Menu

Hari Raya Open House yang Tidak Dirancang

Tahun ni saya memang tak ada rancangan nak buat hari raya open house pun. Sebab saya dan suami tak bersedia dari segi mental untuk terima dan urus tetamu, berserta dengan anak-anak yang masih kecik, walaupun yang kecik tu sorang je haha. Tapi semuanya berubah dan jadi open house mengejut pulak bila tetiba kawan Whatsapp,

“Nina, bila free nak makan nasi dagang”

Bila baca Whatsapp dia tu saya rasa macam Ya Allah, memang kena buat dah ni. Sebab saya dah hutang nasi dagang dengan kawan yang sorang ni sejak kami belum habis belajar di universiti. Lebih 10 tahun lepas dah.

Entah macam mana saya boleh janji nak buat nasi dagang masa tu, memang tak ingat dah la. Nasi dagang ni bukan senang, tapi tak bermakna tak boleh buat. Ada beras nasi dagang yang biasa ada di Kelantan, rempah kari ikan dari Terengganu dan sebagainya. Nak tak nak, saya bagitahu suami, dan kami berbincang untuk buat je lah.

Kenangan Meggamit Memori

Teringat kenangan zaman belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kami ni golongan pelajar perintis untuk kos Ijazah Sains Perubatan Kecemasan dengan Kepujian. Kiranya kalau habis belajar, dan pilih untuk kerja kerajaan, boleh dapat jawatan Pembantu Pegawai Perubatan gred U41.

pembantu perubatan kecemasan
Yang hutang nasi dagang tu dengan Sarah, sebelah kiri saya

Teringat juga liku-liku sepanjang jadi perintis dan perjalanan untuk dapat segulung ijazah. Jasa pensyarah kami yang terdiri daripada doktor-doktor pakar perubatan kecemasan, yang terpaksa naik turun pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk adakan perjawatan tersebut bagi diisi oleh kami semua.

jabatan kecemasan hukm
Kenangan bersama Prof Ismail Saiboon, Ketua Jabatan Kecemasan PPUKM waktu itu

Begitulah bila jadi pioneer ni tak semuanya indah tapi ia tetap memori dan pengalaman berharga untuk kami.

ijazah sarjanamuda sains perubatan kecemasan ukm
Antara orang kuat yang membangunkan program ijazah kami, pensyarah kanan dan doktor pakar kecemasan

Alhamdulillah, sekarang ni hampir semua dah berkerja dalam bidang ni dan memegang jawatan Pembantu Pegawai Perubatan gred U41, ada yang dah naik pangkat pun dan saya pula dah berhenti kerja huhu.

jabatan kecemasan
Sahabat seperjuangan. Tawaran kerja tetap saya dulu sebagai Pengajar, sama dengan Muna

Apa pun syukur sebab Allah swt mudahkan semuanya. Moga dapat diaplikasikan ilmu yang kami belajar dan juga saham terpalit pada semua pensyarah yang tak kenal erti penat jemu mengajar kami.

graduasi ukm bangi
Kalau ke jabatan kecemasan hospital, mungkin ada muka yang boleh jumpa ni. Alfatihah untuk Arwah Siti Nailah
menu hari raya open house
Antara yang hadir ke rumah hari tu, muka selepas 12 tahun graduasi

Moga ukhuwwah ni sentiasa terjalin dan jadi saham untuk kita di sana nanti. Kawan-kawan semua saling bertanya khabar dan tidak jemu berkunjung, itulah yang dapat panjangkan silaturrahim ni.

Menu Hari Raya Open House Mengejut

Disebabkan memang dah janji dengan kawan ni lebih 10 tahun lepas untuk buat nasi dagang, maka itulah menu hari raya Open House kami. Harap-harap tak ada yang terasa sebab kami memang tak menjemput orang ramai, kecuali geng-geng satu kos di universiti dulu dan geng bisnes Shaklee saya, TBS Wellness.

cara masak nasi dagang
Masak sendiri semuanya

Keluarga kami ni keluarga besar. Orang terdekat yang biasa datang ke rumah, akan singgah nak makan nasi dagang. Jadi dalam tak menjemput orang, hidangan hari tu ada la dalam 50 orang yang makan.

Untuk nota masa hadapan, ini ialah sukatan hidangan nasi dagang untuk 50 orang ialah:

  • 3 kilogram beras nasi dagang
  • 2 ekor ayam
  • 3-4 ekor ikan tongkol (ramai peminat ikan)
  • 40 biji telur
  • 1 kilogram udang (paling tak mendapat sambutan)
  • 1/2 kilogram kelapa goreng

Kalau buat nasi dagang ni, saya ikut tradisi mak mertua juga. Hidangan mesti ada sama-sama dengan,

  1. Gulai ikan tongkol
  2. Telur rebus
  3. Gulai udang
  4. Gulai ayam
  5. Kelapa goreng campur ikan tumbuk dan bawang serta serai

Menu nasi dagang ni juga menjadi tradisi di rumah mertua, menu untuk dihidang pada setiap hari raya pertama.

Cara Masak Gulai Ikan Tongkol

Lepas bersepakat dengan suami untuk buat nasi dagang, beliau pun pergi lah beli barang termasuk beras nasi dagang Kelate. Saya pun tak tahu nak beli kat mana beras nasi dagang ni kalau di Kuala Lumpur, tapi di Shopee pun ada. Disebabkan short notice, memang tak sempat nak order dari Shopee.

Kalau ikutkan nak masak gulai ikan tongkol untuk nasi dagang, ada rempah tertentu sama ada cap ros dari Terengganu. Tapi itulah, saya guna yang serbuk kari ikan je. Cuma cara tumis kena betul. Barulah ada bau gulai ikan tongkol macam di Terengganu.

Saya nak kongsi resepi gulai ikan tongkol di sini untuk peringatan masa hadapan juga.

  1. Kisar halus : 10 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 3 inci lengkuas, 4 inci kunyit hidup, 10 tangkai cili kering yang tak pedas
  2. Tumis bahan kisar halus hingga naik bau.
  3. Masukkan 1 sudu besar halba
  4. Masukkan 2 sudu besar serbuk kari ikan. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan 1liter santan kotak atau santan segar dan 3 keping asam gelugor.
  6. Masukkan ikan tongkol yang sudah direbus berserta air rebusan ikan
  7. Perasakan dengan gula melaka dan garam. Selamat dan siap untuk dihidang.

Begitu untuk masak gulai ikan tongkol yang sangat sedap dan naik bau seperti di Terengganu.

cara masak nasi dagang
Masak nasi dagang sendiri

Walaupun persediaan saat akhir, masak mula jam 12 malam, hingga 6 pagi baru tidur sekejap. Adik-beradik banyak membantu sempurnakan hidangan ni. Syukur semua Allah swt mudahkan dan tetamu pun seronok menjamah hidangan.

Minuman untuk Tetamu

Musim raya hari tu kan ujian dengan musim panas rasa macam kering betul tekak. Jadi masa hari raya open house saya faham la tetamu datang nak minum air sejuk yang boleh basahkan tekak, hilangkan haus dan elakkan dehidrasi. Bila musim hari raya, bukan satu atau dua open house, boleh lajak dari pagi sampai malam.

Itu yang saya hidangkan air ni untuk tetamu. Alhamdulillah, semua suka. Yang tua muda, yang budak yang dewasa boleh minum semua. Saya sangat recommend kalau nak jadikan air ni hidangan buat tetamu. Boleh dapatkan dari sini atau hubungi Pengedar Shaklee Ampang kalau nak cepat sekitarar Kuala Lumpur dan Selangor.

minuman musim panas
Minuman ni waktu bulan puasa, buatkan anak-anak gagah puasa walaupun tak bersahur

Rasa menyegarkan, ada rasa lemon dan limau bercampur. Tambah pula dengan kesejukan ais yang berketul-ketul dalam balang ni. Bila rasa seteguk, aah terus hilang haus silap haribulan dah tak rasa nak makan nasi dagang eh, jangan la kan penat memasak sampai ke pagi. Hihi.

minuman elak dehidrasi
Sebelum jamu tetamu, kena minum dulu lah kan

Bukan tetamu jauh je, adik-beradik, sanak saudara pun seronok boleh makan nasi dagang hehe. Syukur. Rasa macam nak jadikan tradisi pulak enu ni. Boleh pas pada anak-anak nanti kan.

hari raya open house
Rakan seperjuangan di UKM
bisnes dari rumah
2 orang doktor antara team bisnes yang hadir. Dr Su dan Dr Mas

Memang seronok  buat hari raya open house ni sebab boleh jumpa dengan kawan baru dan lama. Masa ni lah boleh panjangkan silaturrahim, berbual dan catch-up aktiviti masing-masing. Hari-hari biasa sibuk dengan urusan keluarga kan.

InsyaAllah doakan untuk seterusnya saya boleh masak dan ajak lebih ramai. Nak juga masak sendiri nak bagi air tangan tu. Sedap ke tidak tak kira, yang penting semoga semua gembira.

Hari raya open house korang menu apa pulak? Komen dan kongsikan idea menu open house tau.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: