Menu

Pengalaman Hilangkan Jeragat dengan Youth Shaklee

Sudah hampir 6 bulan saya menggunakan produk penjagaan wajah Youth Skincare Shaklee. Sebelum ini saya memang tak pernah ada rutin penjagaan wajah yang konsisten. Kalau rajin, saya akan cuci muka, setakat cuci muka sajalah. Sehingga saya perasan jeragat di muka semakin teruk dan kulit semakin kusam. Sampai satu tahap nak tatap muka depan cermin pun saya rasa malas.

Sebelum Guna Youth Shaklee

Disebabkan saya tak ada rutin penjagaan wajah yang konsisten, produk penjagaan wajah pun sentiasa bertukar. Kalau habis yang itu, beli je la apa-apa jenama di drugstore asalkan cuci muka.

Sebenarnya fahaman saya memang salah. Kulit bukan sekadar perlu dicuci, malah perlu diberi vitamin juga macam yang ada dalam Youth Shaklee. Hasilnya memang lah semakin teruk.

Lagipun, saya tak pernah nak pakai pelindung sinar ultraviolet (UV) pun sebelum ini. Sehingga kena dekat batang hidung sendiri dan jeragat dah memang semakin bertambah, baru saya sedar kenapa perlunya pelindung UV.

Sekitar tahun 2017, kulit saya sangat kusam

Kulit kusam, hitam bawah mata dan jeragat memang pakej lengkap

Produk Penjagaan Kulit Youth Shaklee

Tahun 2018 itulah kali pertama saya guna produk penjagaan wajah yang lengkap dengan pencuci muka, toner, serum bagai. Dan kini saya memang guna kesemua rangkaian produk penjagaan wajah Youth Shaklee. Sebelum kenal Youth Shaklee, saya hanya pakai pencuci muka sahaja jenama Nivea atau Johsons’. Kali terakhir guna pencuci muka pun sebelum melahirkan anak pertama tahun 2013. Fuh, memang saya tak pernah kisah pasal penjagaan wajah sebelum ni. Betapa kurang cakna nya dengan nikmat yang satu ini.

Semua rangkaian produk Youth Shaklee saya dah guna

Youth Shaklee pertama saya beli waktu pelancaran produk pada bulan Februari tahun 2018. Yang saya suka sangat sebab setiap produk Youth Shaklee tak perlu guna dalam kuantiti yang banyak sebab ia memang diformulasi dengan kepekatan bahan yang tinggi. Kalau pencuci muka ni memang saya guna sehingga 7bulan haa. Jimat sangat. Kalau beli dengan harga ahli hanya RM155 sahaja bermakna RM22.50 sahaja untuk sebulan. Serius memang jimat, dan berbaloi sangat pelaburan yang ini.

Perubahan Kulit dengan Youth Shaklee

Perubahan jelas pada kulit muka saya selepas 6 bulan konsisten menggunakan Youth Shaklee iaitu kulit dah tak kusam, nampak lebih segar dan jeragat pun pudar. Yang saya tak sangka boleh hilang pun sebab duk dengar orang kata jeragat memang takkan hilang. Rupanya tak mustahil dengan Youth Shaklee. Padanlah nak siapkan formula ni pun ambik masa selama 8 tahun, bukan 8 hari ya gais.

Selepas guna Youth Shaklee dengan konsisten

Saya ni bukan lah tak ada jerawat, tetapi setiap kali jerawat baru naik pun akan cepat kecut bila dap-dap dengan toner Youth Shaklee. Jerawat tak sempat nak bermaharajalela di muka, terus kecut, padam dan tak meninggalkan kesan langsung. Magik sangat rasanya bila guna Youth Shaklee ni.

Selepas konsisten, Alhamdulillah seronok tengok kulit sendiri.

Akhirnya jumpa juga penyelesaian untuk  masalah jeragat yang saya alami bertahun-tahun lamanya. Dapatkan set renew dan maintain Youth Shaklee pada harga ahli dengan penjimatan berganda. Daftar sebagai ahli hari ini tanpa apa-apa komitmen.

Order Youth Skincare dengan penjimatan berganda apabila mendaftar sebagai ahli Shaklee

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: