Menu

MATI ITU PASTI:SEMOGA YANG PERGI TETAP TENANG, YANG TINGGAL MERASA SENANG

Assalamualaikum and good day:)
Korang buat apa weekend ni? Nina rasa weekend ni agak packed sebab, hari Sabtu sehari ada seminar Pengurusan Hartanah, bersama Ieza Yusof Consultancy.
 
Sangat best, sangat membuka mata.
Pernah terfikir tak, siapa yang akan setelkan hutang kita bila kita tak ada?
Pernah nampak tak kes bila ada kematian ahli keluarga, waris ada masalah nak keluarkan duit dari akaun si mati, sebab tak tukar nama. Kalau nak tahu, setakat 2013, RM60 billion duit yang stuck, masuk dalam unclaimed money. Tak dituntut. Duduk di Amanah Raya.
Nina selalu terfikir, macam mana nak buat, siapa nak tolong bayar hutang. Sebelum seminar ni selalu bagitau suami, kalau Nina mati mintak dia tolong setelkan hutang, bukan nak seksa dia, tapi melalui insurans tu, dan duit-duit dalam bank nak mintak dia setelkan hutang.  
 
Hutang ni tetap kena langsaikan walaupun kita dah meninggal.
Alhamdulillah, ada slot macam mana nak agih harta lepas kita dah cari duit, urus, labur semua, kita kena agih. Agih ialah selepas kematian kita. Tu semua ada di highlight dalam seminar lepas. 
LANTIK PENTADBIR HUTANG
Siapa nak urus harta kita selepas ketiadaan kita?Tak perlu risau. Sebab ikut hukum faraid.
Ya betul, itu yang Nina fikir jugak. Tapi nak tau tak, bila tengok orang sekeliling, banyak kes suami meninggal, isteri hilang punca. Nak withdraw duit suami, semua dah kena beku sebab dah meninggal, bukan boleh keluar duit senang-senang. Biasa berapa lama tempoh tu? Nak kena naik turun Amanah Raya.
 
Siapa yang perlu urus harta yang ditinggalkan suami?
Nak langsaikan hutang.
Nak kena bahagikan ikut persetujuan atau ikut hukum faraid.
Sebab tu kena lantik pentadbir harta kita. Nina pun dalam proses nak buat, insyaALLAH kita sama-sama buat.
Kalau taknak lantik pun boleh, pilih waris yang dipersetujui untuk buat urusan ni. Antara wakil yang boleh kita lantik, dari Assalehin. Semalam En.Azlan dari Assalehin yang bagi pencerahan ni. Banyak sangat nanti boleh pilih je. 
En.Azlan cerita banyak kes, yang berpuluh tahun tak setel, sebab tak ada orang nak urus, dan masalah untuk membahagikan harta.
Inilah yang dinamakan ‘Wasiat’. Kita melantik wasi, untuk urusan pembahagian harta kita.
 
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
Bila ada pentadbir, baru pembahagian harta boleh berjalan, sama ada mengikut hukum faraid atau pun yang dipersetujui oleh waris.
Semua kita maklum, selepas kematian, akan ada hukum faraid tu kan?
Tapi terfikir tak siapa yang nak buat semua tu?
Di sini penting yang lantik pentadbir kat atas tu.
YANG PERGI TENANG, YANG TINGGAL SENANG
InsyaALLAH, bila kita dah setel awal-awal, tak ada isu duit kita akan beku dan hutang kita terbengkalai. Apa lagi yang penting dalam slot semalam ialah, ‘HIBAH’.
Contoh, kalau suami ada beli rumah nama suami, suami nak hadiahkan pada isteri, kena buat Hibah.
Bila dah buat hibah rumah kepada isteri, suami meninggal, isteri akan dapat rumah tu. Tak termasuk dalam pembahagian harta pusaka.
Rumah tu dah jadi rumah isteri😊
Banyak lagi benda yang nak share, tapi Nina akan share dari masa ke masa, sepatutnya dalam cycle Duit semalam, topik agih ni last sekali, tapi Nina nak cerita paling awal sebab, semua boleh start buat sekarang, sebab kita pun tak tahu bila kita akan mati.
 
Sama-sama kita bersedia.
Nanti Nina akan share lagi, tapi wasiat ni korang boleh buat siap-siap dah. Tak payah tunggu umur 40-50 baru nak buat. Nina lun baru nak buat😂

Nasib baik pergi seminar tu. Kalau tak memang duk terbayang wasiat tu yang kita assign berapa nak bagi kat siapa tu, rupanya salah selama ni. 

Jangan lupa follow blog Nina, untuk update seterusnya tau. Kalau bermanfaat boleh share😉

Sincerely,
Nina Salleh
vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: