Menu
review libra cruise

Incentive Trip: Libra Cruise 5 Hari 4 Malam dari Klang ke Penang

Nina tulis sini sebagai kenangan trip pertama dengan Shaklee, naik cruise dari Klang ke Penang. 
Pengalaman naik  Libra Cruise 5 days 4 nights yang Nina ikut sepanjang 22/11-26/11 ni dari Klang ke Penang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.
trip libra cruise shaklee
Antara ahli team Shaklee kami yang turut sama
Tapi Nina join trip cruise ni free je,
Shaklee bayar dengan 4 kali makan dekat mana-mana restoran dalam cruise ni setiap hari.

Pengalaman Cruise Percuma dari Klang Ke Penang

CASHLESS SISTEM

Bila masuk cruise ni, duit tak digunapakai. 
Kita akan disediakan dengan kad, ada nama,
nombor bilik dan assembly point, yang mana kalau nak makan,
atau beli apa-apa kita swipe saja kad ni, bila nak keluar nanti segala bil makan di restoran dalam cruise,
atau apa-apa yang kita shopping dalam cruise sebab ada banyak kedai jual macam mall gitu, pun akan dicaj dari kad tu. 
libra cruise klang to penang
Guna kad ni untuk pembayaran
Benda ni senang jugak, so tak payah gelabah tak cukup duit.
Tak ada masalah duit tercicir jugak kot, tapi mungkin ada masalah ‘overspending’ hehe.

KEMUDAHAN BILIK DALAM CRUISE

Masa hari sampai tu gelabah jugak, sebab bia tengok senarai nama pendaftaran, nama saya sebilik dengan orang lelaki, terus gelabah ayam sebab trip ni suami saya tak ikut. 😂
Lagipun masa Shaklee minta isi nama untuk roomate,
dah isi siap-siap nak sebilik dengan Teacher Mona, sideline bisnes, kami dalam satu team besar RYG jugak.
Cuma direct upline yang berbeza. Susur galur yang sama. Haaa Shaklee macam tu la, ada susur galur. Anak-mak-nenek-moyang-dan seterusnya😁
 
trip percuma shaklee
Dinner dengan roomate
bilik star cruise libra
Bilik untuk dua orang
Bilik best, just nice, bagi Nina dah okay sangat dah,
lagipun untuk tidur je bilik ni. Banyak aktiviti luar bilik. Toilet pun best, ada air panas dan sejuk, tak risau nak mandi awal pagi untuk beraktiviti sebab dah duduk dalam aircond, kalu kena mandi air sejuk, tak ke jadi P.Ramlee? Gosok mata je siap. Haha!
cara dapat trip shaklee
tandas untuk bilik dalam cruise ni
Dalam bilik ada TV jugak, channel pun ada beberapa channel Astro.
Hmm, tapi tak tengok jugak. Banyak aktiviti luar bilik kan. Masuk bilik je kepenatan dan terus tidur.
Kami pergi trip ni Shaklee dah siap susun atur macam-macam aktiviti menarik. Kalau pergi sendiri, boleh je nak duduk dalam bilik tak keluar-keluar pun. Hihi.
cara join ahli shaklee
TV dalam bilik

TV kat bilik ada channel, tapi biasa kami bukak tengok lokasi je sebab tengah laut macam tak tahu kat mana😁

Untuk plug pula, kena bawak adapter sebab plug dia macam ni je.
 


 Kalau tak bawak pun boleh pinjam dekat receptionist cuma takut habis la.
Kitorang pinjam jugak, dah bawak tapi silap adapter🤣
 

Pinjam adaptor dari receptionist
Kemudahan ironing pun ada, boleh hantar baju, seluar dan tudung juga untuk digosok.
Sehelai tudung RM2, kalau nak banyak, masukkan dalam laundry bag terus kira harga borong,
1 bag tu RM35. Ni semua dia akan caj melalui kad tadi bila check out tau.

RESTORAN ATAS CRUISE

Ada beberapa restoran atas ni, ada yang halal dan non halal.
Nina dan team RYG ada try semua restoran yang halal la, tak halal jangan tanya k! Hehe. Antaranya:

1.Meriners Buffet


Dekat deck9
Ni restoran yang mula-mula kami makan, masa sampai  masuk cruise,
dinner start jam 6.30 petang. Semua dah lapar masa tu. Nina sendiri pun dari tengahari tak makan.
Tak lalu dah sebab excited, perasaan bercampur baur sebab pertama kali nak berpisah lama dengan suami dan anak, dan yang paling best baru packing🤪
Makanan sini semua best!
Alhamdulillah, kenyang. Hehe. Kat sini atas sekali, Deck 9,
boleh makan dengan tengok laut bawah tu, nampak cruise bergerak. Kalau duk dalam tak rasa sangat.

2. Spices

Restoran ni pula, macam nama dia, ‘spices’, so ada makanan berempah.
Ikan pun berempah, masak ayam berempah tapi Nina suka. Kena dengan tekak. Haha.
 

Lapar pulak tengok makanan
Kami pilih untuk lunch kat sini masa hari kedua.

3. Four Seasons


Makan sambil tengok laut, nampak lauuttt sejauh mata memandang
Restoran ni kat bahagian dalam, deck 4, sejuk dan damai, overall makanan bagi Nina sedap.
Ni gambar kami dekat 4 Seasons untuk breakfast masa hari kedua.
 

Ada borang kena isi untuk Captain’s Night dinner, restoran pilihan sama ada dapat atau tak, pilih dulu sebab ada limit untuk setiap restoran.

Captain’s Nite dinner di Grand Season

Pilihan menu Nina😁

PITSTOP LANGKAWI-PHUKET-PENANG

Memandangkan ni trip yang Shaklee sponsor, semua perbelanjaan Shaklee tanggung untuk kami. Jadi kalau datang sendiri, kena ada budget sikit lagi untuk bas dan boat untuk transit kat pitstop.
  1. Langkawi (23/11/17)

Jam 3 petang hari keesokan kami sampai di Langkawi.
Lepas makan tengahari semua, siap-siap untuk turun dan pusing bandar Langkawi.
Kami dibawa ke kawasan bebas cukai untuk shopping.
Duit shopping ni Shaklee tak bagi la, hehe. Shop at your own risk gitteww. 

Ewah, bergambar jap di Langkawi

Semoga orang ni akan bertemu lagi di Mediterranean Cruise 2018, FIGHTING!
Siapa suka shopping boleh la beli banyak-banyak. Nanti bas akan hantar ke cruise pula.
Shopping spree sampai jam 7 petang, manakala bas terakhir yang akan hantar ke cruise, pukul 10 malam
cruise bertolak ke Phuket pulak.
  1. Phuket (24/11/17)

Jam 8 pagi kami dah sampai di Phuket, cruise parking di Patong Pier.

Phuket’s view, amazing😍
Subhanallah..
Lepas breakfast, kami bersiap untuk turun dari cruise,
kemudian kami dibawa ke Chalong Pier menaiki boat besar.
Naik bas dan naik boat kecil pulak untuk ke Hey Island (Banana Beach) bagi meneruskan aktiviti laut.

Naik boat nak ke Hey Island

Aktiviti Di Pulau Phuket

Ni sebab tentative dah siap, kami ikut je. Kalau personal, ada banyak tour guide untuk bawa ke mana -mana pulau yang kita suka. Tak perlu risau pun sebab berlambak menunggu bila turun dari cruise, Tinggal nak bayar saja. Hehe.

Post treasure hunt, dapat Cap dan Vitamin C sebagai hadiah yeay!
Hari kedua ada aktiviti treasure hunt yang Shaklee buat.
Hadiah dia berupa aktiviti laut.
Dekat Phuket ni, yang dapat hadiah seawalker, parasailing, banana boat, zipline dan macam-macam
lagi hadiah yang dapat free tu, semua akan dibuat kat sini.
 

Menang parasailing tapi tak naik pun sebab mengandung, uwaaaaaaaa

Tak dapat join aktiviti sobsss😂
Team RYG terbahagi kepada 2, dan kedua-dua team pun menang. 1 team menang parasailing dan 1 lagi menang banana boat.
 
Yang tak menang, boleh bayar sendiri untuk main aktiviti laut hehe.
Lepas tu, kami lunch tepi laut. Menu best gila, ada free flow soft drinks. Pastu tengok la sendiri gambar nasi dan lauk🤗
 

Sotong, ketam, udang, dan pulut pauh fav!
Ya Allah rasa tak tahu nak jamah mana satu, semua sedap sungguh.

Hirup air kelapa segar, nyaman sungguh!
Alhamdulillah, tak payah keluar duit untuk makan pun. Untuk shopping je.

Bergambar depan kolam renang di pagi hari sebelum turun ke Phuket. Saya pakai baju hadiah dari super upline kami , S2U by MD&MIA🤗
Lepas siap semua, boleh jalan-jalan shopping, atau nak naik cruise terus. Free and easy sampai pukul 4.30 petang waktu Malaysia, masa untuk naik balik ke cruise untuk berlepas ke Penang pukul 7 malam.
Hari sampai ke Phuket ni la ada Captain’s Dinner. Free dining, yang mana pihak cruise sediakan, macam malam berkenalan dengan Captain, boleh bergambar juga dengan Captain.
  1. Penang (25/11/2017)

Hari ke 4, cruise berlabuh di Swettenham Port, Penang.
Masa ni kalau taknak turun jalan-jalan di sekitar Penang, tetap kena turun juga untuk
perlepasan imigresen, kena cop passport dulu kemudian boleh naik semula ke cruise.
Free and easy je untuk hari di Penang. 
Dengan Shaklee ni, kami memang disediakan aktiviti untuk ke Skytower Bridge,
tiket dah siap Shaklee sediakan, kami naik dan bergambar je hehe. Tapi saya tak ikut sebab masa ni dah rasa terindu suami terlajak dan boleh la sekejap whatsapp dalam cruise. Dekat tengah laut nanti dah tak ada line pula.
Lepas Skytower Bridge, team Shaklee ke Chowrasta, makan nasi kandar dan jalan-jalan Penang!
 
Pukul 4 petang kena naik cruise dah sebab akan berlepas ke Port Klang pukul 5 petang. Sobs sebab sedih dah nak berakhir, tapi yay sebab nak jumpa suami haha.
 
 Aktiviti yang Shaklee buat, antaranya senamrobik masa pagi pertama, mak buyung masa ni tak sedar diri haha!
 
trip percuma shaklee
Aktiviti aerobik dengan seluruh keluarga Shaklee

Baju ni Shaklee bagi

 
Ada sarong’s night, dinner pakai tema sarong, siapa paling kreatif dapat hadiah lagi😍



RYG princesses in Sarong

Antara menu masa Sarong’s night🤤
Dah start sedih, sebab esok pagi-pagi dah berakhir percutian..
Sekian saja review untuk Star Cruise Libra dari Klang ke Penang ni.
Boleh pergi untuk honeymoon, book sekarang, ada pilihan jugak destinasi yang kita nak😁
 
Suka jalan-jalan percuma, dan nak rasa bercuti 5 bintang tajaan Shaklee macam ni? Join bisnes dengan Team Nina okey.
vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

2 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: