Menu
kejang kaki hamil

Tips dan Petua Untuk Elakkan Kejang Kaki Waktu Mengandung

“Sayang, tolong saya, tolong urut kaki”

Begitulah bila tiba-tiba terjaga waktu tengah malam disebabkan oleh masalah kejang kaki. Suami lah yang jadi mangsa kena tolong urut dan gosok sehingga kaki kembali seperti biasa baru boleh tidur lena. Namun ia adalah perkara biasa yang dihadapi oleh ibu mengandung termasuklah saya. Waktu mengandung anak pertama, memang inilah yang saya hadap hampir setiap malam di trimester kedua dan ketiga sehingga bersalin. Bila kejang atau tarik mengkarung ni datang, terasa bagai nak putus urat kaki. Sakit teramat sangat. Mujurlah mengandung anak kedua, ketiga dan sekarang ke-4 pun tak ada lagi masalah kejang kaki.

Petua Hilangkan Kejang Kaki Masa Mengandung

Kejang kaki berlaku disebabkan oleh asid yang terkumpul dalam otot. Biasanya ia akan terjadi pada waktu malam. Ada juga yang berlaku waktu tengah melakukan aktiviti seperti berjalan atau naik turun tangga. Selain dari asid terkumpul, kekurangan kalsium dan magnesium juga menyebabkan kejang kaki. Apabila kurang nutrisi ini, pergerakan otot menjadi agak sukar kerana setiap pergerakan dalam otot kita memerlukan kalsium dan magnesium untuk pengecutan dan pengenduran. Tambahan pula, bayi yang sedang membesar akan mengambil nutrisi ini daripada tulang dan gigi ibu.

Ini perkara yang ibu-ibu boleh amalkan untuk mengelakkan kejang kaki.

1.Buat aktiviti senaman ringan

Untuk mengelakkan masalah kejang kaki waktu mengandung, ibu-ibu digalakkan untuk melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan dan naik turun tangga dengan berpada-pada. Pergerakan ini akan mengurangkan pengumpulan asid pada otot terutama kaki.

senaman kaki
Senaman kaki untuk mengurangkan kekejangan
2. Rendam kaki dalam air suam

Sekiranya kejang berlaku, boleh juga sediakan bekas berisi air suam untuk buat rendaman kaki. Ia dapat membantu rilekskan bahagian otot yang kekejangan dan mengurangkan kesakitan.

3. Memakai stoking bertekanan

Stoking bertekanan untuk ibu hamil bukan sahaja boleh mengurangkan kejang kaki, malah bagus untuk mengurangkan risiko darah terkumpul di bahagian kaki sehingga menyebabkan masalah lebih teruk iaitu “varicose vein“. Boleh dapatkan di farmasi atau klik saja di gambar ni untuk pembelian.

compression socks
Stoking tekanan untuk mengurangkan kejang kaki
4. Minum air kosong dengan cukup

Minum air kosong sekurang-kurangnya 2L setiap hari kerana ibu mengandung memerlukan air yang banyak bagi menampung pertambahan jisim badan. Dengan cecair yang cukup, perjalanan darah ke seluruh badan akan menjadi lancar.

5. Amalkan makanan tambahan kalsium dan magnesium

Kandungan nutrisi kalsium dan magnesium yang diambil melalui makanan harian tidak dapat menampung keperluan badan terutama apabila mengandung. Jadi, makanan tambahan sangat diperlukan untuk ibu mengandung. Selain kalsium dan magnesium, asid folic, zat besi dan vitamin C juga penting untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi pada tahap optimum.

Amalkan tips dan petua seperti di atas untuk kurangkan gejala dan kesakitan akibat kekejangan kaki. Dapatkan rehat yang cukup namun bukan bermakna tidak melalukan sebarang aktiviti, yang penting seimbang dan jangan berlebih-lebihan.

Nina Salleh | Empowering Moms

 

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

3 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: