Menu

Vitamin dan Suplemen untuk Ibu Mengandung

Ramai doktor pakar akan cakap, tak perluy vitamin untuk ibu mengandung. Itu juga antara faktor saya tak cakna langsung tentang vitamin waktu mengandung anak pertama. Rasa menyesal sebab tak belajar dan sanggup hidup dalam masalah waktu mengandung. Sebenarnya masalah ni semua boleh diatasi pun. Tapi itulah jadi pelajaran terbesar.

Banyak pengalaman yang saya hadap waktu mengandung anak pertama. Semuanya pertama kali yang ibu mengandung akan biasa hadapi. Ini antara “pertama kali” saya sewatu mengandung:

  • Kejang kaki
  • Sakit belakang
  • Rasa loya, muntah
  • Tak boleh makan menu biasa

Belajar makan pedas sebab itu je boleh masuk tekak

pengalaman mengandung pertama
Penghuni rahim pertama saya, Amanda Imani

Tapi satu perkara yang saya kesal waktu mengandung sebab tak cakna hal vitamin dan kesihatan diri sendiri, sampai tak ambil tahu apa yang wanita mengandung, iaitu diri sendiri perlukan waktu tu.

Vitamin dan Suplemen Ibu Mengandung Perlukan

Bila mengandung, ada juga orang kata benda dan masalah tu perkara biasa dan kena hadap semua tu, jadi saya pun ikut arus je la. Bila kejang, hadap je rasa perit nak “stretch” kaki. Mesti akan keras dan suamilah akan korbankan tidur dia untuk urut supaya urat kembali kendur dan kaki tak kejang. Sebenarnya ada benda yang boleh diubah tanpa perlu hadap derita hingga habis mengandung. Pastikan vitamin dan suplemen ibu mengandung ni ada dalam list keperluan bila mengandung.

1) Kalsium Hilangkan Lenguh

Selain dari minta tolong suami urutkan bila kaki kejang, sebenarnya ada yang kurang dalam badan ibu mengandung.

kejang kaki mengandung
Kejang kaki memang perit waktu mengandung

Masa saya mengandung, doktor kata kejang terjadi sebab kurang kalsium. Jadi doktor beri pil kalsium, ingat lagi pil tu warna putih, bulat dan tertulis “Calcium Lactate”.

kalsium tak berkesan
Bukan semua yang nama kalsium itu beri kesan

Bila makan, aduh tak jadi apa pun. Tetap sama rasa kejang kaki tarik mengkarung tu. Tapi sebab tak belajar dan agak jahil masa tu. Tak buat kajian dan bacaan pun hanya ikut saja apa yang orang cadangkan.

Rupanya kalsium sahaja memang tak membantu sebab ia tak akan diserap dengan baik. Ada banyak lagi mineral yang perlu untuk kerjasama dengan kalsium.

kalsium untuk ibu hamil
Kalsium ni memang berkesan sebab ada mineral lain yang melengkapi

Jadi pilih lah yang betul. Selain kalsium, perlu ada magenesium, vitamin D barulah dapat serap dengan baik. Dan bila makan, kesan dia terus dapat rasa bilamana tak terasa dah kejang kaki tu.

cara pilih kalsium berkesan
Tak semua kalsium akan beri kesan. Pilih yang betul

2) Vitamin C Kuatkan Badan

Saya ada pengalaman ngeri masa mengandung anak kedua. Kandungan dah cecah trimester ketiga. Tiba-tiba saya demam panas.

kencing tikus mengandung
masuk wad sebab kencing tikus

Ketar dan memang tak larat nak mandi. Suami yang kena uruskan untuk mandi, pakaikan baju dan semua. Betul-betul rasa macam orang lumpuh masa tu. Sebab tak mampu nak buat apa.

Terpaksa gagahkan diri pergi hospital. Bila cek, suhu memang tinggi, 39-40 darjah selsium. Doktor buat beberapa saringan ujian darah. Keputusan sangat mengejutkan sebab rupanya saya dapat jangkitan kencing tikus.

Bila mengandung, badan akan jadi lebih mudah dapat jangkitan sebab ketahanan badan pun terjejas.

Dengan vitamin C, badan akan lebih kuat. Tapi tak semua vitamin C akan beri kesan sama atau berkesan.

Ibu mengandung yang tengah cari vitamin C, pilihlah yang ada bioflavonoids supaya diserap elok. Ada sistem pelepasan berperingkat supaya tak dibazirkan melalui air kencing. Ibu mengandung pun akan dapat manfaat dan ketahanan badan bayi dalam kandungan juga terjamin insyaAllah.

3) Protein untuk sel sihat

Sumber protein sangat penting dan kritikal dalam badan ibu mengandung. Dari protein, badan akan hasilkan sel-sel yang sihat.

Dari sel sihat, akan membentuk tisu, seterusnya organ, dan tubuh badan dengan sistem yang sihat, insyaAllah.

protein ibu mengandung
Fungsi protein untuk ibu mengandung

Jadi, sumber protein memainkan peranan penting.

Saya ingat lagi beza anak pertama dengana nak seterusnya ialah bilamana anak pertama ada masalah kulit iaitu ekzema yang teruk di belakang kaki dan badan.

Bila saya kena protein soya ESP Shaklee, konsisten minum dari mengandung dan menyusu, hasilnya Alhamdulillah anak kedua dan seterusnya tak ada masalah sama.

minuman tenaga ibu mengandung
Sumber protein yang sihgat dan selamat untuk ibu mengandung

Ada keadaan yang mana kita boleh anggap normal dan biasakan, tapi ada keadaan yang kita kena ubah dan cari penyelesaian. Supaya kesihatan sentiasa di tahap terbaik.

protein ESP ibu mengandung
buat pilihan bijak bukan hype semata

Disebabkan kejahilan sendiri, inilah sumber protein yang saya amalkan. Tapi sayang, tak sampai sekotak, berat naik mendadak dan dinasihatkan supaya berhenti minum susu.

Benar susu ialah salah satu sumber protein dan kalsium. Tapi dalam kebanyakan susu, ada kandungan gula yang tinggi. Bahaya jika diamalkan akan berisiko kencing manis waktu mengandung dan hadapi masalah bayi besar serta komplikasi lain.

Pilih sumber protein yang sihat, yang bantu legakan pedih ulu hati seperti protein soya organik ESP dan juga mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ia akan bantu ibu mengandung kawal selera dan tak rasa lapar mendadak.

4) Asid Folik untuk kesihatan saraf

Saraf bayi memerlukan asid folik, atau vitamin B9 untuk terbentuk dengan sihat.

asid folik ibu mengandung
Asid folik dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Sebab itu kalau bercadang untuk mengandung, amalkanlah asid folik sebelum mengandung lagi. Sebaiknya 3 bulan sebelum mengandung sebagai persediaan badan untuk menerima “orang” baru.

masalah saraf bayi berpunca asid folik
Masalah akibat kurang asid folik

Bahaya kurang asid folik boleh menyebabkan masalah saraf yang akan membahayakan nyawa bayi.

vitamin untuk ttc
Vitamin B penting untuk yang merancang mengandung

Waktu mengandung dulu saya pun tak reti nak pilih macam mana. “Ikut je” apa orang bagi. Hanya dapat tablet asid folik tanpa vitamin B yang lain.

folic acid pregnancy
Lengkap dengan semua jenis vitamin B yang badan perlukan

Vitamin B kesemuanya penting untuk berkerja demi kesihatan badan. Masing-masing ada fungsi yang penting. Pilih yang dibuat dari sumber semulajadi sebab yang itulah sebaiknya untuk diproses dalam badan.

5)Zat besi tambah darah

Ibu mengandung akan perlukan darah lebih banyak “volume” untuk dihantar kepada bayi juga. Darah ni sebagai agen pengangkut. Dengan darah lah bayi akan dapat nutrisi dan oksigen.

makanan untuk bayi dalam kandungan
MNultivitamin dan zat besi jangan lupa makan setiap hari

Bayangkan kalau darah ibu tak cukup, bukan saja nyawa bayi, tapi ibu juga akan terjejas. Penghasilan darah memerlukan zat besi yang cukup.

zat besi semulajadi
Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tanpa beri kesan sembelit

Masa mengandung dulu saya makan “iron tablet” yang betul-betul ada iron saja. Ya Allah pengalaman mengerikan sebab tablet tu menyebabkan sembelit. Memang serik sungguh rasanya kalau ingat momen tu.

Kalau boleh, untuk kesihatan kita dan bayi, ibu mengandung pilihlah zat besi dari sumber semulajadi. Yang bebas kimia dan ada multivitamin lain. Ia bantu tambah darah tanpa side effect sembelit.

zat besi shaklee tak sembelit
Zat Besi yang boleh menyebabkan masalah sembelit

Harapan saya agar penulisan ni dapat sampai, disebarkan kepada ramai ibu mengandung supaya mereka tak ada pengalaman ngeri yang saya terpaksa alami.

Bantu saya sebarkan, sebab satu ketika dulu tak ada yang beritahu saya tentang keperluan ibu mengandung ni semua. Jadi apa yang saya amalkan waktu itu hanyalah bare minimum dan bukan untuk fungsi optimum.

vitamin ibu mengandung
Anak pertama saya belum kenal suplemen ibu mengandung terbaik

Ibu mengandung, percayalah dengan nutrisi yang cukup kita mampu ubah kesihatan. Ikhtiar dengan vitamin dan suplemen ibu mengandung jenama Shaklee, insyaAllah akan jadi pengalaman mengandung yang terindah. Kalau kita yang rasa sakit, kita lah yang kena cari ikhtiar. Untuk ibu mengandung di luar sana, jom kita ikhtiar untuk kesihatan ibu dan bayi. Lengkapkan nutrisi sepanjang kehamilan dari Pengedar Shaklee Ampang.

set mengandung shaklee
Alami momen mengandung yang indah dengan set prenatal Shaklee

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

One thought

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: