur 20-an pun ramai.
Kesilapan IF yang Buat Berat Badan Naik
Memandangkan IF ni salah satu komponen penting dalam diet FBM, saya nak kongsikan 5 kesilapan supaya dapat hasil yang diinginkan. Kalau buat yang ini, bukan berat tak turun malah kesilapan IF ni buat berat badan naik berganda. Ha risau.
1. Tidak pelbagaikan IF
Puasa ni kalau dalam Islam, memang lah salah satu rukun Islam. Puasa dari sebarang makanan dan minuman, yang sebaik-baik puasa dan puasa yang Allah swt cintai ialah puasa Nabi Daud a.s , iaitu puasa selang sehari. Kalau istilah hari ni digelar dry fast, wah canggih gitu. Kalau mampu, puasa lah lebih baik tapi perlu jaga makanan waktu berbuka.

Hari ni ada banyak jenis puasa berkala. Bukan perkara baru pun, cuma ia boleh digunapakai untuk kita yang tidak mampu puasa dengan kerap. Diberi keringanan untuk minum minuman tertentu. Masih kekal untuk baik pulih dalaman, kuatkan jiwa dan sihatkan tubuh badan sekiranya dibuat dengan  betul.

Dalam diet FBM, kita perlu buat IF untuk tukar badan dari jana tenaga daripada gula kepada lemak. Di mana ia akan bantu turunkan paras gula dalam darah dan bakar lemak sedia ada. Kesilapan dari segi tidak pelbagaikan berapa jam, waktu open window dan close window mengurangkan kesan pembakaran lemak. 
2.Tidak cukup masa IF
Ramai yang buat IF tapi tidak membantu penurunan berat badan dan paras lemak. Rupanya tak cukup masa untuk badan switch. Bila buat IF dengan masa yang cukup akan bantu badan untuk switch dan guna lemak sebagai tenaga.

Lebih lama waktu IF, lebih mudah untuk turun berat badan.
3.Tukar pemakanan
Kalau masa IF sudah mencukupi dan lama, juga sudah variasikan IF tapi berat masih tunjukkan kenaikan, cuba ubah 3 perkara ni dalam diet seharian.

Amalkan minyak sihat dan bukan minyak jahat
Kurangkan dan elakkan pengambilan karbohidrat proses seperti roti, kek, pasta dan banyak lagi. Karbohidrat yang bukan dari sumber semulajadi
Elakkan bahan-bahan dari sumber tiruan supaya kurangkan pengumpulan toksin dalam badan

4.Membuka ruang Untuk Detox
Lakukan pembersihan pada tubuh badan bagi membuka ruang untuk toksin keluar dari badan. Ini termasuklah bahagian ketiak dan bahagian yang ada bulu roma.

Selain itu, tambahkan vitamin untuk detox supaya pembuangan lebih lancar terutama untuk hati.
5.Buat IF Berpanjangan
Ini ialah salah satu tanda badan sudah adapt dan rigid dengan aturan makanan. Untuk elakkan badan rigid, perlu buat variasi dengan masa IF. Contohnya 2 minggu IF dan keluar dari rutin buat beberapa hari.

Ini 5 perkara yang membuatkan berat badan naik atau statik walaupun sudah buat IF. Untuk bantuan pemakanan yang betul dan juga ilmu turunkan berat badan, join diet FBM hari ini.
Nina Salleh | Coach Diet FBM

Continue reading