Menu
keburukan intermittent fasting

Kesilapan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

Masa kelas dengan Saintis Dr Redza tempoh hari, selain belajar tentang autophagy, saya belajar tentang kesilapan intermittent fasting atau IF yang ramai orang tak tahu. Banyak manfaat IF antaranya mengurangkan keradangan, pembaharuan sel, melambatkan penuaan dan juga menurunkan berat badan. Namun kalau buat IF tapi dengan cara yang tak betul, matlamat IF tak akan tercapai.

Saya nak panjangkan ilmu yang Dr Redza Rahman sampaikan, mudah-mudahan lebih ramai dapat manfaat. Begitulah dalam setiap kebaikan, biasanya akan ada keburukan. Cuma sebagai manusia, kita kena timbang tara baik dan buruk sesuatu pilihan dengan akal yang Allah swt berikan.

Dr Redza juga tekankan beliau bukan pengamal IF, beliau juga tidak menentang siapa pun yang nak buat IF. 

Kesilapan Intermittent Fasting yang Ramai Orang Tak Tahu

Sepatutnya kalau buat intermittent fasting (IF) banyak manfaat akan dapat untuk kesihatan tubuh badan, salah satunya akan membantu mengawal nafsu makan. Namun, bila ada kesilapan begini maka manfaat kesihatan tu berkurang malah boleh jadi beri keburukan kepada kesihatan badan.

1.Minuman yang tinggi kalori sewaktu tempoh IF

Minum air waktu IF sangat digalakkan terutamanya jika motif utama untuk turunkan berat badan. Bila badan terhidrat dengan sempurna, secara tak langsung metabolisma juga akan meningkat yang akan membantu proses penurunan berat badan. Waktu puasa Ramadan juga perlu pastikan minum air yang cukup supaya sistem dalaman tubuh badan berfungsi dengan baik.

Minum teh waktu intermittent fasting

Sewaktu IF pula, perlu diingat matlamat utama ialah untuk ‘merehatkan’ insulin daripada dirembeskan. Maka dalam tempoh IF, perlu elakkan minuman yang bergula, berkarbohidrat atau berkalori tinggi.

Antara minuman yang dibenarkan ialah:

  • Air kosong
  • Teh tanpa gula
  • Kopi tanpa gula
Matlamat untuk tak naikkan insulin

Minum teh tanpa gula sewaktu IF sangat

Minuman seperti air milo, air kelapa dan jus buah tidak dibenarkan sewaktu tempoh IF sebab ada kalori dan akan menaikkan insulin dalam darah.

2.Tidak ikut kemampuan diri

Di sekeliling saya ramai yang buat IF untuk kurus. Dia jadi macam satu puak atau geng. Antara kalangan geng pula, akan ada yang turun berat dengan banyak, ada juga yang perlahan-lahan slo-mo gitu. Bila geng sebelah cerita yang dia buat IF selama 20 jam, yang kawan  ni pula baru je belajar IF 12 jam itu pun dah semput. Biasanya akan terjadi kes di mana kita akan lupa diri demi nak ikut orang.

Baju nikah dah muat walaupun berat belum capai macam sebelum nikah

Dari 12 jam terus nak sambung IF selama 20 jam. Ini kesilapan buat IF yang ramai tak tahu iaitu tak ikut kemampuan diri sendiri. Manusia ni memang sangat unik dan tak ada setiap orang pun yang sama termasuklah dalaman badan.

Dalam kalut nak buat IF, ikutlah kemampuan sendiri. Mulakan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Macam dalam program Fat Burning Machine (FBM) saya galakkan supaya ukur lilit untuk tengok pengurangan inci. Bukan berat semata-mata.

3.Silap pilih makanan sewaktu eating window

Kesilapan bila buat IF yang ramai tak tahu dan terlepas pandang ialah pemilihan makanan yang tidak betul. Waktu eating window bukanlah boleh makan sesuka hati. Perlu pilih makanan yang betul. Elakkan makanan yang tinggi gula dan tinggi karbohidrat.

Makanan begini akan merembeskan insulin dan menyebabkan kerintangan insulin

Makanan yang tinggi karbohidrat dan gula akan beri kesan dalam jangkamasa yang panjang. Bila buat IF dan pilih makanan yang begini, walaupun kalori rendah, ia akan merosakkan diet IF yang kita buat seharian.

Makan buah lebih baik dari minum buah

Dalam waktu eating window, inilah kesilapan IF yang ramai orang buat. Makan kuih muih yang tinggi dengan gula, kemudian minum 1 jag jus oren dan makan nasi 3 pinggan. Akhirnya, IF yang kita buat lebih beri banyak penyakit.

4.Makan dengan Kerap ialah Kesilapan Intermittent Fasting

Kebanyakan orang buat IF untuk turunkan berat badan dan juga menghapuskan lemak tepu yang sudah ditanam dan dibaja dengan pelbagai makanan bertahun-tahun. Namun, bila dibuat dengan cara yang salah maka matlamatnya tidak dapat dicapai.

Insulin banyak tapi dia tak berkerja

Bila masuk waktu easting window, kita akan makan. Maka hormon insulin akan dirembeskan bagi membawa masuk zat makanan termasuk gula, untuk digunakan oleh tubuh badan. Bila makan dengan kerap, insulin akan dirembes berkali-kali. Ini menyebabkan lebihan gula. Jadi, gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak kerana ‘supply‘ berlebihan.

Sekiranya keadaan ini berterusan, lama-kelamaan insulin akan penat dan tidak lagi berkerja untuk menangkut gula. Kesannya akan ada lambakan gula di dalam darah yang boleh menyumbang kepada banyak penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

5.Menolak Supplement Untuk Kesihatan

Kesilapan intermittent fasting yang nampak biasa tetapi impak sangat besar bila menolak supplement dalam kehidupan seharian. Dalam usaha untuk sihat dengan IF, kita juga perlu menjaga kesihatan badan secara menyeluruh.

Untuk pastikan nutrisi badan dilengkapi, amalan vitamin harian sebagai supplement kepada makanan  sangat-sangat penting. Salah satunya ialah untuk amalkan supplement collagen. Dalam kajian, didapati proses autophagy yang dicetuskan dengan IF akan turut memusnahkan collagen type 1 protein.

Collagen penting untuk struktur kulit, sendi yang sihat

Badan manusia terdiri daripada 30% collagen dan  70% air. Daripada collagen tersebut, 90% ialah collagen Type 1, yang akan dimusnahkan melalui IF apabila tercetusnya autophagy. Sekiranya IF dilakukan dengan kerap tanpa amalkan supplement collagen, kulit akan nampak lebih tua, sendi akan mudah sakit dan gigi juga akan bermasalah.

Saya pilih untuk konsisten dengan jenama supplement terbaik untuk kekalkan kesihatan dalam dan luar. InsyaAllah.

Dalam kita berusaha untuk capai matlamat dengan IF, sebolehnya elakkanlah daripada melakukan kesilapan di atas. Ia bukan saja memudaratkan kesihatan, malah boleh menyebabkan risiko penyakit kronik.

Nina Salleh | Empowering moms

 

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

7 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: