Menu

Sambutan Ulangtahun dUck Vivy Yusof Yang ke 9

Tak sangka pulak boleh terjebak dengan pakai tudung ni. Ingat lagi dulu, 7-8 tahun lepas, jumpa kawan pakai tudung ni. Saya tanya la harga berapa, dia jawab,

“RM130 je”

Terkejut macam tak percaya dengar harga tu. Saya kata, “Ya Allah, RM130 saya dah boleh ada 13 helai tudung!”

vivy yusof the duckgroup
Tudung dUck pertama, hadiah dari upline bisnes

Little did i know, sekarang ni saya pula yang tak tahu nak pakai tudung apa kalau bukan jenama dUck Vivy Yusof ni.

Sejujurnya bukan lah “jenama” yang buatkan saya suka tudung ni. Tapi sebab material, tak jarang, senang pakai dan corak pun yang menarik hati saya. Itulah dia, dan hari ni saya kat sini untuk ulangtahun dUck yang ke-9. Alaa, konsep sama je macam makan vitamin. Walaupun nampak sama, tapi jenama berbeza akan beri perubahan kesihatan yang berbeza tau.

Bermula dengan Tudung Hadiah

Saya tak kenal dan tak pernah terfikir nak pakai tudung dUck ni sebab ye lah harga mahal. Hinggalah satu hari, saya dapat hadiah dari upline bisnes Shaklee, sebagai penghargaan untuk kejayaan melayakkan diri dalam program bonus kereta Shaklee. Program ni tak mudah nak qualify sebab ada beberapa bulan dan perlu penuhi requirement yang Shaklee tetapkan.

dUck 9th birthday
Tarikh keramat terima tudung dUck pertama

Tetapi sangatlah berbaloi. Bila berjaya layakkan diri, bermakna akan ada duit tunai masuk akaun sebagai “car bonus”. Dalam program ni, Shaklee tak bagi sebiji kereta, instead dia beri tunai mengikut jumlah jualan setiap bulan.

Dengan duit tersebut, terpulang untuk diri sendiri nak simpan beli emas, nak bayar rumah, atau nak beli tudung dUck eh. Duit ni akan masuk ke dalam akaun selagi mana kita masih aktif membina bisnes dan capai jualan minimum yang ditetapkan.

car bonus shaklee
Inilah contoh jumlah “car bonus” yang akan masuk akan.

Jumlah yang akan dibayar pula minimum RM550 dan tidak ada had maksimum. Kalau layak dapat RM10,000, maka itulah jumlah “car bonus” yang Shaklee akan kreditkan dalam akaun bank bersama dengan komisen lain.

Haaa panjang cerita macam mana kali pertama saya kenal dUck ni. Inilah kisah tudung dUck pertama saya, jatuh cinta hingga membawa kepada yang kedua dan seterusnya.

Ulangtahun dUck oleh Vivy Yusof yang ke-9

Sudah 9 tahun usia dUck, satu jenama yang diasaskan oleh Datin Vivy Yusof. Jenama ini sudah ada di pasaran dalam dan luar negara. Berbaloi penat lelah, of course ada naik turun untuk capai ke tahap ini.

Dunia bisnes ni begitulah.

duck's 9th birthday
Memang tak bawa bag sebab ada dengan kawan haha

Hari ni saya teruja sebab boleh ada bersama-sama di sini untuk raikan hari bersejarah dUck Vivy Yusof ni. Sambil datang event orang, sambil berangan juga untuk buat gathering team dan pelanggan yang sentiasa menyokong bisnes saya satu hari nanti di tempat yang sama ni.

glass house gathering event
Suka sangat Glass House Seputeh ni

Ada orang kata tudung ni mahal, tak berbaloi. Tapi bagi saya, kualiti tudung ni serta eksklusiviti yang dibawa, dan paling best sebab saya dah selesa nak beli dan pakai style ni. Paling penting kriteria pemilihan tudung bagi saya ialah boleh tutup depan dan belakang serta tak jarang.

1.Event Eksklusif

Akhirnya dapat juga jumpa dan bergambar dengan founder dUck. Datin Vivy Yusof, persamaan kami ialah anak 4 orang haha.

vivy yusof founder duckgroup
Belum tukar tudung sebab ada pada kawan. Wakaka
tudung duck 9th birthday
Okey dah tukar tudung. Lepas tu rasa yang color lagi satu lagi lawa huaa

Kalau tengok dalam gambar ni semua pakai tudung yang sama. Tudung yang dilancarkan semepena ulangtahun dUck Vivy Yusof yang ke-9. Ya, sebab salah satu syarat untuk hadir dan dapat join ke event ni ialah dengan pembelian tudung dan bag.

event duck birthday
Ini antara syarat untuk layak ke event kali ni

Pembeli terawal akan dapat Golden Ticket untuk ke event dUck 9th birthday ni.

2. Jumpa ramai kawan baru

Saya ni jenis orang yang suka mingle around. Kalau orang lain, pergi sorang-sorang mungkin tak kan terjadi.

duck tema 9th birthday
dUckies bersama-sama

Tapi saya suka bersosial gituh. Bila jadi mak-mak dan isteri, kena ada limitasi dan tahu batasan bila bergaul. Kalau nak bersosial je kerja baik tak payah kahwin haha.

Event duck birthday
Boleh picnic gituu sebab event ni style santai

Sesekali dapat luang masa dan ber me-time dengan hadiri event macam ni, jumpa ramai kawan baru, memang seronok.

group shaklee paling aktif
Nanti TBS kalau 9 tahun, organisasi besar insyaAllah boleh buat macam ni.

Bertukar contact (baca: saling follow Instagram eh). Kalau dulu orang akan minta nombor telefon, tapi sekarang orang tanya username Instagram tau.

3. Inspirasi untuk bisnes

Saya pergi event dUck turns 9 ni bukan semata-mata nak berjimba. Lagi 2 tahun je, organisasi bisnes Shaklee, TBS Wellness, yang saya asaskan pada 2/6/2016 pun akan berusia 9 tahun. Tak lama dah.

vivy yusof duckgroup
Dari mula majlis hingga selepas tamat tetap setia bergambar walaupun dengan kasut tinggi

Bila dapat tahu event ni kat GlassHouse, saya jadi teruja sebab saya memang pasang impian nak buat gathering team dekat sini. Kat event tu nanti, saya akan jemput semua yang masih dan pernah support kami. Yang mana masih amalkan vitamin Shaklee, dan buat pembelian serta yang sama-sama bangunkan bisnes dalam apa jua cabaran.

Kita akan berkongsi pendapat, makan-makan free flow macam dUck’s turns 9 ni dan paling seronok kita akan dapat saling kenal dengan lebih dekat.

shaklee open day
Booth makanan dan vitamin Shaklee, serta penjagaan wajah Youth akan ada di sini untuk dicuba

Menu pilihan nanti saya nak pilihan menu sihat letak, gabungan menu kampung dan barat.

  • Nasi lemak
  • Masak lemak daging salai cili padi
  • Juice boost
  • Aneka buah segar free flow
  • Vivix ice cream
  • Kuih sagu gula melaka
  • Suhun goreng

Wah gitu berimpian.

event shaklee bisnes
Event santai begini. Boleh bersembang, sambil makan, ppersembahan dan jawab pop quiz.

Pakai tema pula hitam dan gold, sesuai dengan warna tema TBS.

4. Belajar dari Vivy Yusof

Dalam dunia bisnes ni, bukan lah yang berjaya tu yang tak pernah gagal. Vivy pun ada sebut, 9 tahun lepas beliau pun tak menyangka nanti dUck modest fashion akan sampai ke tahap ni. Bermula hanya dengan satu impian. Jadi, sebesar mana pun impian tu di mata orang lain, terus berusaha sebab ada Allah yang Maha Besar untuk mengkabulkan.

Tapi tetap masih ada situ sini yang kena baiki, ada malam yang tak boleh nak tidur fikirkan untuk bangunkan bisnes.

Kalau kita pernah jatuh, pilihlah untuk bangkit. Kejatuhan untuk mengajar kita supaya belajar dari kesilapan.

Dan kejatuhan juga untuk ajar kita supaya lebih bergantung pada Dia. Bila jatuh, baru tahu rupanya Allah swt nak ajar sesuatu.

Kalau tak pernah jatuh, mungkin kita akan menyombong dan meninggi diri.

Alhamdulillah untuk semua jatuh, gagal dan rancangan tak jadi. Semua tu untuk kita kembali berpaut pada tali yang Satu.

Sempat juga  bergambar dengan artis dan pempengaruh media sosial yang hadir antaranya:

izara aisyah duckgroup
Dia memang cantik dan lembut je bercakap tuu
duta duckgroup
Amyra cantik dan lembut
Aniskiss, ni anak kepada Hero Malaya hehe
duta duck group
Tak puas mata tengok Erin Adlina
duck group influencer
Saya follow beliau di Instagram, Syamimia, suka sebab semua peralatan memasak warna putih. Kemas dan tersusun

Separuh hari berada di sambutan dUck yang ke-9, memang seronok sebab dapat jumpa ramai kawan baru yang kenal. Dapat belajar banyak benda dari mereka, dapat mingle around.

posing ayu lipat tudung
Kemain posing ikut arahan cameraman hehe

Doakan, soon TBS Wellness organisasi pun akan ada gathering besar dan meriah macam gini dekat GlassHouse Seputeh.

bisnes shaklee aktif
Kat event TBS Shaklee nanti akan ada photobooth macam belakang ni. Doakan tau, ameen.

Masa tu mungkin jualan kumpulan cecah RM1Juta sebulan. Dan boleh allocate untuk event ni. Doakan ya.

Kalau ada yang nak usha-usha dan join kami dengan bisnes tanpa modal ni, untuk tabung beli tudung dUck ke, jangan segan silu untuk hubungi Nina Salleh tau. Untuk guide tanpa batasan gituh.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

2 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: