Ramai wanita tak berani luahkan, tapi lepas bersalin memang akan terasa sangat berbeza. Bahagian intim rasa longgar. Kering. Kadang-kadang masuk angin dan kerap kentut vagina.
Yang boleh mengeruhkan keadaan bila hubungan suami isteri dah tak sama namun masing-masing memilih untuk tidak berkomunikasi. Emosi pun terganggu. Bila ini kerap terjadi, ia akan menjadi ‘barah’ dalam rumah tangga.

Walaupun perihal berkaitan bahagian faraj ini masih dianggap ‘taboo‘, inilah antara banyak masalah yang tidak selesai dalam rumahtangga.
Jaga Bahagian Intim Selepas Bersalin
Bukan sebab manjakan diri. Tapi sebab dalaman wanita terutama bahagian otot pelvis & tisu faraj sudah alami regangan luar biasa sepanjang kehamilan dan proses kelahiran. Bila tak dipulihkan, lama-lama otot ini makin melemah.
Dan semua ni bukan salah kita sebagai wanita. Tapi kita boleh ambil langkah untuk rawat semula, perlahan-lahan dan mulakan dari dalam.
Apa Sebenarnya Berlaku Pada Bahagian Intim Lepas Bersalin?
Bahagian intim wanita terdiri daripada tisu, otot dan saluran darah yang sangat sensitif. Bila melalui proses kelahiran, bahagian ini akan:

- Mengembang luar biasa besar (terutama bersalin normal)
- Mungkin koyak, luka atau dijahit
- Mengalami perubahan hormon yang menjejaskan kelembapan semula jadi
- Kehilangan sokongan kolagen dan elastin
Kesan utama yang ramai wanita alami:
- Rasa longgar
- Kekeringan (terutama semasa bersama)
- Kerap masuk angin / kembung bawah
- Kurang nikmat atau kepekaan
- Kurang keyakinan dengan diri sendiri
Semua ni bukan semata-mata soal fizikal, tapi juga gangguan emosi & hubungan.
Apa Yang Buat Bahagian Intim Semakin Merosot?
Selepas bersalin, tisu kita perlukan masa untuk pulih. Selain tidak ambil langkah yang betul untuk jaga bahagian intim, ini faktor yang boleh lambatkan proses tu. Antaranya;
- Tidak berpantang betul
- Kurang nutrisi untuk baiki tisu
- Hormon estrogen yang menurun
- Tidak ambil suplemen sokongan selepas luka sembuh
- Tiada senaman otot pelvis (seperti kegel)
Lama-kelamaan, wanita akan mula rasa “dah tak macam dulu”. Tapi jangan risau kalau ada yang sudah berada di fasa ini, berita baiknya tisu ini boleh dipulihkan secara perlahan-lahan, kalau kita bantu dengan nutrien yang tepat.
Nutrisi Penting untuk Penjagaan Dalaman
1. Protein Berkualiti Tinggi
-
Fungsi: Menjadi blok asas pembinaan semula sel dan tisu yang rosak selepas bersalin, termasuk otot dasar pelvis dan dinding faraj.
-
Sumber: ESP Shaklee (protein soya non-GMO), ikan, telur, ayam tanpa lemak, kekacang.
-
Nota penting: Protein juga bantu penghasilan kolagen semula jadi.
2. Kolagen
-
Fungsi: Menjaga keanjalan dan kekuatan tisu intim, mengurangkan risiko kekeringan dan longgar.
-
Sumber: Shaklee Collagen Powder, sup tulang, ikan laut dalam.
-
Kesan ketara: Kulit dan tisu menjadi lebih tegang dan lembap.

3. Asid Lemak Omega-3
-
Fungsi: Mengurangkan keradangan, menyokong keseimbangan hormon dan meningkatkan pengaliran darah ke bahagian intim.
-
Sumber: Omega Guard Shaklee, salmon, sardin, chia seed.
4. Vitamin C
-
Fungsi: Membantu sintesis kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi atau pembedahan caesarean.
-
Sumber: Sustained Release Vita-C Plus Shaklee, buah sitrus, kiwi, jambu batu.
5. Vitamin E
-
Fungsi: Antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan, membantu kelembapan tisu intim, mengurangkan kekeringan faraj.
-
Sumber: Vita-E Complex Shaklee, badam, biji bunga matahari, avokado.
6. Zink
-
Fungsi: Mempercepat penyembuhan luka, menyokong kesihatan kulit dan membran mukosa.
- Sumber: Zinc Complex, sayur bayam
Fungsi Kolagen Untuk Jaga Bahagian Intim?
Kolagen bukan sekadar untuk kulit. Ia juga merupakan komponen utama tisu faraj, otot pelvik dan lapisan dalaman rahim.
Apabila kolagen berkurang (semulajadi selepas umur 25, lebih cepat selepas bersalin), tisu akan jadi:
- Kurang anjal
- Mudah koyak
- Cepat kering
- Lambat pulih bila cedera atau luka
Dengan pengambilan kolagen dari sumber yang betul, kita boleh bantu:
- Tingkatkan keanjalan tisu intim
- Pulihkan kelembapan semula jadi
- Kuatkan otot pelvik
- Kurangkan rasa longgar & tidak selesa
- Kembalikan keyakinan diri dan emosi
Collagen Plus Powder Shaklee Sebagai Pilihan Wanita Yang Mahu Pulih Perlahan-Lahan
Ramai wanita memilih Collagen Plus Powder Shaklee kerana:
- Diformulasi dari kolagen marin premium
- Saiz molekul kecil – lebih mudah diserap ke dalam tisu
- Ditambah vitamin C, B, dan zinc untuk bantu pembinaan tisu baru
- Tiada gula tambahan, selamat untuk ibu menyusu
Ramai wanita kongsikan selepas konsisten amalkan Collagen Plus Powder Shaklee:

- Bahagian intim lebih selesa
- Hubungan suami isteri lebih baik
- Keyakinan diri makin naik semula
- Kulit pun makin cantik, bonus!
3 Langkah Bantu Bahagian Intim Pulih Semula
- Ambil kolagen berkualiti setiap hari yang akan bantu bina tisu dari dalam.
- Minum cukup air & elakkan makanan yang menyebabkan radang dalaman seperti makanan segera dan makanan proses.
- Senaman kegel 3–5 minit sehari yang mudah tapi berkesan untuk otot pelvik

Pastikan juga hormon dan usus sihat, sebab ia turut bantu kestabilan dalaman wanita.
Jangan Biarkan Diri Rasa Tak Layak Dipulihkan
Kita mak-mak ni biasanya sangat gigih nak jaga semua orang, tapi siapa jaga kita? Bahagian intim wanita penting untuk keselesaan, kesihatan dan kebahagiaan jangka panjang.

Tak salah nak rasa selesa balik. Tak salah nak rasa cantik dan yakin balik. Ambil semula langkah kecil, untuk rasa jadi diri sendiri semula 💗
Nak saya bantu cadangkan cara rawat bahagian intim dari dalam?
Nina Salleh | Mak Anak 4