Menu

Kalsium Shaklee Berkesan untuk Ibu Mengandung

“Sejak mengandung ni saya punya gigi dah kena cabut. Kalsium kena tarik sampaikan gigi berlubang dan rosak teruk. Mengandung kali ni memang benar-benar mencabar”, kata sahabat saya yang sedang mengandung memasuki trimester ke-3 sama dengan saya, tetapi beliau tak amalkan kalsium untuk ibu mengandung. Walaupun sama-sama mengandung, gigi saya tak perlu dicabut malah kejang kaki pun tiada lagi sejak kenal kalsium dari Ostenutrix Shaklee.

Kandungan ke-4 ini beri cabaran tersendiri untuk saya

Berbeza sangat pengalaman mengamalkan kalsium jenama lain yang ada di pasaran berbanding kalsium dalam Ostenutrix Shaklee waktu mengandung. Kerana ia bukan hanya ada kalsium malah kesemua nutrisi yang badan perlukan untuk pengangkutan dan penyerapan kalsium supaya pengambilannya memberi kesan terhadap tubuh badan.

Kepentingan Kalsium untuk ibu Mengandung

Sakit gigi ialah tanda biasa yang dialami oleh ibu-ibu mengandung yang menjadi salah satu faktor kekurangan kalsium. Sebab itu pemeriksaan kandungan di klinik kesihatan memerlukan ibu mengandung membuat pemeriksaan gigi di klinik pergigian.

1. Sakit gigi

Sakit gigi ialah antara tanda kekurangan kalsium pada ibu mengandung. Ini disebabkan oleh 99% kalsium disimpan pada tulang dan gigi. Apabila sumber kalsium berkurang, gigi akan terasa sakit akibat penarikan kalsium untuk dibekalkan kepada bayi.

2. Kejang kaki

Kebanyakan ibu mengandung akan memastikan mereka meminum air yang cukup dan mempunyai paras hemoglobin yang sihat. Namun mereka terlepas pandang tentang keperluan kalsium dalam badan yang menyebabkan terpaksa berhadapan dengan masalah kejang kaki berlarutan hampir setiap malam.

3. Kejang ketika premenstrual

Rasa kejang di bahagian perut apabila hampir kepada tarikh untuk haid ialah salah satu tanda kekurangan kalsium. Wanita yang sedang haid juga akan mengalami kesakitan yang teruk. Kekurangan kalsium juga menyebabkan pendarahan yang banyak dan period yang tidak teratur.

4. Lemah badan

Wanita yang mengalami kekurangan kalsium akan hadapi masalah lemah badan terutamanya di bahagian otot dan sendi. Mereka juga akan mengalami masalah kesukaran untuk tidur malam. Ibu-ibu yang menyusukan bayi akan mendapati kekurangan susu badan, susu yang cair dan badan yang terlampau penat akibat kekurangan kalsium dalam badan.

5. Kuku rapuh

Permukaan atau hujung kuku yang mudah patah dan tidak kuat disebabkan oleh kekurangan kalsium dalam badan. Tanpa mineral yang cukup, pembentukan kuku juga tidak akan berlaku dengan baik.

tanda kurang kalsium
Kuku mudah patah salah stau tanda kurang kalsium

Cara Elakkan Masalah Kekurangan Kalsium Ibu Mengandung

Beberapa cara untuk mengatasi masalah kekurangan kalsium terutamanya di kalangan wanita yang baru melahirkan bayi bagi memastikan kesihatan badan berada pada tahap yang optimum.

1. Pemakanan yang sihat

Amalkan pengambilan sekurang-kurangnya satu hidangan makanan yang kaya dengan sumber kalsium setiap hari untuk mengelakkan kekurangan kalsium dalam badan. Makanan yang tinggi dengan sumber kalsium seperti brokoli, tofu, bayam dan rumpai laut dan banyak lagi.

2. Bersenam secara berkala

Bersenam juga membantu dalam meningkatkan kalsium dalam badan selain daripada mengekalkan berat badan yang sihat terutama untuk ibu yang menagalami kenaikan berat mendadak sewaktu mengandung. Mulakan senaman ringan dengan berjalan-jalan di sekitar taman sebelum melakukan senaman berat.

3. Mengambil suplemen kalsium

Di sesetengah klinik di Malaysia ada pengamal perubatan yang memberikan suplemen kalsium seawal kehamilan lagi sehingga selepas kelahiran bayi. Ini bagi menampung keperluan kalsium dalam badan. Namun untuk memastikan ianya berkesan, pastikan botol suplemen kalsium yang diambil juga mengandungi:

  • Magnesium untuk menghantar kalsium kepada tulang

  • Boron untuk metabolisma tulang

  • Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang efisien

  • Kuprum, zink dan mangan untuk mengaktifkan enzim yang membantu untuk meningkatkan kepadatan tulang

4. Makan makanan yang tinggi dengan Vitamin D

Vitamin D termasuk D1, D2 dan D3 sangat penting untuk penyerapan kalsium, pertumbuhan sel serta tulang dan gigi. Amalkan memakan hati, susu dan telur dalam diet seharian bagi mendapatkan sumber vitamin D yang cukup.

tanda kurang kalsium
Tanda kekurangan kalsium

Selain itu, badan kita dapat menghasilkan vitamin D yang cukup sekiranya terdedah dengan cahaya matahari pada waktu pagi. Jadi, para ibu bolehlah curi masa waktu pagi untuk dapatkan cahaya matahari sambil bawa anak-anak berjalan-jalan melihat alam.

5. Amalkan makanan yang kaya dengan magnesium

Seperti vitamin D, magnesium juga berkerjasama untuk meningkatkan penyerapan kalsium. Tanpa magnesium yang cukup, badan kita mungkin akan mengalami gejala kekurangan kalsium. Antara sumber makanan yang tinggi dengan magnesium ialah:

  • Bayam
  • Brokoli
  • Biji labu
  • Badam
  • Kacang gajus

6. Elakkan pengambilan kafein berlebihan

Ramai yang memilih untuk memulakan hari dengan minuman kopi, namun kafein akan melenyapkan kalsium dari tulang. Terutama untuk para ibu, sekiranya ada gejala kekurangan kalsium maka pilihlah untuk berhenti daripada minum kopi. Cuba gantikan kopi dengan secawan teh hijau atau teh herbal setiap hari.

Ciri-Ciri Unik Kalsium Ostenutrix Shaklee

Kalsium yang terdapat dalam Ostematrix Shaklee telah diuji penyerapannya. Dalam 12 jam terdapat peningkatan paras kalsium dalam darah selepas mengambil Ostematrix Shaklee. Bukan semua kalsium suplemen akan beri keputusan begini.

Penyerapan diuji secara klinikal

kelebihan kalsium shaklee
Penyerapan terbukti untuk kesihatan

Kelebihan Kalsium & Mineral dalam OsteNutrix Shaklee

Kalsium sahaja tidak mencukupi untuk memastikan tulang dan gigi yang sihat. Gabungan mineral dalam OsteNutrix Shaklee penting untuk menyokong penghasilan tulang yang lebih kuat untuk membantu mengekalkan kesihatan dan berasa lebih sihat dan lebih muda walaupun umur sudah meningkat.

kalsium terbaik shaklee
Mineral dalam Ostenutrix Shaklee

Ini adalah 7 gabungan mineral yang ada dalam OsteNutrixShaklee.

1. Kalsium

Mineral yang paling banyak terdapat dalam tulang.

Kepentingan kalsium:
  • Komponen utama untuk menghasilkan tulang yang kuat dan sihat
  • Mengekalkan kepadatan tulang sepnajang hayat

Jumlah kalsium yang diperlukan untuk orang dewasa setiap hari

Jumlah kalsium yang diperlukan berbeza mengikut peringkat umur. Ini adalah seperti yang disarankan oleh National Institue of Health:

  • Dewasa 19-50 tahun: 1,000 mg
  • Lelaki dewasa 51-70 tahun: 1,000 mg
  • Wanita dewasa 51-70 tahun: 1,200 mg
  • Dewasa 71 ke atas: 1,200 mg
  • Ibu mengandung dan menyusukan bayi (14-18 tahun): 1,300 mg
  • Ibu mengandung dan menyusukan bayi (19-50 tahun): 1,000 mg

Cara badan mendapatkan kalsium

Ada dua cara untuk badan dapatkan kalsium iaitu:

1. Pengambilan kalsium dari makanan atau supplement

sumber kalsium makanan
Selain susu, banyak lagi sumber makanan yang tinggi dengan kalsium

2. Dikeluarkan dari tempat penyimpanan kalsium dalam badan terutamanya dari tulang dan gigi.

Ibu mengandung yang tidak mengambil sumber kalsium yang cukup akan menghadapi gejala seperti tulang sakit dan gigi berlubang akibat penarikan kalsium untuk dibekalkan kepada bayi dalam kandungan.

2. Vitamin D

Vitamin D yang rendah dalam badan akan menyebabkan kualiti dan kepadatan tulang yang rendah. Ia juga akan menyebabkan penuaan tulang.

Vitamin D membantu untuk:

  • Merangsang penyerapan kalsium pada saluran pencernaan
  • Mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk penghasilan tulang yang normal

3. Magnesium

Kunci kepada gabungan dan penggunaan kalsium dalam badan.

Magnesium penting untuk:

  • Proses pengaktifan vitamin D untuk meningkatkan penyerapan kalsium
  • Diperlukan sekurang-kurangnya 300mg sehari untuk perkembangan tulang sihat

4. Boron

Ditemui di dalam tulang dan tisu lain di seluruh badan.

Boron penting untuk:

  • Mengelakkan tulng rapuh dengan menyokong proses metabolik tulang yang normal
  • Menyokong penggunaan nutrien yang terlibat dalam penghasilan tulang yang kuat secara efektif

5. Kuprum,zink dan mangan

Kekurangan mineral ini akan meningkatkan risiko osteoporosis.

Ketiga-tiganya penting untuk:

  • Mengaktifkan enzim yang bertindak untuk meningkatkan kepadatan tulang
  • Melindungi tulang dari kerosakan oksidatif

Kandungan Nutrisi dalam Setiap Kaplet OsteNutrix Shaklee

Vitamin D3 (cholecalciferol) 120 IU
Calcium ( calcium carbonate, calcium citrate, and calcium citrate malate) 250 mg
Magnesium ( magnesium oxide, magnesium gluconate and magnesium citrate) 100 mg
Zinc ( zinc gluconate) 0.375 mg
Copper ( copper gluconate) 0.05 mg
Manganese ( manganese gluconate) 0.05 mg
Boron ( trace mineral protein hydrolysate) 0.75 mg

Kepadatan Tulang Meningkat dengan Pengambilan OsteNutrix

Setiap vitamin yang dikeluarkan oleh Shaklee akan melalui ujian klinikal termasuklah OsteNutrix Shaklee. Ini bagi memastikan vitamin yang dikeluarkan memberi manfaat dan kesan yang baik untuk tubuh badan.

Kepadatan tulang meningkat selepas 2 bulan pengambilan Ostenutrix Shaklee

Testimoni OsteNutrix Kelebihan Kalsium Shaklee

Testimoni ini adalah berdasarkan pengambilan OsteNutrix, kelebihan kalsium Shaklee yang konsisten setiap hari. Ia bukan bertjuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tidur lebih nyenyak

testimoni ostenutrix shaklee
Cara tidur nyenyak juga dengan OsteNutrix

Tidak ada masalah sakit badan

suplemen kalsium terbaik
Cara terbaik untuk amalkan OsteNutrix

Dapatkan OsteNutrix, kalsium paling berkesan hari ini daripada Pengedar Shaklee Ampang untuk kesihatan yang lebih baik.

kalsium terbaik malaysia
Klik gambar untuk order Ostematrix

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

2 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: