Menu

Pengalaman Hilangkan Perut Buncit Selepas Bersalin

Saya selalu dengar orang kata, lepas bersalin memang biasalah perut akan buncit. Lagi banyak kita bersalin, lagi bertambah buncit perut. Walaupun saya tak nafikan sebab saya tahu keadaan rahim akan mengembang sewaktu mengandung, namun apa yang membuatkan perut buncit bukanlah disebabkan rahim yang mengembang.

cara hilangkan perut buncit
Masa ni memang buncit dan gemuk

Hakikatnya, selepas melahirkan bayi, keadaan rahim wanita yang normal akan mengecut seperti biasa.

rahim wanita mengandung
Gambaran rahim wanita mengandung dan tidak mengandung

 

punca buncit bersalin
Kalau perut mabuncit selepas bersalin, bukan lah salah rahim mengembang

Kata-kata orang tentang perut buncit selepas bersalin itu ialah perkara biasa, adalah satu kenyataan yang perlu diperbetulkan. Jangan sebabkan kita buncit, maka kita normalisasikan perkara yang tidak betul.

Punca Buncit Selepas Bersalin

Saya sendiri alami perubahan ketara dari segi berat badan dan juga ukur lilit pinggang dengan perut yang buncit selepas bersalin anak ke-4. Kalau sebelum ni, berat badan akan kembali kepada yang asal, baju-baju lama masih boleh pakai.

Tetapi ia tidak berlaku untuk anak ke-4. Kebanyakan baju sudah ketat dan paling teruk sebab ramai ingat saya mengandung lagi. Huwaaaa. Kalau betul mengandung takpe la, ini mengandung lemak memang susah hati.

Kalau ikutkan, suami memang tak pernah komplen pun. Alhamdulillah suami yang memahami. Tak pernah suruh saya turunkan berat atau kempiskan perut. Terdetik nak hilangkan perut buncit selepas bersalin atas kesedaran sendiri. Yang buatkan saya risau bila tahu masalah perut buncit kebanyakannya disebabkan oleh kandungan lemak viseral yang tinggi dalam badan.

Lemak viseral ialah lemak tersembunyi yang mengelilingi organ. Lemak ini akan membantutkan fungsi organ serta menyebabkan keradangan.

danger visceral fat
bahaya lemak viseral

Perut buncit bukan tanda sedang bahagia tetapi mengundang penyakit bahaya!

Inilah antara perkara yang beri kesedaran kepada saya. Secara kasar, gambar paling kanan dan paling buncit itu ialah saya sendiri 4 bulan lepas. Haaa seram kan. Tapi itulah kenyataan. Kini saya masih lagi sedang menurunkan dan ingin kembali ke paras normal.

Saya terbuka hati nak berkongsi sebab tahu ramai ibu-ibu yang ada masalah sama lepas bersalin, InsyaAllah ubah ni semua akan kembali normal.

Bahaya Lemak Viseral dalam Badan

Ramai anggap banyak lemak ni bahaya untuk kesihatan. Sebenarnya tak semua lemak itu bahaya. Sebahagian dari otak, iaitu 60% adalah dari lemak. Namun ini adalah asid lemak yang badan perlukan bukan seperti lemak viseral.

cara daat bacaan visceral fat
Untuk dapatkan bacaan lemak viseral dalam badan, buat ujian komposisi badan percuma di sini

Lemak viseral boleh berikan kesan buruk pada kesihatan jantung. Ada kajian tau mereka yang ada perut buncit lebih tinggi risiko sakit jantung berbanding yang simpan lemak di peha, punggung atau pinggul. Sebab itulah saya sendiri pun pulun nak hilangkan buncit lepas bersalin ni.

Cara Hilangkan Perut Buncit Selepas Bersalin

Ini adalah perkara yang saya ubah untuk hilangkan perut buncit selepas bersalin. Bukan itu je, cara ni juga menurunkan lemak dalam badan serta membuatkan badan saya lebih fit dan firm, geleber juga sudah berkurang.

1.Kurangkan makan nasi

Ini ialah apa yang saya buat dan bukan cerita semata-mata. Hasilnya saya nampak selepas 4 bulan. Perut betul-betul semakin kempis dan tak lagi buncit. Ada gambar tapi tak boleh kongsi secara umum di sini. Untuk ibu-ibu yang mencari kekuatan, cara saya untuk tengok bukti hehe.

Kalau ikutkan, saya ni memang orang yang makan nasi banyak. Biasanya saya akan makan nasi 3 kali sehari. Setiap kali punya portion bukan sikit ya, ada masa bertambah-tambah nasi bila lauk sedap.

cara hilangkan buncit
Ini ialah portion nasi setiap hari

Disebabkan saya nekad nak hilangkan perut buncit ni, saya kawal nafsu. Kali ni saya ubah. Bila lauk sedap, saya tak tambah nasi dah. Tapi saya tambah lauk. Makan nasi dengan banyak seperti yang saya amalkan sebelum ni menyebabkan perut buncit dan tingkatkan risiko insulin resistance. Ini yang bahaya boleh menyebabkan banyak penyakit kronik.

2.Bersenam setiap hari

Saya bukan ahli gym pun, tapi sebab sedar bila badan semakin berumur, metabolisma pun semakin berkurang. Bila berkurang, itu yang membuatkan pembakaran lemak dalam badan akan jadi perlahan. Dah tak jadi bakar lemak lagi dah, jadi ternak lemak pula ya.

bersenam hilangkan perut buncit
Asalkan peluh setiap hari tu dah kira baik sangat kalau konsisten

Tak perlu lah sampai nak bayar caoch gym, tapi kalau betul mahu, apa salahnya. Cuma untuk senaman setiap hari, memadai jogging atau berjalan keliling taman. Buat konsisten 30 minit setiap hari. InsyaAllah banyak bakar lemak.

Tetapi lepas dah berpeluh, jangan lah pergi maka nasi pula. Minum air pun dapat kurangkan  haus dah. Kalau makan nasi, nanti lemak baru akan diternak. Karbohidrat yang tak terguna akan disimpan sebagai lemak. Jadi bila faham tu, akan senang kawal nafsu makan.

3.Kurangkan kekerapan makan

Sejak saya ubah pemakanan untuk hilangkan perut buncit, saya kurangkan kekerapan makan. Kalau dulu makan nasi 3 kali sehari. Antara makan nasi pula, ada roti, biskut dan aneka kuih muih yang dari karbohidrat belaka.

Kalau rajin, banyakkanlah puasa sunat. Cuma waktu berbuka pun sama, jangan makan nasi terlalu banyak sampai melimpah ruah pinggan. Nasi 3-5 sudu dah mencukupi. Air manis memang kena kurangkan atau terus tinggal lebih baik. Sebab air manis pun ada gula sumber karbohidrat.

Untuk buang perut buncit, bermakna perlu elak sumber yang akan menternak lemak dalam badan.

4.Lebihkan protein Setiap Hari

Ramai yang tak tahu bila protein kurang, badan akan susah bina otot. Jadi, untuk dapatkan perut yang tak buncit, firm dan tak geleber, pengambilan protein mesti cukup.

Selain daripada ayam, ikan dan telur, setiap hari saya akan minum protein shake ni.

protein kurangkan perut buncit
Protein akan beri kenyang lama dan bantu bina otot

Setiap hari, sekurangnya 1 cawan atau 2 cawan protein. Minum protein shake juga memberi kenyang lama dan buat saya tak rasa nak makan nasi dengan banyak. Auto jadi kenyang gitu. Kalau yang susah kawal selera, memang perlu ambik protein shake ni.

5.Cuka Epal untuk lancarkan Usus

Usus yang sihat akan membuang najis setiap hari. Kalau tidak, itu dikira sembelit. Selain lemak viseral, masalah usus sembelit juga menyebabkan perut buncit.

cara minum cuka epal
Cuka epal untuk sihatkan usus

Saya minum cuka epal setiap pagi dan malam sebelum tidur. Untuk beri usus bertambah lancar, saya ggabungkan dengan set detox Shaklee.  Dengan pengambilan cuka epal dan set detox setiap hari, saya dapat rasakan perut kempis, pergerakan usus lancar dan tidak ada lagi masalah sembelit.

hilangkan buncit
Semakin kurang buncit dan lebih yakin diri

Bagi yang masih berusaha untuk hilangkan perut buncit, boleh ikut 5 langkah di atas. Selain itu, dapatkan Set Hello New You yang sedang promosi bulan ni. Kemudian dapat bantuan dari saya satu per satu, meal plan dan kumpulan sokongan untuk sama-sama lebih sihat.

set kurus shaklee
Cara makan dan panduan lengkap hubungi Pengedar Shaklee Ampang

Untuk bantuan lengkap, meal plan dan cara makan supaya dapat kesan yang memuaskan, hubungi Pengedar Shaklee Ampang.

Nina Salleh | Ibu anak 4

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: